TEKNOLOGI
Motosikal Kenderaan
Elektrik (EV) Mudah Milik untuk Semua Rakyat Malaysia
YBrs Encik Muhammad Mussadiq Mohamed Azmi, Pengarah Urusan GGR Motor.
=======
MALAYSIA kini bersedia melakar sejarah baharu dalam
industri automotif negara menerusi pembangunan industri mobiliti elektrik.
Dengan penuh semangat dan masa depan, GGR Legacy (M) Sdn Bhd (GGR Motor) tampil sebagai penganjur inisiatif hebat ini bersama-sama rakan strategik, Perniagaan Mazlan & Hashimah (PMH Motor) Sdn Bhd.
Gabungan dua nama besar ini diyakini bakal menjadi pemangkin perubahan dalam landskap automotif negara, sekali gus membuka lembaran baharu ke arah mobiliti hijau, dan mampan.
GGR Motor merupakan sebuah pengilang pemasangan motosikal kenderaan elektrik (EV) milik penuh usahawan Bumiputera, yang mengetengahkan motosikal keluaran tempatan berkualiti tinggi pada harga mampu milik.
YBrs Encik Muhammad Mussadiq Mohamed Azmi (lima dari kiri), YBrs Encik Mohd Izwan Mazlan (dua dari kanan), dan YBrs Encik Azarol Faizi (dua dari kiri) bersama-sama ahli panel sidang media lain, termasuk YAM Tengku Syarif Temenggong Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail, Pengerusi GGR Motor (tiga dari kanan).
====
Kini ia juga bertindak sebagai pengeluar motosikal EV Bumiputera pertama negara, bergerak aktif memperluaskan rangkaiannya melalui kerjasama eksklusif bersama-sama PMH Motor, selaku pengedar sah utama di seluruh Malaysia.
Sebelum pelancaran besar-besaran motosikal EV, iaitu EV Rider Malaysia (EVRM) 2025 pada 28 Jun depan di Saloma KLCC, GGR Motor dan PMH Motor mengadakan majlis prapelancarannya di tempat yang sama, 15 Jun lalu.
Antara yang hadir pastilah YBrs Encik Muhammad Mussadiq Mohamed Azmi, Pengarah Urusan GGR Motor; dan YBrs Encik Mohd Izwan Mazlan, Pengarah Urusan PMH Motor.
Semasa sidang media, Muhammad Mussadiq memberitahu bahawa GGR Motor turut menjalin kerjasama strategik dengan Bateriku.com untuk menyediakan khidmat selepas jualan penyelenggaraan di seluruh negara, dalam usaha memperkukuh ekosistem motosikal EV.
Sehubungan itu, YBrs Encik Azarol Faizi, Pengarah Urusan Bateriku.com turut hadir sebagai tanda kesungguhan, dan kerjasama erat pihak beliau.
Gimik penyerahan kunci motosikal elektrik (EV) selepas sidang media prapelancaran motosikal berkenaan di Saloma KLCC, 15 Jun lalu.
====
Program ini, tambah Mussadiq, juga menjadi pemangkin
kepada penubuhan Pusat Latihan Kemahiran TVET bersama-sama PMH Motor, yang
bakal membantu pembangunan modal insan negara, melahirkan tenaga mahir belia
tempatan dalam bidang automotif hijau, khususnya melibatkan pemasangan,
penyelenggaraan, dan jualan motosikal EV.
“Pada awalnya, GGR bermaksud Gila-Gila Remaja, iaitu judul sebuah filem popular dan fenomena mengenai remaja yang suka merempit motosikal pada 1986,” jelas beliau.
Walau bagaimanapun, atas kesedaran bahawa merempit hanya sia-sia, tambah Mussadiq, beliau menukar maksud GGR kapada Go Green Revolution, sebagai tanda kematangan, serta berhasrat menyumbang kepada manfaat masyarakat dan alam sekitar.
Prapelancaran tersebut juga bertujuan mengumumkan acara EVRM 2025, 28 Jun nanti yang mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk VECTRIX, PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), TVET@KKDW, serta PMH Motor dan Bateriku.com.
“Ini akan menjadikannya perhimpunan terbesar bagi komuniti, pengeluar, pengguna dan peminat motosikal EV di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Acara ini bukan sekadar pelancaran produk, malah satu gerakan nasional ke arah mobiliti rendah karbon, serta memperkasakan inovasi dan teknologi tempatan,” tegas beliau.
EVRM 2025, tambah Mussadiq, adalah platform transformasi menyeluruh untuk memperkasakan pendidikan pengguna, merangsang pelaburan, dan memperkukuh jaringan industri EV.
“Ini peluang besar untuk menjadikan Malaysia peneraju utama dalam revolusi mobiliti serantau,” katanya.
Turut menghadiri prapelancaran dan sidang media itu ialah YBrs Encik Mohd Zameer Zahur Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif PLMM; YBrs Tuan Dr Ahmad Sabri Kassim, Pengarah MARA Negeri Selangor; YBrs Tuan Dr Nizar Abd Jalil, rakan kongsi utama GGR Motor; dan wakil VECTRIX.
YAM Tengku Syarif Temenggong Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail, Pengerusi GGR Motor juga hadir memberikan sokongan padu.
Selebriti seni terkenal tanah air yang dilibatkan dengan motosikal EV ini seperti Farid Kamil, Cat Farish, Johan Raja Lawak, serta kumpulan SYJ dan Gerhana Ska Cinta turut hadir.
