SASTERA BUDAYA
DENDAM SYAITAN HITAM BERTERUSAN
Telah banyak filem seram yang dihasilkan. Justeru, penulis lakon layar Roh yangjuga pengarahnya, Emir Azwan mahu mempersembah corak seram yang berbeza.
Banyak filem seram Melayu Malaysia terdahulu tampil dengan unsur-unsur, serta visual yang cepat memikat pemandangan dan pemikiran penonton – komersial.
Walau bagaimanapun, Roh cuba menampilkan corak seram yang segar/baharu/berbeza menerusi persembahan fotografi, lakonan dan bahasa filem yang baik. Ada kejutan, tetapi bukan jumpscare.
Fotografi oleh pengarahnya, Ahmad Saifuddin Musa turut menghidupkan filem ini.
Aksi Farah Ahmad sebagai Emak dan anaknya, Mhia Farhana (Along) serasi/mantap. Seperti Mhia, Harith Haziq yang belum pernah saya tonton lakonannya pun berbakat. Adegan untuk Putri Nurqaseh (Adik) sedikit, tetapi berkesan.
Namron (Pemburu) meskipun menggantikan pelakon asal, tetapi pilihan yang tepat.Isterinya, Junainah nampak amat selesa dengan watak yang dipegang, Tok.
Bahasa filem Roh juga banyak membantu. Dialog yang dilontarkan ekonomikal dayang perlu sahaja, tetapi berkesan. Walaupun kata Amir Muhammad, Penerbit Eksekutif, filem bukan mengajar/berdakwah, tetapi apa yang dipaparkan, sedikit/banyak menyinggahi pemikiran penonton.
Corak Roh ialah gabungan seram, misteri dan drama. Agak sukar difahami padaperingkat awal hingga tertanya-tanya apa mesej, atau hala tuju/motif filem ini.
Kejutan pada penghujung yang menjelaskan mesej Roh. Unsur jahat sentiasa cuba mempengaruhi kehidupan harian kita. Sudah tentulah ia iblis syaitan. Atas keizinan Allah, makhluk tersebut akan terus menggoda manusia hingga kiamat.
Watak dalam Roh cuma Emak, Along, Angah, Adik, Pemburu, dan Tok. Kecuali Tok, kesemuanya mati.
Adik ialah kanak-kanak perempuan yang aneh. Dia ditemui oleh Along dan Angah lalu dibawa pulang ke rumah. Adik bermalam di rumah mereka. Tetapi, keesokan harinya, Adik memeranjatkan Emak, Along dan Angah kerana memakan ayam peliharaan mereka mentah-mentah, kemudian mengelar leher sendiri sebelum mati, sambil memberi amaran tiga beranak itu akan mati semasa bulan mengambang.
Kenapa Tok tidak mati? Wanita tua itu pengamal ilmu hitam. Dia mengingatkan mengenai Pemburu, dan tidak menyukai lelaki tersebut lalu memberi amaran agar menjauhi keluarga Emak. Pemburu terjumpa rumah Emak dan memberitahu dia mencari Adik, tetapi Emak membohonginya.
Tok ialah iblis syaitan dalam bentuk manusia, yang menipu keluarga Emak yang daif menghuni sebuah dangau di pedalaman berhampiran hutan, serta melaga-lagakananak-beranak itu, dan Pemburu.
Along membenci Emak sebelum membunuh diri tanpa sempat memohon ampun. Kemudian, dia ‘muncul’ kembali dan datang ke rumah lalu membakar rumah, termasuk ibunya yang sedang nazak. Mengapa pula Emak nazak selepas dia menikam Pemburu dengan lembing. Siapa yang mencederakannya?
Kemunculan Tok pada awalnya menggembirakan Emak kerana beroleh teman. Walau bagaimanapun, Tok menolak pelawaan Emak untuk tinggal bersama-sama.
Amarannya mengenai Pemburu hingga penonton menyangka lelaki itu antagonis hanya pembohongan. Sementelah Pemburu bertanya kepada Emak mengenai Adik yang pada tanggapan Emak secara biadab. Kebaikan Tok yang sebenarnya hipokrasi itu diterima oleh penonton.
Walaupun Tok menggertak Pemburu, tetapi lelaki itu memberikan lembingnya kepada Emak sebagai senjata mempertahan diri. Dia mahu membantu mencari Angah yang dikatakan hilang.
Namun demikian, Emak yang terus sangsi terhadap Pemburu, membunuh lelaki tersebut dengan lembing itu kononnya membalas dendam kematian Along, dan Angah. Kebetulan dia melihat Pemburu membunuh Angah yang sedang mengheret bangkai rusa.
Mengapa Pemburu membunuh Angah, sedangkan dia boleh menghalang Angah,dan memberitahu tidak elok mengambil bangkai binatang di dalam hutan untuk tujuan apa pun, apatah lagi makan.
Ada yang mengatakan Roh yang berdurasi 82 minit ini berkonsep filem pendekkerana latar tempat tidak luas, dan watak sedikit. Pada luaran memang sedemikian.
Walau bagaimanapun, tidak semestinya begitu kerana ada filem biasa yang latartempat, dan watak yang sedikit. Begitu juga sebaliknya dengan filem pendek.
Emir juga menafikan Roh ialah filem seni. Saya bersetuju kerana dalam filem perluada seni – tiada filem tanpa seni. Seni itu yang menghasilkan filem yang baik/cemerlang. Filem berseni ditampilkan dengan unsur-unsur yang indah, tersusundan menarik.
No comments:
Post a Comment