S Salah sebuah daripada 10 reruai produk baharu RORA.
EKONOMI
‘Ikut
Tanpa Tapi, Buat Tanpa Henti’
RORA
RONA RASA SDN BHD
ENAM perkataan dalam satu ayat di atas merupakan
slogan atau cogan kata Rora Rona Rasa Sdn Bhd (RORA), anak syarikat Magnovas
Holding Sdn Bhd.
Pada 16 Januari 2022 lalu, RORA mengadakan majlis
Pelancaran Gilang-Gemilang 100 Produk Baharu & Lagu Rasmi Rora Rona Rasa di
Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Selain memperkenal 100 produk baharu dan perasmian lagu
rasmi RORA, majlis tersebut menggabungkan tiga lagi matlamat utama anak syarikat
tersebut, iaitu mengumpulkan usahawan dan bakal usahawan RORA, pengumuman
kerjasama RORA X AEON, dan pengumuman projek Raya 2022.
Dalam ucapannya, Pengarah Urusan RORA, Puan Siti Akmaliyah
Haji Shuhaimi memberitahu kelima-lima objektif tersebut menjadi titik permulaan
untuk memastikan RORA dikenali sebagai jenama yang menjual produk makanan,
sekali gus mahu membantu mereka yang buntu untuk memulakan perniagaan.
Ejen, kata Siti Akmaliyah, biasanya menjual produk
bermusim dan menghadapi masalah untuk menjana pendapatan di sepanjang tahun.
Namun begitu, tambah beliau, berbeza dengan RORA yang mengeluarkan produk di
bawah 10 kategori.
“Kategori-kategori itu ialah RORA Tropica (buah-buahan),
RORA D’Amore (kek), RORA Ole Cruch (snek), RORA Savouria (sambal), RORA Luxury
(biskut), RORA al-Syahee (makanan sunnah), RORA fresh (minuman), RORA Delicious
(kuih), RORA Famileeya (menu keluarga), dan RORA Gracious (hadiah) yang boleh
dijual di sepanjang tahun,” jelas Siti Akmaliyah.
Untuk mencipta kelainan, tambah Siti Akmaliyah, majlis
pelancaran tersebut menjadi usaha beliau mengumpulkan kesemua usahawan, dan
bakal usahawan RORA dengan memberikan peluang kepada mereka menikmati sendiri
produk-produk RORA terlebih dahulu dalam acara ‘merasai makanan’ sebelum mereka
memulakan perniagaan.
“Apa yang amat saya titikberatkan ialah saya mahu
usahawan RORA memperoleh maklumat secukupnya bagi memudahkan mereka memberikan
penerangan secara lebih mendalam mengenai produk RORA, terutamanya dari segi
rasa kepada pelanggan,” tegas Siti Akmaliyah.
Sementara itu, bersempena dengan kedatangan tahun baharu
2022, RORA turut memperkenal Projek RORAYA 2022. Menerusi projek ini, usahwan
RORA berpeluang menjual 24 aneka biskut Raya (moden dan tradisional).
Memang telah dua tahun umat Islam di negara ini tidak
dapat berHari Raya dengan gembira sebagaimana biasa.
“Walau bagaimanapun, saya yakin tahun ini ada sinar untuk
kita semua menyambut Eidulfitri. Justeru, RORA memperkenal Projek RORAYA untuk
memberikan peluang kepada bakal usahawan menjana pendapatan dengan menjual
biskut Raya. Saya yakin biskut Raya ialah antara menu yang wajib ada ketika
perayaan,” kata Siti Akmaliyah.
Biskut Raya keluaran RORA, jelas Siti Akmaliyah, yang
bermutu tinggi dan paling mendapat permintaan tinggi ialah tat nanas. Untuk
biskut Raya moden, RORA mengeluarkan beberapa jenis, termasuk snow oaties, dan fancy dizzle.
“Saya harap Projek RORAYA ini mendapat sambutan
menggalakkan daripada bakal usahawan,” tambah Siti Akmaliyah.
Kerjasama RORA bersama-sama AEON menumpukan kepada
program keusahawanan apabila AEON menyokong program keusahawan yang RORA bakal
anjurkan pada masa akan datang untuk melahirkan usahawan yang berdaya saing.
Sementara itu, pelancaran lagu rasmi Rora Rona Rasa
nyanyian kumpulan Twinnies merupakan lambang kesungguhan RORA sebagai jenama
makanan baharu yang mampu bersaing dengan jenama-jenama lain di pasaran.
Selain pelancaran 100 produk baharu, perasmian lagu
rasmi, serta merasai makanan, majlis gilang-gemilang tersebut turut diisi
dengan bual bicara secara langsung ‘Produk Sepanjang Tahun, Realiti atau
Fantasi?’, sesi perkenalan, dan pemberian cenderhati kepada pusat bergerak
berdaftar, pengumuman Kombo Sakan Riang Raya RORA, serta cabutan bertuah.
1.
2.
3.
4.
7.
8.
9.
1
11.
No comments:
Post a Comment