Pages

Friday, 7 May 2021









KESIHATAN
 


KEMPEN ‘MASK ON, SPREAD HOPE’ DIBANTU DUA ARTIS TERKENAL

 

BERSEMPENA dengan majlis pelancaran pelitup separuh muka Edisi Hari Raya Eidulfitri, jenama tempatan – Neutrovis melancarkan kempen ‘Mask On, Spread Hope’ bersama-sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa memakai pelitup separuh muka demi menjaga diri mereka, dan orang tersayang semasa menyambut Ramadan, dan persiapan untuk hari raya tersebut.

Kempen ‘Mask On, Spread Hope’ dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, diiringi Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad, pada 5 Mei lalu di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Menerusi kempen ‘Mask On, Spread Hope’ ini, Neutrovis beraspirasi untuk menjadi simbol harapan kepada rakyat Malaysia agar bersatu menangani COVID-19 melalui vaksinasi, penjarakan sosial dan yang terpenting, memakai pelitup separuh muka yang berkesan.

Mengamalkan prosedur operasi standard atau SOP bagi memastikan keselamatan, dan kesihatan keluarga, serta sahabat handai semasa aktiviti ziarah-menziarahi bersempena dengan Ramadan-Syawal juga amat penting.

Kajian menunjukkan terdapat ratusan titisan air bersaiz dari 20 hingga 500 mikrometer yang tersebar melalui udara setiap kali seseorang individu bercakap. Namun demikian, virus COVID-19 yang tersebar melalui titisan air tersebut, dapat dicegah oleh pemakaian pelitup separuh muka gred perubatan.

Kempen ‘Mask On, Spread Hope’ bertujuan mendidik orang awam tentang kepentingan memilih pelitup separuh muka yang tepat, dan perbezaan antara pelitup separuh muka pakai buang dengan pelitup separuh muka perubatan.

Ramai orang tidak mengetahui pelitup separuh muka pakai buang hanya sesuai untuk kegunaan industri - hanya bertindak sebagai penapis habuk, dan tidak mampu menyekat penularan sebarang virus.

Pelitup separuh muka perubatan pula mempunyai kadar ‘Bacteria Filteration Efficiancy’ (BFE), dan ‘Particle Filteration Efficiancy’ (PPE) yang tinggi, mampu menyekat penularan virus dengan kemampuannya menyekat bakteria bersaiz 1-5 micron, dan menapis zarah bersaiz 0.1-1 micron.

Pelitup Separuh Muka Premium jenama Neutrovis mengungguli kadar tersebut, dengan bacaan melebihi 98 peratus BFE, dan 96 peratus PPE. Ia juga lulus pensijilan CE dan memenuhi standard EN14683.

Neutrovis juga memberikan perhatian khusus tentang kebolehgunaan pelitup separuh muka mereka dengan getah telinga yang ultra lembut, di samping penggunaan fabrik ‘non-woven’ premium ekstra lembut untuk mengurangkan iritasi kepada kulit, menjadikannya sesuai dipakai dalam jangka masa panjang.

Neutrovis merupakan jenama anti-kuman khusus berstandard tinggi yang memenuhi keperluan pengguna yang mempunyai kulit sensitif, dan mementingkan imej. Neutrovis berjanji menawarkan produk yang berkesan, dan premium pada harga mampu milik. Disebabkan ini, Neutrovis menerima anugerah ‘pelitup separuh muka paling banyak terjual dalam masa setahun’ (195,131, 200 keping) oleh Malaysia Book of Records.

Kini, pemakaian pelitup separuh muka diwajibkan setiap hari (sejak 1 Ogos 2020), danorang ramai mahukan reka bentuk pelitup separuh muka yang bersesuaian dengan gaya penampilan mereka. Justeru, Neutrovis telah memenuhi permintaan tersebut dengan menghasilkan pelitup separuh muka yang bergaya, dan pada masa sama, lulus untuk kegunaan perubatan yang mampu menyekat penularan COVID-19.

