Mohd Ridzuan Abdullah (kiri) bersama-sama Mejar (B) Haji Aziz Haji Mohd Yassin semasa sidang media selepas pelancaran Cawangan Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods, 23 Januari 2022 lalu.
Mohd Ridzuan Abdullah (kiri) bersama-sama Mejar (B) Haji Aziz Haji Mohd Yassin semasa sidang media selepas pelancaran Cawangan Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods, 23 Januari 2022 lalu.
Antara produk berjenama, dan bermutu tinggi yang dijual di Cawangan Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods.
Pengurus Besar Tunas Bumi Jaya Sdn Bhd, G Silvakumar.
Antara produk berjenama, dan bermutu tinggi yang dijual di Cawangan Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods.
Cawangan Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods kini dibuka secara rasminya dan menanti kunjungan pelanggan jauh, dan dekat.
EKONOMI
Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas
Fresh & Frozen Foods untuk Pelanggan Jauh dan Dekat
PARA penduduk Bandar
Baru Selayang, Selangor khususnya yang tinggal di Jalan 3/5 dan persekitaran,
serta kejiranan kini tiada masalah untuk mendapatkan produk makanan yang bersih
segar, bermutu tinggi, halal dan berharga munasabah.
Selama
beberapa bulan lalu mereka telah menikmatinya, dan itu lebih terjamin akan
berterusan apabila tempat sumber berkenaan, iaitu Cawangan Pertama Kedai
Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods dilancarkan secara rasminya pada
23 Januari 2022 yang lalu.
Pelancaran
cawangan pertama kedai kepunyaan Tunas Bumi Jaya Sdn Bhd (Tunas Bumi Jaya) itu disempurnakan
oleh Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Mejar (B) Haji Aziz Haji Mohd Yassin. Turut
hadir ialah Pengurus Besar, G Silvakumar; serta Pengarah Pemasaran, Sapiah
Yassin, dan Nurul Najwa Haji Muzamil.
Presiden
Persatuan Ikhlas Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah yang sentiasa
menyokong usahawan industri kecil dan sederhana juga hadir sebagai tanda solidariti
beliau.
Menurut
Mejar (B) Haji Aziz, wawasan Tunas Bumi Jaya ialah menjadi syarikat bumiputera
dalam bidang makanan sejuk beku, dan setor terbuka yang berjaya di semua negeri
di Semenanjung Malaysia dalam masa 10 tahun lagi.
Paling
penting, tambah beliau ialah memuaskan hati para pengguna kerana itu juga
antara faktor utama untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.
Silvakumar
yang berpengalaman luas dalam perniagaan produk makanan pula menegaskan para
usahawan perlu ada keyakinan diri untuk menjalankan perniagaan.
Silvakumar
menjawab soalan pihak media mengenai faktor yang membuat beliau berani membuka premis
perniagaan makan sejuk beku dan segar sedemikian ketika ekonomi negara belum
pulih, dan wabak maut COVID-19 masih mengancam.
Sementara
itu, selain sokongan beliau terhadap kegiatan yang boleh memajukan ekonomi
rakyat, kehadiran Ridzuan dalam majlis tersebut menandakan kekembaliannya memperjuang
kepentingan rakyat sebagaimana sebelum ini.
Menariknya,
Kedai Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods tersebut
memasarkan hampir 80 peratus barang keluaran bumiputera yang bermutu tinggi. Tunas
Bumi Jaya turut mengalu-alukan penyertaan produk bumiputera lain untuk dijual.
Antara
produk berjenama utama di kedai tersebut ialah Ayam Goreng, Sate Ayam Goreng, Crispy Chicken Finger with DHA, dan Original Chicken Pop Corn keluaran
Peladang; Beef Samosa, Mini Chicken Murtabak, dan Chicken Karipap (ESiR), Roti Paratha,
Roti Boom, dan Cheese Carbonara Spring Roll (Tisha’s), serta Ayam Perap dan Kambing
Perap (A&J).
Selain
itu, ada Bebola Sedaap! Kambing Premium; Sosej Sedaap! Ayam; dan Sosej Sedaap Black Pepper (Al-Baity Food Sdn Bhd), Dim Sum Seafood, Dimsum Beef, dan Crab
Dumpling (HIKMAH), Australian Lamb
Boneless, Australian Beef Striloin,
dan Australian Lamb Rack (Aishah
Fresh & Frozen).
Cawangan
Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods terletak di No 24,
Jalan 3/5, Bandar Baru Selayang, 68100 Selangor Darul Ehsan. Ia juga boleh dihubungi
menerusi talian +60361274255/0123550196.
7.
8.
No comments:
Post a Comment