‘Harta Karun Dunia’ Sebagai Tempat Beriadah, Melancong
KEBUN CHE MAH
MEMANG hakikat kehidupan bahawa manusia perlu beriadah untuk kesihatan diri, dan melancong atau mengunjungi sesebuah tempat menarik sebagai terapi memulihkan semula kejiwaan yang mengalami kemerosotan.
Satu hakikat juga bahawa tempat beriadah dan melancong tidak hanya di sesuatu tempat seperti di bawah atau di atas. Ia boleh di mana-mana sahaja asalkan menarik, dan bermanfaat.
Sebagai tempat beriadah dan pelancongan yang tersenarai dalam 10 Pelancongan Eko Teratas Malaysia 2022, tentulah Kebun Che Mah di Bukit Tabur, Kemensah, Hulu Kelang ini berbaloi dikunjungi, dan di‘mesrai’.
Kunjungan saya bersama-sama dengan rakan-rakan media pada 10 Februari lalu walaupun tidak (sempat) ke semua bahagian, namun tetap menggembirakan. Memang Kebun Che Mah ada pelbagai tempat menarik sama ada di bahagian atas atau bawahnya.
Panorama saujana mata memandang dari puncak bukit di Kebun Che Mah setinggi kira-kira 243 meter dari paras laut..
Kemunculan Tam Spider mengejutkan para pengunjung Kebun Che Mah pada 10 Februari 2022 yang lalu.
Salah satu daya penarik Kebun Che Mah di bahagian atas yang mempunyai reputasi tinggi ialah Banjaran Kuarza, iaitu banjaran terpanjang di dunia.
Ada juga Bukit Dua Darjat yang menyerlahkan perbezaan dua rupa tanah bukit di situ. Para pengunjung boleh mendaki Banjaran Kuarza untuk ‘menikmati’ reputasi yang disebutkan, dan melihat Bukit Dua Darjat sebagai santapan penglihatan.
Sementara itu, Offroad Café/Restoran Atas Bukit boleh dijadikan tempat untuk bersarapan sambil menikmati matahari pagi. Ia juga sesuai untuk majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran, dan parti durian.
Boleh berparti durian? Sudah tentulah boleh kerana Kebun Che Mah ada ladang pelbagai buah tempatan, termasuk durian jenis Musang King. Ia juga ada Dusun Tuk Lee.
Secara peribadi, saya lebih suka melihat pemandangan atau panorama dari puncak bukit di Kebun Che Mah, dan itu sudah memadai. Walau bagaimanapun, saya fikir ada dalam kalangan pengunjung lain pun berperasaan serupa.
Tidak kira pengunjung muda atau berusia seperti saya, Kebun Che Mah tidak mengecewakan. Ia memang tempat yang sesuai untuk meluangkan masa serta mendaki bersama-sama keluarga, dan rakan-rakan.
Keriangan kunjungan pada 10 Februari lalu itu akan kekal dalam ingatan kerana ada keistimewaan tersendiri. Selain sambutan Che Mah, dan suaminya, Farek Zakrin yang ramah, beberapa acara yang diadakan sebagai penyeri dapat menghiburkan.
Menurut Che Mah, untuk keriangan dan keunikan juga, beliau mendapat ilham untuk menganjurkan pertandingan memasak dalam kalangan 40 kakitangan Bahagian Strategik di ibu pejabat Agro Bank, Kuala Lumpur.
Pertandingan yang mencabar itu kerana menggunakan sebarang bahan yang ada sebagai bahan bakar dibahagikan kepada empat kumpulan – hijau, biru, kuning dan ungu.
Rombongan staf Agro Bank itu diketuai Ketua Pegawai Eksekutif mereka, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin yang baru dilantik pada 3 Januari 2022 lalu.
Sebelum ke lokasi acara sebenar, wakil media dan rombongan Agro Bank dibawa melawat perkampungan Orang Asli terlebih dahulu.
Dalam
acara kemuncak sebelum bersurai, wakil media dan rombongan Agro Bank dikejutkan
dengan kemunculan Tam dari kumpulan terkenal tanah air, Spider. Tam memetik gitar akustik dengan suara mantap
mendendangkan lagu-lagu popular Spider seperti Laukku Cukup Masin, Relaku
Pujuk, dan Kasih Latifah.
Kelainan
cuba dibawakan oleh salah seorang wakil media, iaitu Raja Yusof Ariffin apabila
mendeklamasikan sajaknya, Jangan Bunuh
Warna Itu yang sesuai dengan acara, dan lokasi. Menariknya dan tidak
disangka oleh Raja Yusof sendiri, deklamasiannya diiringi petikan gitar oleh
Tam.
Pihak
media yang hadir turut membawa seorang influencer
dari Dubai, iaitu Adam dan rakannya Putera sebagai hos acara. Kehadiran mereka
berjaya memeriahkan suasana, termasuk semasa sesi wawancara Adam dengan Che Mah.
Kebun
Che Mah yang berpegang pada seloga ‘pertanian hari ini untuk makanan hari esok’
dibuka setiap hari dari jam 7 pagi sehingga 7 malam.
Che Mah dan salah seorang wakil media, Raja Yusof Ariffin berlatarkan panorama saujana mata memandang dari puncak bukit di Kebun Che Mah.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
No comments:
Post a Comment