SOSIAL/SENI
Untuk Pejuang, Bela Hak Pengguna Malaysia
MAKAN MALAM SEMBOYAN
DITUBUHKAN kira-kira 10 tahun lalu, Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) merupakan sebuah organisasi yang dibina atas dasar mahu membantu menegakkan, dan komited dalam memperjuang hak-hak pengguna di Malaysia.
‘Jadikan persahabatan ini umpama untaian tasbih, yang ada awal dan tiada penghujung. Dicantum demi cinta-Nya dan diratib demi reda-Nya’ merupakan rangkaikata pegangan PPSM dalam membantu pengguna di Malaysia daripada permasalahan seperti penindasan, kezaliman, penipuan, kemungkiran janji, dan kepenggunaan.
Bersempena dengan kewujudan sedekad tersebut, untuk pertama kalinya PPSM akan menganjurkan majlis eksklusif Makan Malam Semboyan (MMS) yang boleh dianggap sebagai pembuka tirai kegiatannya untuk 2023.
Dalam sidang media di sebuah restoran terkemuka di ibu kota pada 10 November 2022 lalu, Pengasas PPSM, Yusuf Azmi mengumumkan MMS akan diadakan di Taman Pameran Pertanian Malaysia @ MAEPS, Serdang pada 14 Januari 2023.
Menurut Yusuf, majlis MMS selama kira-kira 12 jam (bermula dari zuhur) itu mahu menghargai, serta meraikan sahabat-sahabat PSSM, dan penyokong setia PPSM.
“Saya juga ingin berterima kasih atas sokongan setia sahabat-sahabat Semboyan di sepanjang saya, dan pasukan membawakan perjuangan ini,” jelas Yusuf yang menganggap sahabat dan penyokong setia Semboyan sebagai tunjang utama dalam gerakan pihaknya, sekali gus menjadi asbab perjuangan diteruskan hingga ke hari ini.
Menariknya, sidang media pengumuman tarikh dan lokasi MMS tersebut turut dihadiri kumpulan Wings yang dibarisi Dato’ Awie, Eddie, Black, dan Edrie Hashim; kumpulan Search dengan Denden Gonjalez, dan Yan, serta Achey Bocey.
“Majlis Makan Malam Semboyan juga diadakan sebagai wadah untuk berkumpul, sekali gus menjadi simbolik kepada hasil ikatan, dan penyatuan semangat, kerjasama, serta pemuafakatan dalam gerak perjuangan di bawah Semboyan Malaysia atas nilai kasih sayang,” tambah Yusuf.
Katanya lagi, penganjuran MMS sudah lama ditunggu-tunggu. Insya-Allah, tambah beliau, penantian tersebut akan berakhir.
“Untuk itu, kami akan menyajikan persembahan menarik buat para penyokong setia perjuangan Semboyan Malaysia,” tambah Yusuf.
Sehubungan
itu, jelas beliau, MMS bakal menampilkan
konsert khas, maulid akhbar dengan para tetamu sangat istimewa.
Penjelasan
Yusuf menjawab persoalan mengapa Wings dan Search menghadiri sidang media tersebut.
“Dua
kumpulan legenda tersebut akan tampil
dengan lagu-lagu popular mereka dalam konsert khas secara langsung semasa, dan
pada kemuncak Makan Malam Semboyan,” kata beliau.
Tidak
cukup dengan Wings dan Search, MMS akan turut menampilkan beberapa lagi legenda
hidup seperti Ijam Medicine, Iwan Syahman, dan Zul Handy Black, serta Hazama,
Black, Tomok, dan Azlan (Typewriter).
Maulid
akhbar dengan slot khas ‘Perkongsian
Mutiara Nasihat’ pula bakal dijayakan oleh para agamawan seperti Habib Ali
Zaenal Abidin, Habib Najmuddin, Tuan Guru Sheikh Abu Zaki, Maulana Helmi, Tuan
Guru Sheikh Zainul Asri, Ustaz Wadi Anuar, dan kumpulan Qasidah Qomaru.
MMS
tambah menarik, kata Yusof apabila turut
mengundang pengarah filem RM97 juta Syamsul Yusof, serta Nabil Ahmad, Shuib
Sepahtu, Azad Jasmin, Fad Bocey, Ali Puteh, serta Sharif, Syaiful dan Danial
Zaini (Tiro), Ayahanda Che Ton (ACT), Radin ERA, dan Achey Bocey.
Turut
berucap ialah Awie dan Maulana Helmi yang berharap program MMS yang dirancang
dapat berjalan lancar, serta mencapai matlamat.
Majlis
sidang media tersebut turut disemarakkan oleh demontrasi silat yang diiringi
lagu popular Dato’ M Nasir, Mentera
Semerah Padi.
Sesuai
dengan perjuangan PPSM dan pembabitan para agamawan, Yusof memberitahu lagu-lagu yang akan didendangkan oleh para
penyanyi semestinya berunsur ketuhanan. Begitu juga dengan isi kandungan
persembahan selebriti terkenal yang lain.
Kepada
yang berminat, mereka boleh menempah tiket atau kerusi majlis MMS yang telah
mula dijual. Pembelian atas talian boleh dibuat menerusi https://id.shabatsemboyan.com/ecommerce dan https://www.ticket2u.com.my/event/28999/.
Menurut
Yusof lagi, pembelian boleh juga dibuat dengan menghubungi hotline Semboyan Malaysia menerusi talian 019-3363605/019-6669010,
sementara untuk pembelian secara fizikal, boleh hadir ke pejabat Semboyan
Malaysia di Suite C-3-6, Megan Avenue 1, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment