SAJAKSILAP DAN KELIRU ITU… sastera itu kata mereka hanya cerpen hanya puisi cerpen itu kata mereka hanya cerita tidak bererti puisi itu kata mereka hanya ciptaan suka sendiri novel penat untuk dibaca tidak seperti majalah hiburan sastera itu kata mereka khayalan dan dongengan teater itu kata mereka hanya untuk tontonan bukan perkara berguna tidak...
SAJAKLagak Si Kayangan Seperti hilang kewarasan mereka bersuara sumbang meremehkan segala bantuan bangga melangit diri hingga enggan memijak bumi Disantuni wira-wira hadapan tetapi hati mereka menjengkelkan demikiankah manusia yang mengaku bertamadun berbudaya tega menghina manusia lain yang berjasa Wira-wira hadapan setia menjejak pengancam nyawa yang mungkin dibawa tetapi jiwa tiba-tiba melara ditusuki keangkuhan mereka...

Kerana Kau Covid-19 Ajaibnya kau dan istimewa semua arahan lain gagal menghentikan semua tempat tidak murni sebagaimana kau lakukan walaupun tanpa suara dan rupa Siapa kau sebenarnya kenapa memberi kebaikan dan keburukan yang membuat manusia dilema Hari ini ramai manusia melihat alam memulih indah kembali tanpa menyedari merekalah punca keburukan gembira tetapi perlu memilih...

SASTERA BUDAYA Ramai pandang remeh sendi kata ADA tokoh kebahasaan negara mengatakan hanya dalam urusan dan surat rasmi sahaja kita rakyat Malaysia mesti/perlu menggunakan bahasa Melayu yang tepat/betul. Benarkah begitu? Kalau tidak, adakah kita boleh berbahasa apa pun, atau dalam bahasa Melayu pasar, bercampur-aduk/rojak, dan lintang-pukang? Menurut tokoh itu, Prof Dr Abdullah Hassan, penggunaan bahasa Melayu...
SASTERA BUDAYA Malang bahasa hingga ke papan iklan TELAH lama mata dan hati sakit melihat bahasa Melayu pada papan tanda perniagaan di seluruh negara. Apakah masalah sebenarnya hingga nasib bahasa tersebut begitu malang di negara sendiri? Saya tidak kisah jika bahasa Melayu bukan bahasa kebangsaan negara kita. Namun demikian, saya peduli dan marah kerana bahasa Melayu langsung...
ALBUM, TABUNG JIM MADASAMY YANG PRIHATIN PEMAIN bass kumpulan legenda tanah air, Blues Gang,Jim Madasamy memasang impian besar menterjemahkan lagu-lagu ciptaannya ke dalam sebuah album istimewa versi bahasa Tamil. Menurut Jim, muzik blues perlu dikomersialkan kepada masyarakat India, memandangkan persoalan yang dibicarakan dalam muzik ini sentiasa berkait rapat dengan kehidupan harian mereka. Cita-cita Jim itu cuba direalisasikan bersama-sama...

SOSIAL Kempen ‘Rapid KL Support Lokal’ DALAM usaha menyahut saranan kerajaan untuk menyokong para usahawan tempatan yang sedang bertungkus-lumus bangkit daripada impak penularan wabak Covid-19, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melancarkan kempen ‘RapidKL Support Lokal’. Kempen ini merupakan daya usaha Rapid KL mendukung usaha kerajaan mewujudkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau ringkasnya Penjana dengan tema ‘Bersama Menjana Ekonomi’....