EKONOMI
MIMCOIN Majukan Masyarakat
India Muslim Malaysia
SEJAK SEDEKAD LALU
MIMCOIN atau nama
penuhnya Dewan Perniagaan dan Industri
India Muslim Malaysia merupakan pertubuhan tidak berdasarkan keuntungan yang
ditubuhkan pada 2012.
Begitu pun, matlamat pertubuhan ini besar, dan penting. Walaupun pada asasnya untuk manfaat
masyarakat India Muslim Malaysia, tetapi itu boleh melimpah kepada Malaysia senegara
juga. Ringkasnya, maju India Muslim Malaysia, majulah juga Malaysia.
Antara objektif MIMCOIN termasuklah mewujudkan pelantar kepada masyarakat India Muslim untuk menarik,
saling bertindak, berkongsi, menyimpan, dan terlibat dalam bidang perniagaan, kemahiran
kepemimpinan, dan perkongsian maklumat antara satu sama lain di seluruh Malaysia.
Dalam nama penuhnya terdapat perkataan perniagaan dan
industri. Walau bagaimanapun, manfaat daripada
segala kegiatan MIMCOIN sejak sedekad lalu ini tidak setakat kejayaan dalam
kerjaya, dan perniagaan sahaja.
Perkara ini ditegaskan oleh Presiden MIMCOIN, Dato’ Hj Syed
Jamarulkhan. Menurut beliau, MIMCOIN
turut menyokong setiap aspek kehidupan selain perniagaan, iaitu merangkumi peribadi,
keluarga, dan masyarakat.
Tambah Dato’ Hj Syed, tanggapan
umum bahawa masyarakat India Muslim Malaysia hanya terlibat dalam perniagaan
makanan, tekstil dan pengedaran akhbar/majalah bercetak sahaja handaklah dikikis.
Kenyataan Dato’ Syed itu turut disokong oleh Pengasas/Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Ehsan, Dato’ Haji Abdul Hamid P.V Abdu.
Tegas Dato’ Haji
Abdul Hamid, sudah lama masyarakat India Muslim Malaysia turut menceburi bidang
perniagaan lain yang biasa dijalankan oleh masyarakat majoriti.
Sebagaimana MIMCOIN, Ehsan
juga, tambah beliau, akan terus berusaha memajukan masyarakat India Muslim Malaysia
dalam semua aspek kehidupan, apatah lagi ketika fasa kebangkitan semula ekonomi
selepas tenat akibat COVID-19.
Dato’ Syed dan Dato’ Hamid menyatakan sedemikian sewaktu
diwawancara oleh pihak media dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di
Dewan Sivik Petaling Jaya pada 30 Mei lalu.
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri tersebut sepatutnya diserikan dengan kehadiran Menteri Sumber manusia Malaysia, Datuk Seri M Saravanan. Walau bagaimanapun, atas urusan kerja yang lebih penting, beliau tidak dapat hadir.
Dato’ Haji Abdul Hamid P.V Abdu (kiri) dan
Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Ehsan, Dato’ Haji Abdul Hamid P.V Abdu.
No comments:
Post a Comment