MUZIK
SENANDUNG MELAYUKU DARIPADA MAESTRO MUZIK NEGARA
‘TANAH Ini Kampung Kencana’ ialah kata-kata pujangga yang menjadi sebahagian daripada lirik dalam lagu Senandung Melayuku, nyanyian Datuk M Nasir, gubahan beliau sendiri dengan Brad Parker. Liriknya karya Keon.
Jangan terkejut jika dikatakan lagu ini sebenarnya telah berusia 24 tahun. Ia dicipta dan dirakamkan pada 1998 sebagai sebuah daripada empat lagu dalam projek album antarabangsa hasil kerjasama Luncai Emas Sdn Bhd, bersama-sama bekas syarikat rakaman antarabangsa, BMG Publishing.
Namun demikian, ketika itu, atas dasar-dasar tertentu, Senandung Melayuku bersama-sama dengan I Have A Name, tidak dapat dilancarkan lantas hilang tanpa ada rancangan selanjutnya.
“Projek itu terkandas oleh kerana beberapa perkara. Walau bagaimanapun, empat lagu berjaya dirakamkan kemudian, termasuk Senandung Melayuku ini pada 1998,” jelas Keon.
Memang, tambah Keon, Luncai Emas sendiri tidak melakukan apa-apa selepas terkandasnya projek album tersebut. Namun demikian, ada antara empat lagu itu dimuatkan dalam album kompilasi M Nasir seperti Dalam yang liriknya karya Loloq.
Keon terkejut apabila diminta oleh M Nasir menulis lirik untuk Senandung Melayuku.
Sebagai pencipta melodi, M Nasir ada pilihan dalam menentukan penulis lirik yang sesuai untuk lagu-lagu nyanyiannya.
Kini,
Senandung Melayuku muncul kembali,
malah sebagai keluaran terbaharu Luncai Emas, dan menjadi single terbaharu M Nasir.
“Oleh
kerana M Nasir sudah lama tidak muncul dengan album atau single baharu, Luncai Emas mengambil keputusan untuk meluncurkan Senandung Melayuku di YouTube Luncai Emas Sdn Bhd,’’ jelas
Keon.
Parker
merupakan komposer dan penerbit dari Amerika Syarikat yang telah banyak berjasa
kepada industri muzik di negaranya. Banyak lagu ciptaannya telah dinyanyikan
oleh penyanyi popular Amerika Syarikat seperti Cher, Richard Page, Kieran Goss
dan juga dari Asia seperti Andy Lau di Hong Kong dan Jaya (Filipina).
Keon
pula penulis lirik terkenal dalam industri muzik tanah air. Banyak lirik karyanya
‘meletup’ seperti Relaku Pujuk oleh
Spider, Kejoraku Bersatu dendangan Search,
Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay), Tunggu Aku Datang (Hazama), Di Bayang Awan (Dato’ Awie), dan Raguku (Ella).
Begitu pun, Keon memberitahu beliau sebenarnya terkejut apabila diminta menulis lirik
untuk Senandung Melayuku. Beliau tidak
menyangka M Nasir memintanya menulis lirik untuk lagu nyanyian sendiri, bukan
penyanyi lain sebagaimana biasa.
“Selama
bekerja dan dan membantu kerjaya muzik M Nasir, saya tidak pernah meminta atau
bertanya untuk menulis lirik untuk lagu nyanyian beliau,” kata Keon.
Sebagai
pencipta melodi, tambah Keon, M Nasir ada pilihan dalam menentukan penulis lirik
yang sesuai untuk lagu-lagu nyanyiannya.
Kalau
dilihat dengan mendalam, kebanyakan lagu nyanyian M Nasir menggunakan lirik
tulisan Allahyarham Loloq atau nama sebenarnya, Rosli Khamis (selepas era S
Amin Shahab).
“Memang
M Nasir serasi bersama-sama Loloq, dan hakikat itu jangan dipertikai,” ujar
Keon yang merupakan antara ‘orang kuat’ Luncai Emas.
Senandung Melayuku telah menjadi lagu
pembukaan Mathnawi, sebuah
dokumentari pendidikan RTM sebanyak 13 episod terbitan Luncai Emas yang menceritakan
soal sejarah karya-karya agung lama Tanah Melayu seperti Hikayat Hang Tuah, Syair Siti
Zubaidah, Gurindam 12, Sulalat u’s-Salatin, Bustanus Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, dan Pelayaran
Abdullah. Ia telah ditayangkan di RTM awal tahun ini.
Hasil
tinjauan, ramai yang menggemari bunyi-bunyian alat muzik dalam Senandung Melayuku kerana enak didengar.
Mereka justeru mengakui kehebatan kolaborasi M Nasir dan Parker.
“Memang
Senandung Melayuku untuk dendangan M
Nasir sahaja, dan pastilah beliau meletakkan harapan, serta jangkaan tinggi
kepada saya agar menghasilkan yang terbaik,’’ jelas Keon yang bersyukur M Nasir
terus menerima, dan merakamkan suaranya.
Walaupun
Senandung Melayuku bukan karya
baharu, tetapi Team Luncai Emas berpendapat ia masih relevan kerana jarang
didengar, serta tidak diketahui peminat di luar sana.
Justeru,
sebuah video lirik rasmi untuk single
ini telah pun sedia dimuatnaikkan ke laman YouTube
Luncai Emas untuk tontonan semua.
Sebagai
maklumat, Senandung Melayuku juga
boleh didengari di semua platform
digital seperti Spotify, Deezer, dan JOOX.
Sejak
mula dimuat naik di YouTube pada 24
Januari 2022 lalu, Senandung Melayuku
mendapat maklum balas yang sangat positif daripada para peminat.
Luncai
Emas berharap kemunculan Senandung
Melayuku dapat mengubat rindu semua peminat M Nasir, dan masyarakat di luar
sana yang sentiasa menyokong kerjaya beliau, serta pasti telah lama menanti-nanti
karya terbaharunya.
‘SENANDUNG
MELAYUKU’
M Nasir
GODAANMU PADUKA RATU
DI WILAYAH BUMI MELAYU
KU DAMBA PETUNJUK DARIMU
BISA JADI PENAKLUK KALBU
TANAH INI KAMPUNG KENCANA
SUBURKAN IA DENGAN FATANA
BIAR BERTEMPIK PUNCAK KINABALU
MUNTAHAN API KARAKATAO
ADAT DAN KATA HILANG TAK MUNGKIN
HILANG
SIN SYIN SAD … SINI KAU BERSEMENDA
SIN SYIN SAD … SINI KAU BERPESAKA
SIN SYIN SAD … SINI ENGKAU BERTANDA
SIN SYIN SAD
Aaa… Aaa… Aaa
SIMBAHKAN KARUNIA
GEMA SAKTI IRAMA NAFIRI
DALAM JIWAMU ADA SETERU
MUSNAHKAN IA JANGAN KAU RAGU
JIKA BERTEMBUNG AKAL DAN NAFSU
PILIHANMU HANYALAH SATU
LEPASKAN INI ENGKAU MARTABAT RATU
RIBUT LAUT DALAM
PANDAI MALIM LAWAN
RIBUT KITA TENGKUJUH BADAN
JANGAN SAMPAI KARAM
ASAL KITA DIALAH
MAKAM DIA SAYANG
ASAL KITA DIALAH
KITA RINDU RAWAN
No comments:
Post a Comment