SOSIAL
‘KHIDMAT UNTUK MALAYSIA’ HADAPI BENCANA
KETUA Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan sukarelawan ‘Khidmat Untuk Malaysia’ pada 6 Februari 2022 yang lalu bagi membantu kebajikan rakyat, terutamanya ketika menghadapi kesukaran bencana.
Menurut Datuk Seri Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, inisiatif yang merupakan kesinambungan penubuhan Sukarelawan Selangor (SERVE) ini bertujuan meringankan beban, dan penderitaan masyarakat, selain melahirkan sifat kemanusiaan dalam diri ahlinya.
Anwar memberitahu semasa banjir pada 17 dan 18 Disember 2021, beliau melihat ramai anak muda tampil (membantu).
Joe yang memukau hadirin dengan ‘gorengan’ gitarnya dipelawa menjadi pencari bakat baharu dalam seni muzik di seluruh Selangor.
Pendaftaran menjadi ahli dengan hanya mengklik kod bar sukarelawan 'Khidmat Untuk Malaysia' ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan selepas melancarkan sukarelawan 'Khidmat Untuk Malaysia'.
Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan sukarelawan 'Khidmat Untuk Malaysia' sambil diperhatikan oleh Mohd Khairuddin Othman (kiri).
Antara yang menghadiri Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor (SERVE) 2022 di Dewan Jubli Perak Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, Shah Alam pada 6 Februari 2022 lalu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia..
“Saya terkesan kerana di setiap
tempat ada sahaja ratusan anak muda bertungkus-lumus dengan sukarela, prihatin dan
peka terhadap mangsa, terutamanya di Selangor,” tambah beliau.
Jadi,
menurut Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), beliau mengusulkan
kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, dan Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan untuk meneruskan usaha
anak muda ini.
Pelancaran
tersebut diadakan bersempena dengan Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor
(SERVE) 2022 di Dewan Jubli Perak Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, Shah
Alam.
Dengan prestasi (SERVE) yang
cemerlang, Anwar turut tegas mengambil keputusan melebarkannya ke seluruh
negara dengan semangat sukarelawan, dan manusia.
Majlis
tersebut bertujuan meraikan lebih 700 ahli SERVE yang terlibat dengan kerja
pascabanjir, dan turut disertai Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.
Sebagai
penyeri majlis, kumpulan ska popular, Gerhana Skacinta dan mantan pemain gitar
utama Wings, Joe telah diundang membuat persembahan. Ternyata berbaloi kerana
persembahan kumpulan, dan gitaris tersebut memukau hadirin.
Antara
lagu yang didendangkan oleh Gerhana Skacinta ialah Ya Habibi Ali Baba. Bersama-sama dengan Joe yang
‘menggoreng’gitarnya, kumpulan tersebut menyanyikan lagu Sejati, dan Terima Kasih.
Selain
itu, turut berlangsung sesi dialog sukarelawan yang dikendalikan oleh Anwar,
Fahmi, dan ikon anak muda bangkit, Adam Abd Halim.
Sebelum itu, difahamkan bahawa Kerajaan
Selangor mahu menjadikan negeri ini sebagai platform sukarelawan bagi membantu
lebih ramai masyarakat.
Ekoran
itu, Mohd Khairuddin dalam ucapan alu-aluannya berkata, pihak beliau bercadang
menubuhkan pasukan sukarelawan mengikut bidang tertentu sebagai langkah menarik
lebih ramai ahli.
“Sebagai contoh, wujudkan
sukarelawan muzik. Pihak saya akan menjelajahi setiap daerah untuk mencari bakat
baharu, dan tubuhkan beberapa lagi supaya ramai minat,” katanya yang juga Ahli
Dewan Negeri Paya Jaras.
Beliau
turut merujuk kepada Joe, dan mempelawanya untuk menjadi pencari bakat baharu dalam seni muzik di seluruh Selangor.
No comments:
Post a Comment