SELERA
BUKA PUASA SETINGGI 288 METER
MENYEDARI keistimewaan bulan Ramadan al-Mubarak 1443 Hijrah yang bakal tiba tidak lama lagi, Menara Kuala Lumpur (MKL) tahun ini kembali mengadakan Bufet Ramadan dengan konsep ‘Sajian Nostalgia Kampungku’ dari 4 hingga 24 April depan, jam 6 petang hingga 9.30 malam di Dewan Bankuet Megaview, TH03, MKL.
Konsep ‘Sajian Nostalgia Kampungku’ dipilih pada 2022 kerana bersesuaian dengan juadah yang disediakan kepada para tetamu, iaitu sajian daripada pelbagai negeri di Malaysia.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, melawat kios menu Bufet Ramadan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Ainol Shaharina Sahar.
Simbolik menu Bufet Ramadan 2022 Menara Kuala Lumpur.
Kumpulan The Sky Band.
Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Ainol Shaharina Sahar.
Antara menu istimewa yang disediakan adalah Nasi Beriani Johor, Opor Daging Pahang, Ikan Masak Gulai Pantai Timur, Ayam Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan, dan pelbagai jenis sajian antarabangsa dan tempatan yang pastinya lazat dan menyelerakan, selain dapat mengimbau semula nostalgia masakan kampung halaman para pengunjung.
Sambil menikmati juadah berbuka di ketinggian 288 meter, para pengunjung juga dapat melihat panorama Kuala Lumpur yang sangat indah pada waktu matahari terbenam.
Bukan itu sahaja, sambil menikmati juadah berbuka puasa
yang enak, para pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari MKL,
iaitu ‘The Sky Band’. Mereka akan membuat persembahan untuk memeriahkan suasana
iftar setiap hari.
Bagi Bufet Ramadan 2022, MKL menawarkan harga istimewa ‘early
bird’ bermula 16 Mac sehingga 25 Mac depan, iaitu dengan harga cuma RM88 untuk
dewasa, dan RM49 untuk kanak-kanak pada hari biasa (Isnin hingga Jumaat).
Sementara pada hari minggu (Sabtu, Ahad dan cuti umum),
harga yang ditawarkan ialah RM128 untuk dewasa, dan RM72 untuk kanak-kanak.
Pelancaran Bufet
Ramadan 2022 disempurnakan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk
Seri Jalaluddin Alias, pada 16 Mac 2022 lalu.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala
Lumpur Sdn Bhd, Ainol Shaharina Sahar; Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan
& Sukan, DBKL, Khairul Azmir Ahmad; Pengarah Jabatan Perancangan
Infrastruktur, DBKL, Nor Fariah Sulaiman; Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam
Sekitar, DBKL, Dr Umi Ahmad; Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan, DBKL, Norizan
Sulaiman; Pengerusi Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Datuk Zalekha Hassan; dan Naib
Presiden Support Business, Telekom Malaysia, Azlan Ariff.
Dalam ucapan alu-aluannya, Ainol Shaharina memberitahu
pihaknya turut menawarkan kepada para pengunjung harga promosi ke ‘sky deck’,
iaitu dengan hanya RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.
“Selain itu, tiket tambahan ke tarikan terbaharu, iaitu Tower
Walk 100 pula ialah pada harga RM15 untuk dewasa, dan RM10 untuk kanak-kanak,”
ujar Ainol.
3. Timbalan
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.
No comments:
Post a Comment