KESIHATAN
KEMPEN ‘MASK ON, SPREAD HOPE’ DIBANTU DUA ARTIS
TERKENAL
BERSEMPENA dengan
majlis pelancaran pelitup separuh muka Edisi Hari Raya Eidulfitri, jenama
tempatan – Neutrovis melancarkan kempen ‘Mask
On, Spread Hope’ bersama-sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri &
Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa
memakai pelitup separuh muka demi menjaga diri mereka, dan orang tersayang
semasa menyambut Ramadan, dan persiapan untuk hari raya tersebut.
Kempen ‘Mask
On, Spread Hope’ dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri &
Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, diiringi Ketua Setiausaha
KPDNHEP, Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad, pada 5 Mei lalu di sebuah
hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Menerusi kempen ‘Mask
On, Spread Hope’ ini, Neutrovis beraspirasi untuk menjadi simbol harapan
kepada rakyat Malaysia agar bersatu menangani COVID-19 melalui vaksinasi,
penjarakan sosial dan yang terpenting, memakai pelitup separuh muka yang berkesan.
Mengamalkan prosedur operasi standard atau SOP bagi
memastikan keselamatan, dan kesihatan keluarga, serta sahabat handai semasa
aktiviti ziarah-menziarahi bersempena dengan Ramadan-Syawal juga amat penting.
Kajian menunjukkan terdapat ratusan titisan air
bersaiz dari 20 hingga 500 mikrometer yang tersebar melalui udara setiap kali
seseorang individu bercakap. Namun demikian, virus COVID-19 yang tersebar
melalui titisan air tersebut, dapat dicegah oleh pemakaian pelitup separuh muka
gred perubatan.
Kempen ‘Mask
On, Spread Hope’ bertujuan mendidik orang awam tentang kepentingan memilih
pelitup separuh muka yang tepat, dan perbezaan antara pelitup separuh muka
pakai buang dengan pelitup separuh muka perubatan.
Ramai orang tidak mengetahui pelitup separuh muka
pakai buang hanya sesuai untuk kegunaan industri - hanya bertindak sebagai
penapis habuk, dan tidak mampu menyekat penularan sebarang virus.
Pelitup separuh muka perubatan pula mempunyai kadar
‘Bacteria Filteration Efficiancy’
(BFE), dan ‘Particle Filteration
Efficiancy’ (PPE) yang tinggi, mampu menyekat penularan virus dengan
kemampuannya menyekat bakteria bersaiz 1-5 micron, dan menapis zarah bersaiz
0.1-1 micron.
Pelitup Separuh Muka Premium jenama Neutrovis mengungguli
kadar tersebut, dengan bacaan melebihi 98 peratus BFE, dan 96 peratus PPE. Ia
juga lulus pensijilan CE dan memenuhi standard EN14683.
Neutrovis juga memberikan perhatian khusus tentang
kebolehgunaan pelitup separuh muka mereka dengan getah telinga yang ultra
lembut, di samping penggunaan fabrik ‘non-woven’ premium ekstra lembut untuk
mengurangkan iritasi kepada kulit, menjadikannya sesuai dipakai dalam jangka
masa panjang.
Neutrovis merupakan jenama anti-kuman khusus
berstandard tinggi yang memenuhi keperluan pengguna yang mempunyai kulit
sensitif, dan mementingkan imej. Neutrovis berjanji menawarkan produk yang berkesan,
dan premium pada harga mampu milik. Disebabkan ini, Neutrovis menerima anugerah
‘pelitup separuh muka paling banyak terjual dalam masa setahun’ (195,131, 200
keping) oleh Malaysia Book of Records.
Kini, pemakaian pelitup separuh muka diwajibkan
setiap hari (sejak 1 Ogos 2020), danorang ramai mahukan reka bentuk pelitup
separuh muka yang bersesuaian dengan gaya penampilan mereka. Justeru, Neutrovis
telah memenuhi permintaan tersebut dengan menghasilkan pelitup separuh muka
yang bergaya, dan pada masa sama, lulus untuk kegunaan perubatan yang mampu
menyekat penularan COVID-19.
Neutrovis menawarkan kebebasan berfesyen kepada
pengguna dengan memadankan pelitup separuh muka, dan pakaian mereka tanpa perlu
khuatir kerana diri mereka, dan orang yang mereka sayangi terlindung.
Menurut Dato’ Sri Alexander, KPDNHEP diberi mandat
untuk mengingatkan orang ramai menjelang Hari Raya Eidulfitri agar patuh, dan
bertanggungjawab dengan menggunakan pelitup separuh muka perubatan yang
berkesan pada setiap masa – terutamanya kepada pusat-pusat beli-belah, pekerja
bahagian peruncitan dan para pengguna.
