EKONOMI

Pameran Jenama
& Ekspo Perdagangan China (Shandong)-Malaysia Penghujung Mei Ini
DEMI mengukuhkan
kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dengan Wilayah Shandong,
serta menyusuli siri perjanjian yang dicapai semasa lawatan Setiausaha
Jawatankuasa Wilayah Shandong CPC, Encik Lin Wu ke Malaysia pada September
2025, maka Pameran Jenama & Ekspo Perdagangan China (Shandong)-Malaysia
(CMBETF) bakal berlangsung di Malaysia dari 22 hingga 24 Mei 2026.
Pameran dan ekspo
yang dianjurkan di bawah bimbingan Jabatan Perdagangan Wilayah Shandong ini
dijangka menghimpunkan kira-kira 100 perusahaan terkemuka dari Wilayah
Shandong, China (melibatkan sekitar 260 delegasi perniagaan), bersama-sama
komuniti perniagaan Malaysia, pihak berkepentingan industri, dan pelabur.
Semasa sidang
media di Wisma MCA, Jalan Ampang pada 7 Mei 2026, pihak penganjur memaklumkan
bahawa CMBETF bertujuan menyediakan platform tahap tinggi yang cekap, bagi
mempromosikan perdagangan dan pelaburan.
CMBETF 2026, tambahnya, akan mempamerkan produk berkualiti tinggi dan teknologi canggih dari Shandong dalam sektor seperti pembuatan peralatan, pertanian moden, tenaga dan bahan baharu, makanan, serta barangan pengguna premium.
"Pada masa
yang sama, ia membuka peluang bagi produk istimewa Malaysia menembusi pasaran
Shandong dan China yang lebih luas," jelasnya.
Menurut pihak
penganjur lagi, sebagai salah satu wilayah ekonomi utama di China, Shandong
memainkan peranan penting dalam mengekalkan kerjasama ekonomi yang erat antara
China dengan Malaysia bagi tempoh jangka panjang.
"Pameran dan
ekspo ini dijangka akan mengukuhkan lagi penglibatan dua hala, menggalakkan
aliran perdagangan dan pelaburan, serta mencipta peluang kolaborasi baharu
merentas pelbagai industri," tambahnya.
Justeru, penganjur
berharap CMBETF 2026 dapat menjadi penanda aras baharu bagi kerjasama ekonomi
serantau, sekali gus memberi momentum segar kepada pembangunan berkualiti
tinggi Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI), serta pembinaan komuniti China-Malaysia
dengan masa depan bersama-sama.
Selain aktiviti
perniagaan, CMBETF 2026 kali kedua yang berlangsung di IOI City Mall, Puchong ini
juga dibuka kepada orang awam, dan dijangka menarik ramai pengunjung.
Para hadirin boleh
menantikan pelbagai pameran produk, elemen kebudayaan, serta pengalaman
interaktif.
Pengunjung CMBETF 2026
juga berpeluang menyertai Cabutan Bertuah, manakala 300 pengunjung terawal
setiap hari akan menerima cenderahati eksklusif.
Sidang media
CMBETF 2026 dihadiri Encik Wang Dawei, Ketua Pengarah Pusat Kerjasama Inovasi
Sains & Teknologi China-SCO (Pusat Malaysia); Encik Li Cheng, Pengurus
Besar Kumpulan Lanhua Asia Tenggara; Cik Winnie Ng, Ketua Kebudayaan dan
Pelancongan, Pusat Kerjasama Inovasi Sains & Teknologi China-SCO (Pusat
Malaysia); dan Encik Feng Canmou, Ketua Festival Makanan Halal di Pameran &
Naib Presiden Dewan Perniagaan Xinjiang.
CMBETF 2026 dianjurkan
oleh Dewan Perniagaan Malaysia Shandong Qilu & Pusat Kerjasama Inovasi
Sains & Teknologi China-SCO (Malaysia), dengan Kumpulan Shandong Lanhua
Jawatankuasa Hal Ehwal PRC & Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) MCA, sebagai
penganjur bersama.
Acara bertaraf
antarabangsa ini turut mendapat sokongan organisasi seperti Biro Perdagangan
Perbandaran Linyi, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia
(ACCCIM), Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC), Dewan Perdagangan Islam
Malaysia (DPIM), COSCO Shipping Lines (Malaysia).
- disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

Reviewed by Raja Yusoff
on
May 08, 2026
Rating: 5




