KAFETERIA
MATIC PENUHI SELERA PELANGGAN
Sebahagian daripada kerusi meja yang disediakan untuk para pelanggan Kafeteria MaTiC.
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Selangor, merangkap Setiausaha Koperasi Seni Budaya Berhad, Mohamd Raizuli Mat Jusoh (kanan).
Antara juadah yang disajikan di Kafeteria MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, merangkap Penaung Koperasi Seni Budaya Berhad, Haji Mesran Mohd Yusop menyampaikan ucapan alu-aluan.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat (dua dari kanan) merasmikan Kafeteria MaTiC pada 1 Januari lalu.
MULAI 3 Januari 2022, pengunjung Pusat Pelancongan Malaysia
(MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur dari dalam dan luar negara tidak akan
menghadapi masalah untuk bersarapan, makan tengah hari, dan minum petang.
Hal ini dikatakan sedemikian kerana sebuah
kafetaria yang diberi nama Kafeteria MaTiC dibuka, dan dikendalikan oleh Koperasi
Seni Budaya Berhad (KOSENI), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
(MOTAC).
Perasmian Kafeteria MaTiC yang menyediakan pelbagai
menu masakan tradisional dan negeri di Malaysia itu telah disempurnakan oleh Ketua
Setiausaha MOTAC, Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat pada 1 Januari lalu.
Dalam ucapan beliau, Dr Noor Zari berharap
Kafeteria MaTiC akan dapat memenuhi citarasa pelanggan, dan maju dari semasa ke
semasa, sambil secara tidak langsung mempertahan juadah tradisional Malaysia.
Dibuka setiap hari, kecuali Ahad, dari jam
7.30 pagi sehingga 6.30 petang, Kafeteria MaTiC menyediakan sajian untuk
sarapan, tengah hari dan minum petang yang merangkumi nasi campur, nasi ayam,
mi celup Kuala Lumpur, dan aneka pilihan selera pelanggan.
Turut menghadiri majlis perasmian Kafeteria
MaTiC termasuklah Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negara (JKKN), merangkap
Penaung KOSENI, Mesran Mohd. Yusop; Pengarah JKNN Selangor merangkap Setiausaha
KOSENI, Mohamd Raizuli Mat Jusoh; Pengarah MaTiC, Rudy Irwan Shukaimie; ahli jawatankuasa KOSENI, dan wakil-wakil
media.
Sebagai promosi hari pembukaannya pada Isnin,
3 Januari 2022 nanti - untuk satu hari sahaja, Kafeteria MaTiC akan memberikan minuman percuma kepada
para pelanggan.
No comments:
Post a Comment