Beliau berharap peringatan ini dapat memupuk persefahaman
dan kerjasama dalam masyarakat dengan memakai pelitup separuh muka, dan memberi
harapan demi menjaga keharmonian negara, dan ekonomi.
Hanya dengan kerjasama antara semua pihak, kita
dapat mengawal penularan pandemik ini, tegas Alexander. Pelitup sepauh muka
Hari Raya Neutrovis ini mengangkat semangat Hari Raya dengan warna, dan corak
bertemakan perayaan Eidulfitri.
Bagi Alexander, jenama tempatan, Maystar Beauty
telah mengambil langkah tepat dengan membolehkan para pengguna memadankan
pelitup separuh muka dengan busana Raya mereka, memberi kebebasan kepada para
pengguna untuk memilih sesuai dengan citarasa mereka.
Neutrovis juga dengan rasminya memperkenal Izzue
Islam (pelakon/penyanyi/pengacara) sebagai duta produk untuk Neutrovis Barrack
Series (Rogue Green & Tartan Blue), sementara Azira Shafinaz
(pelakon/penyanyi) sebagai duta produk untuk Neutrovis Earthly Brown Series
(Dessert Storm & Sahara).
Pemilihan mereka bersesuaian dengan penjenamaan
Neutrovis yang dinamik, bergaya, dan inovatif.
Dengan semangat Hari Raya, Neutrovis menjalankan
aktiviti kemasyarakatan mereka dan menyebarkan harapan dengan menyumbangkan
100,000 unit Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium kepada tujuh rumah anak
yatim, dan pusat kebajikan di seluruh Malaysia.
Di samping itu, Neutrovis turut menyumbangkan 50,000
unit Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium kepada lebih 20 syarikat media di
Lembah Kelang. Ia sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bekerja keras,
dan menghadapi risiko demi menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
Alexander dan Datuk Seri Haji Hasnol telah
menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Pendidikan Anak-anak Yatim Selangor
(Rumah Bakti), Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah Kuala Lumpur, Ibu
Maryam Rumah Anak Yatim, Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Autism Café Project,
Pusat Jagaan Baitul Hidayah Puchong, dan Pusat Jagaan Al Ghazaly Puchong dalam
majlis pelancaran kempen ‘Mask On, Spread Hope’ itu.
Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn Bhd, Zayn Puah pula
menyatakan menerusi kempen ‘Mask On, Spread Hope’, pihaknya sentiasa memikirkan
soal keperluan pelitup separuh muka untuk rumah anak yatim, dan pusat
kebajikan.
Dengan sumbangan ini, tambah Zayn, Maystar Beauty
Sdn Bhd dapat berbakti kepada masyarakat, dan menyebarkan mesej harapan.
Beliau turut mengambil peluang menyampaikan
penghargaan kepada petugas media kerana tugas yang dilakukan amat penting,
terutama pada masa yang mencabar sekarang, dengan menjaga keharmonian negara
menerusi liputan yang dilaporkan.
Tambah Zayn, pihaknya tidak tahu adakah orang lain
menganggap petugas media sebagai petugas barisan hadapan. Walau bagaimanapun,
tegas beliau, Neutrovis mengiktiraf petugas media sebagai wira.
Dengan harga
RM34.90 sekotak yang mengandungi 50 unit pelitup separuh muka (RM0.70 seunit),
pelitup separuh muka Edisi Hari Raya Neutrovis datang bersama-sama Gaya Raya
Series (Lilac Dream & Royal Green), dan Jom Raya Series (Blue Moon &
Festive Green).
Pelitup separuh
muka edisi terhad ini terdapat di pelbagai kedai dan farmasi di seluruh
Malaysia, termasuk peruncit yang terlibat seperti Caring Pharmacy, Guardian,
Watsons, Health Lane Family, AA Pharmacy, HTM Pharmacy, Sasa, Aeon, All Day
Pharmacy, Sunway Pharmacy, Georgetown Pharmacy, Alpro Pharmacy, dan Straits
Pharmacy di sepanjang tempoh perayaan ini, sementara stok masih ada.
Untuk maklumat
lanjut, sila layari https://www.neutrovis.com/atau
@NeutrovisMalaysia di Facebook.
NEUTROVIS
merupakan jenama anti-kuman, khusus berstandard tinggi yang memenuhi keperluan
pengguna yang mempunyai kulit sensitive, dan mementingkan imej.
No comments:
Post a Comment