Neutrovis menawarkan kebebasan berfesyen kepada pengguna dengan memadankan pelitup separuh muka, dan pakaian mereka tanpa perlu khuatir kerana diri mereka, dan orang yang mereka sayangi terlindung.

Menurut Dato’ Sri Alexander, KPDNHEP diberi mandat untuk mengingatkan orang ramai menjelang Hari Raya Eidulfitri agar patuh, dan bertanggungjawab dengan menggunakan pelitup separuh muka perubatan yang berkesan pada setiap masa – terutamanya kepada pusat-pusat beli-belah, pekerja bahagian peruncitan dan para pengguna.

Beliau berharap peringatan ini dapat memupuk persefahaman dan kerjasama dalam masyarakat dengan memakai pelitup separuh muka, dan memberi harapan demi menjaga keharmonian negara, dan ekonomi.

Hanya dengan kerjasama antara semua pihak, kita dapat mengawal penularan pandemik ini, tegas Alexander. Pelitup sepauh muka Hari Raya Neutrovis ini mengangkat semangat Hari Raya dengan warna, dan corak bertemakan perayaan Eidulfitri.

Bagi Alexander, jenama tempatan, Maystar Beauty telah mengambil langkah tepat dengan membolehkan para pengguna memadankan pelitup separuh muka dengan busana Raya mereka, memberi kebebasan kepada para pengguna untuk memilih sesuai dengan citarasa mereka.

Neutrovis juga dengan rasminya memperkenal Izzue Islam (pelakon/penyanyi/pengacara) sebagai duta produk untuk Neutrovis Barrack Series (Rogue Green & Tartan Blue), sementara Azira Shafinaz (pelakon/penyanyi) sebagai duta produk untuk Neutrovis Earthly Brown Series (Dessert Storm & Sahara).

Pemilihan mereka bersesuaian dengan penjenamaan Neutrovis yang dinamik, bergaya, dan inovatif.

Dengan semangat Hari Raya, Neutrovis menjalankan aktiviti kemasyarakatan mereka dan menyebarkan harapan dengan menyumbangkan 100,000 unit Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium kepada tujuh rumah anak yatim, dan pusat kebajikan di seluruh Malaysia.

Di samping itu, Neutrovis turut menyumbangkan 50,000 unit Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium kepada lebih 20 syarikat media di Lembah Kelang. Ia sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bekerja keras, dan menghadapi risiko demi menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Alexander dan Datuk Seri Haji Hasnol telah menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Pendidikan Anak-anak Yatim Selangor (Rumah Bakti), Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah Kuala Lumpur, Ibu Maryam Rumah Anak Yatim, Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Autism CafĂ© Project, Pusat Jagaan Baitul Hidayah Puchong, dan Pusat Jagaan Al Ghazaly Puchong dalam majlis pelancaran kempen ‘Mask On, Spread Hope’ itu.

Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn Bhd, Zayn Puah pula menyatakan menerusi kempen ‘Mask On, Spread Hope’, pihaknya sentiasa memikirkan soal keperluan pelitup separuh muka untuk rumah anak yatim, dan pusat kebajikan.

Dengan sumbangan ini, tambah Zayn, Maystar Beauty Sdn Bhd dapat berbakti kepada masyarakat, dan menyebarkan mesej harapan.

Beliau turut mengambil peluang menyampaikan penghargaan kepada petugas media kerana tugas yang dilakukan amat penting, terutama pada masa yang mencabar sekarang, dengan menjaga keharmonian negara menerusi liputan yang dilaporkan.

Tambah Zayn, pihaknya tidak tahu adakah orang lain menganggap petugas media sebagai petugas barisan hadapan. Walau bagaimanapun, tegas beliau, Neutrovis mengiktiraf petugas media sebagai wira.