Antara objektif utama EVRM 2025, jelas Mussadiq,
termasuklah mempromosi Malaysia sebagai hab permotoran EV serantau,
meningkatkan kesedaran teknologi EV dalam kalangan rakyat, merangsang
pelancongan teknologi lestari, serta memperluas peluang keusahawanan EV dalam
kalangan belia dan lepasan TVET.
GGR Motor telah menyampaikan hasrat kepada pejabat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk melancarkan motosikal EV keluarannya.
Acara berkenaan dijangka akan dihadiri Tengku Syarif Temenggong; YBhg Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; Ybhg Dato’ Zulfikri Osman, Ketua Pengarah MARA; serta Mohd Zameer dan Dr Nizar.
===
Semasa majlis prapelancaran pada 15 Jun itu, GGR Motor
juga mengumumkan kerjasama dengan PLMM dalam penubuhan cawangan PETRONAS
MotoExpert, bengkel motosikal rasmi di bawah kelolaan PETRONAS Sprinta Produk
khusus EV.
Memang aneh PETRONAS terlibat kerana motosikal EV tidak menggunakan petrol. Namun demikian, ia berperanan menyumbangkan PETRONAS Iona yang diserap masuk untuk diguna pakai sebagai salah satu keunikan PETRONAS MotoExpert cawangan GGR Motor, dan PMH Motor di seluruh negara.
YBrs Encik Muhammad Mussadiq Mohamed Azmi diapit oleh YBrs Tuan Dr Nizar Abd Jalil (kiri), dan Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail (kanan).
=====
YBrs Encik Azarol Faizi (dua dari kiri) semasa sidang media prapelancaran motosikal kenderaan elektrik (EV) pada 15 Jun lalu.
===
Antara model motosikal yang dilancarkan adalah Lion G1 yang berharga hanya RM3,999 sebelum rebat MARiiCas, dan hanya RM1,599 selepas subsidi.
“Ia menjadi motosikal EV paling mampu milik untuk pelajar, penghantar makanan dan pengguna bandar. Memang GGR Motor melaksanakan konsep murah, Rahmah dan pastilah berkualiti,” jelas Mussadiq.
Motosikal ini menggunakan motor 3,000 watt, mampu menjangkau 120 kilometer bagi satu pengecasan penuh, serta boleh dicaj hingga 50 peratus dalam masa hanya 30 minit. Jaminan menyeluruh meliputi bateri, pengawal dan motor sehingga 50,000 kilometer, menjadikannya antara produk tempatan yang berdaya saing.
“Sesuai dengan hasrat kami, sasaran pasaran GGR Motor adalah golongan belia, penjawat awam, warga FELDA, anggota keselamatan serta komuniti bandar dan luar bandar yang memerlukan alternatif mobiliti kos efektif, dan mesra alam,” jelas Mussadiq.
EVRM 2025 juga membuka ruang kepada kerjasama MARA untuk melantik usahawan pengedar EV dalam kalangan lepasan TVET, disusuli latihan SKM Tahap 3 dalam bidang R&D, pemasangan dan perkhidmatan teknikal.
EVRM 2025 akan turut menyaksikan penyertaan aktif negara jiran seperti Vietnam, Thailand, dan Indonesia serta China, juga kehadiran pempengaruh dan media sosial EV terkenal dari dalam, dan luar negara.
Acara yang bermula jam 8 pagi hingga 6 petang itu akan diisi sesi pelancaran, pameran, jaringan pelabur dan media. Aktiviti malam pula dimeriahkan dengan persembahan komuniti, tunggang uji, cabutan bertuah, dan aktiviti santai bersama-sama pencinta EV.
GGR Motor yakin EVRM 2025 bakal menjadi penanda aras baharu bagi permotoran elektrik di Asia Tenggara, dan bukti bahawa produk keluaran anak tempatan mampu bersaing pada peringkat global.
Walaupun pada permulaan ini – model awal dengan kelajuan 70 kilometer sejam dan telah terjual sebanyak 2,400 buah pada harga RM2,400 dalam masa seminggu, tetapi sebagai produk yang juga inovatif, kelajuannya akan ditambah.
“Insya-Allah, menjelang November depan, jarak perjalanan akan ditingkatkan kepada 500 kilometer dengan kelajuan 160 kilometer sejam,” jelas Mussadiq yang memberitahu aktiviti penggunaan motosikal EV yang lebih laju hanya di trek, serta hubungan baik terjalin dengan Kementerian Pengangkutan, dan Jabatan Pengangkutan Jalan.
Yang penting adalah, selain tidak menggunakan petrol, motosikal EV ini senyap, tiada rantai, dan kerana menggunakan elektrik, tiada kos lain mengganggu seperti minyak hitam.
Ia juga adalah pengeluaran anak Melayu Bumiputera sepenuhnya. Mussadiq dianggap oleh rakan strategik sebagai berani dan ‘pelanggar kebiasaan’ apabila berunding terus dengan pengeluar/pengendali di Vietnam, Thailand, Indonesia dan China.
Oleh kerana itu, pihak kerajaan sedia membantu atas keyakinan tinggi hingga menjadikan harga motosikal EV lebih murah, ketimbang harga asalnya RM4,000 sebuah.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi wakil GGR Motor menerusi talian 03-77319355 / 010- 2508479/010-2358479/010-2578479 atau emel ke ggrlegacy94@gmail.com.
- disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments: