KESIHATAN
Perasmian Pusat Aduan Terkesan Vaksin PPIM oleh Dato’ Haji Mohd Rakrunizam Haji Ibrahim (kanan).
Datuk Nadzim Johan (dua dari kiri) diapit oleh Dato’ Haji Mohd Rakrunizam Haji Ibrahim (kiri sekali), Zaharah Sulaiman, dan Dr Sani Ashari (kanan sekali) semasa sidang media penjadualan semula Pusat Aduan Terkesan Vaksin PPIM di Villa Puteri Condominium, Kuala Lumpur pada 24 Januari 2022 lalu.
Pusat Aduan Terkesan Vaksin PPIM kini dibuka, dan beroperasi secara rasminya.
Datuk Nadzim Johan (duduk) bersama-sama seorang lagi ahli Panel Penasihat PPIM, Zaki Omar.
Dato’ Haji Mohd Rakrunizam Haji Ibrahim.
Pusat Aduan Terkesan Vaksin PPIM di tingkat 3, Villa Puteri Condominium, Kuala Lumpur.
Ahli Panel Penasihat PPIM, Dr Sani Ashari.
Bantu Mereka yang Terima Kesan Buruk Vaksinasi
PUSAT ADUAN TERKESAN VAKSIN PPIM
PROGRAM Imuniasasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Malaysia telah dijalankan sejak
24 Februari 2021, dan kini ia telah memasuki fasa pemberian dos ketiga, atau
penggalak.
Baik atau tidak, sangat berkesan atau sebaliknya
PICK dalam menangani wabak pandemik maut COVID-19 masih menjadi perdebatan
hangat.
Tidak dinafikan, ada yang menerima kesan baik, dan terus
sihat. Walau bagaimanapun, ramai juga yang sebaliknya seperti cedera dan lumpuh.
Ramai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa suntikan
vaksin COVID-19 tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Mereka terbiar tanpa
mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk pulih, atau
sekurang-kurangnya mendapatkan sebarang bantuan bagi meringankan penderitaan
yang ditanggung.
Terlonta-lonta dan terkapar-kapar ‘meneka dalam
kesamaran’ itu berlaku kerana kerajaan tidak menyediakan pusat aduan setempat
di setiap negeri, dan bandar yang boleh membantu dengan sewajarnya.
Dalam hal ini, usaha Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) menyediakan pusat aduan bagi yang menanggung kesan buruk vaksin
wajar disambut tanpa sebarang prasangka. Usaha badan bukan kerajaan tersebut kerana
perasaan belas ihsan, perikemanusiaan, kewajipan dan tanggungjawab terhadap
sesama manusia, terutamanya saudara Islam. PPIM bukan antivaksin, tetapi
membantu ‘mangsa’ PICK.
Pada 24 Januari 2022 lalu, PPIM mengadakan sidang media
penjadualan semula pusat aduan tersebut yang diberi nama Pusat Aduan Terkesan
Vaksin (PATV) di Villa Puteri Condominium, Kuala Lumpur.
Selepas sidang media yang turut dihadiri Ketua Aktivis PPIM,
Datuk Nadzim Johan; serta ahli Panel Penasihat PPIM, iaitu Zaharah Sulaiman, Dr
Sani Ashari dan Zaki Omar, pihak media dibawa mengunjungi PATV.
Meskipun Nadzim atau lebih mesra dengan panggilan To’ki
mengatakan pusat tersebut tidak sebesar mana, tetapi saya berpendapat memadai
kerana ia bukan ruang untuk menempatkan pesakit, dan perawat. Tempat mengadu,
lebih-lebih lagi kini lebih mudah menerusi talian telefon, atau secara maya
tidak perlu terlalu besar.
Menjawab soalan pihak media mengenai kepakaran yang perlu
ada pada PATV, Nadzim menjelaskan perkara tersebut memang dalam perhatian PPIM.
“Telah ada pakar yang menyatakan kesediaan membantu. Walau
bagaimanapun, jika kita mahu menarik perhatian untuk memohon bantuan, perlulah
ada sesuatu untuk tujuan itu. Jadi, buat permulaan, PPIM mewujudkan terlebih
dahulu pusat aduan ini untuk dilihat, dan dinilai,” kata Nadzim.
Sekali lagi ditegaskan kewujudan PATV
bukan gambaran bahawa PPIM antivaksin. Ada beza antara membantu ‘mangsa’ vaksin
dengan menghasut rakyat daripada mengambilnya.
Justeru, semasa menjawab soalan media
mengenai nasihat kepada mereka yang belum mengambil dos penggalak (ketiga), Nadzim
mengatakan individu berkenaan boleh menemui PATV secara bersemuka atau secara
maya/panggilan telefon.
Perasmian PATV disempurnakan oleh
Pengerusi Pertubuhan Anti Diskriminasi dan Salah Laku, Dato’ Haji Mohd
Rakrunizam Haji Ibrahim.
Dalam sidang media itu, Dato’ Haji Mohd Rakrunizam, Zaharah
dan Sani senada dengan To’ki bahawa PATV mengalu-alukan kerjasama sesiapa
sahaja yang berminat membantu. Mereka juga menegaskan penubuhan PATV bukan
bererti PPIM anti vaksin.
PATV boleh dihubungi menerusi talian Hotline Pusat Aduan Terkesan
Vaksin – 60 011 2200 0111. Sementara itu, laman sesawang PATV akan siap tidak
lama lagi.
1.
3.
4.
5.
6.
7.
No comments:
Post a Comment