 

Dengan harga RM34.90 sekotak yang mengandungi 50 unit pelitup separuh muka (RM0.70 seunit), pelitup separuh muka Edisi Hari Raya Neutrovis datang bersama-sama Gaya Raya Series (Lilac Dream & Royal Green), dan Jom Raya Series (Blue Moon & Festive Green).

Pelitup separuh muka edisi terhad ini terdapat di pelbagai kedai dan farmasi di seluruh Malaysia, termasuk peruncit yang terlibat seperti Caring Pharmacy, Guardian, Watsons, Health Lane Family, AA Pharmacy, HTM Pharmacy, Sasa, Aeon, All Day Pharmacy, Sunway Pharmacy, Georgetown Pharmacy, Alpro Pharmacy, dan Straits Pharmacy di sepanjang tempoh perayaan ini, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.neutrovis.com/atau @NeutrovisMalaysia di Facebook.

 

NEUTROVIS merupakan jenama anti-kuman, khusus berstandard tinggi yang memenuhi keperluan pengguna yang mempunyai kulit sensitive, dan mementingkan imej.

Monday, 3 May 2021

 


SASTERA BUDAYA

 

 

KOPRATASA HARGAI LAGU RAYA PERTAMA, BERUSIA 85 TAHUN

 

 

MEMBAHARUKAN atau memberi nafas baharu kepada sesebuah lagu lama bukan sesuatu yang baharu, dan bukan juga mudah. Ada pelbagai sebab sesebuah lagu lama itu diperbaharu semula.

Kumpulan penyanyi lagu puisi unggul Malaysia selepas Harmoni, iaitu Kopratasa turut menambahkan khazanah lagu Hari Raya tanah air apabila merakamkan semula lagu ‘Selamat Hari Raya’, yang dipercayai merupakan lagu Hari Raya Eidulfitri terawal di negara kita, berdasarkan sumber yang layak dipercayai.

Kopratasa merasakan lagu lama mempunyai nilai sejarah tersendiri.

Inilah juga yang terdapat pada lagu ‘Selamat Hari Raya’, ciptaan Tengku Ali Basha @ Cik Ara Bangsawan. Lagu ini dipercayai adalah lagu Raya pertama untuk umat Melayu di Nusantara, dan juga dunia amnya. Lagu yang dicipta pada 1936 ini, telah membuka sejarah pada sambutan Hari Raya pada zamannya. Kopratasa merasakan amat rugi jika lagu ini dibiarkan lenyap ditelan zaman.

Berdasarkan pepatah ‘yang buruk (lama) diperbaharui, yang usang dikajangi’, Kopratasa berasa merakamkan semula lagu tersebut merupakan satu aktiviti melestarikan sebuah khazanah lama untuk tatapan semula generasi terkini.

Kopratasa telah mencadangkan kepada pihak Luncai Emas Sdn Bhd untuk merakamkan semula lagu ini. Persetujuan dicapai dan syarikat telah memberi kepercayaan kepada Hanafi Spider sebagai penerbit, dan kerja menyusun semula muzik lagu ini. Kopratasa pula menambah sedikit melodi baharu pada bahagian korus lagu ini, dan menyanyikannya dengan ‘cara Kopratasa’ sendiri.

Walaupun rakaman semula lagu Raya tersebut terdapat tambahan melodi, tetapi ia bukan bertujuan merosakkan lagu tersebut, sebaliknya memeriahkan lagi melodi tersebut untuk menepati konsep bergembira pada Hari Raya.

Inovasi melodi tersebut tidak mengganggu nilai asal lagu berkenaan. Melodi asal tetap dipelihara, senikatanya juga tetap dipakai seperti yang asal. Ia menjadikan lagu ini lebih catchy. Hasilnya menarik!

Kesemua rakaman dibuat di Studio Ronggeng, Luncai Emas Sdn Bhd dengan pemuzik undangan Tony Iskandar (bass), Mohar (seruling), dan Hanafi sendiri. Mastering dibuat oleh Hafiz Studio.

Kopratasa amat berharap lagu ini dapat diterima dan memberi sesuatu yang unik bersempena dengan sambutan Eidulfitri 2021/1442 ini.

Setelah lama ketiga-tiga ahli Kopratas membawa haluan masing masing, mereka kembali dengan projek istimewa ini di bawah payung Luncai Emas Sdn Bhd untuk peminat, sahabat dan juga rakan-rakan mereka yang sentiasa memberi dorongan untuk terus berkarya.

Single ini juga telah menjalani penggambaran video muziknya pada awal Ramadan lalu, yang dibuat di dalam studio, dan persekitaran pejabat Luncai Emas Sdn Bhd sendiri, memandangkan kita masih lagi dalam fasa pemulihan PKP akibat COVID-19.

Video muzik ini diarahkan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik, Juril Jumali yang banyak mengarahkan video muzik beberapa penyanyi popular sebelum ini, dan telah berada di saluran Youtube Luncai Emas.

Antaranya ialah video muzik Mus May, ‘Mencari Kaseh’, dan Datuk Nash, One Nation Emcee ft Dato’ Jeffrydin, ‘Debaran Rindu’.

Luncai Emas Sdn Bhd akan turut bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes mulai 9 Mei ini.

KeonOmar

Pengarah Produksi Luncai Emas Sdn Bhd, Keon Omar berharap lagu nafas baharu ‘Selamat Hari Raya’ oleh Kopratasa ini dapat mengubat kerinduan para peminat Kopratasa, dan juga menarik perhatian generasi baharu dalam kemeriahan kita menyambut kehadiran Syawal pada tahun ini dalam suasana norma baharu hidup!

 

‘SELAMAT HARI RAYA’

Nyanyian semula KOPRATASA

 

(USOP)

SELAMAT HARI RAYA

SAYALAH UCAPKAN KEPADA IBU BAPA

SAUDARA SEKALIAN

TAULAN KERABAT

HAI HANDAI DAN TAULAN

TUALAH DAN MUDA LAKI-LAKI PEREMPUAN

 

(SANI)

PERMULAAN SYAWAL

HAI HARI YANG MULIA

AIDILFITRI PENUTUP BULAN PUASA

PINTU TERBUKA UNTUK MENGABULKAN DOA

PALING UTAMA BAGI SESAMA MANUSIA

 

(KOPRATASA)

SELAMAT HARI RAYA

AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN

SELAMAT HARI RAYA

MINAL AIDIL WAL FAIZIN

SELAMAT HARI RAYA

ZAHIR DAN BATIN

SELAMAT HARI RAYA

MINAL AIDIL WAL FAIZIN

 

(USOP)

UMPAT BUDI YANG SUDAH TERBANYAK

AMPUN DAN MAAF SEKARANG DIMINTA

SUPAYALAH AZAB KUBUR HAI JANGANLAH MENDESAK

SELAMATLAH KITA DI AKHIRATLAH YANG KELAK

 

(SISO)

WAHAI MUSLIMIN SEGALA ‘HAI WANI’ (2X)

MENDOALAH KITA KEPADA RABUL ILLAHI (2X)

DIPANJANGKAN UMUR DIMURAHKAN REZEKI

DIPANJANGKAN UMUR DIMURAH REZEKI

TAHUNLAH DI MUKA BOLEH BERJUMPALAH LAGI (2X)

 

(KOPRATASA)

SELAMAT HARI RAYA

AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN

SELAMAT HARI RAYA

MINAL AIDIL WAL FAIZIN

SELAMAT HARI RAYA

ZAHIR DAN BATIN

SELAMAT HARI RAYA

MINAL AIDIL WAL FAIZIN

 

LAGU & LIRIK: COPYRIGHT CONTROLLED & KOPRATASA

HAK CIPTA: LUNCAI EMAS SDN BHD