MAJLIS IFTAR RAMADAN
1447 HIJRAH DI MASJID INDIA KAJANG
PADA 7 Mac lalu, Kumpulan Syarikat Ehsan (EGC)
meneruskan tradisi tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunannya dengan
mengadakan Majlis Iftar Perdana Ehsan dan Sumbangan Zakat Hari Raya Aidilfitri
2026 di Masjid India Kajang.
Pada tahun ini, EGC menyasarkan bantuan kepada 5,000 penerima di sepanjang Ramadan 2026. Program ini memfokuskan kepada pemberian sumbangan zakat, duit Raya, dan juadah berbuka puasa kepada golongan memerlukan, serta anak yatim.
SS Ustaz Mohammed Ismail Manbaye yang didatangkan khas dari Chennai, India.
Sejak 30 tahun lalu,
program ini bertujuan menyantuni golongan asnaf, anak yatim, dan yang
memerlukan bagi meringankan beban menyambut Syawal. Ia sering diadakan dengan
kerjasama pihak luar seperti Kongres India Muslim Malaysia atau KIMMA.
Majlis bermula dengan
tazkirah ringkas oleh SS Ustaz Mohammed Ismail Manbaye yang didatangkan khas
dari Chennai, India.
Selepas ucapan pembukaan
oleh pengacara majlis, dan bacaan doa pimpinan SS Ustaz Shihabudeen Baqavi,
para hadirin merangkumi tetamu jemputan, penerima sumbangan dan media mendengar
ucapan YBhg. Dato’ Haji Abdul Hamid PV Abdu, Pengasas EGC, merangkap Pengerusi
Masjid India Kajang.
Dalam ucapannya, antara
lain, Dato’ Haji Abdul Hamid mengatakan keuntungan yang diperoleh memang akan
dikongsikan dengan golongan yang tiada kemampuan, dan memerlukan.
YBhg Dato’ Haji Abdul Hamid PV Abdu, Pengasas EGC, merangkap Pengerusi Masjid India Kajang.
“Program sebegini akan
diteruskan pada tahun-tahun mendatang. Marilah sama-sama berdoa agar kita
sentiasa diberikan rezeki yang melimpah ruah,” ujar beliau yang melahirkan rasa
syukur dan terima kasih kepada semua yang terlibat.
“Saya berdoa agar setiap amal ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT,” tambah Abdul Hamid.
Para penerima sumbangan
termasuklah warga emas, anak-anak yatim, serta pelajar tahfiz dari pelbagai
mukim dan daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Majlis berkenaan juga
menyaksikan penyampaian beras kampit, dan cek-cek sumbangan kepada pihak yang
sewajarnya.
Semua sumbangan
disampaikan sendiri oleh Haji Abdul Hamid dan Ybhg. Dato' Jawahar Ali, pengasas
Restoran Ali Maju/Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia/PRESMA, serta
beberapa tetamu khas lain.
Sementara itu, YB Tuan
Cheong Kian Young, Ahli Dewan Negeri Selangor Kajang, yang turut hadir, beramah
mesra dengan hadirin, serta menyampaikan sumbangan kepada yang berkenaan.
YB Tuan Cheong Kian Young, Ahli Dewan Negeri Selangor Kajang, turut hadir.
* Laman Rasmi: www.ehsanproperty.com
* Facebook: Ehsan Plant & Property Sdn Bhd
* Instagram: @ehsan_property
#EhsanGroup #Presma #CSR
#DuitRaya #Iftar #BerbukaPuasa #Aidilfitri #Ramadan2025 #MasjidIndiaKajang
Tags:
Ehsan Group
-
disesuaikan
untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN




















No comments: