Pages

Monday, 27 February 2023

SAJIAN ASLI MASAKAN THAI DI WESTPLACE FACTORY SENTUL POINT

 

BERMULA dengan sajian western dari cawangan Shah Alam di Seksyen 23, cawangan kedua Westplate Factory yang terletak di Sentul Point mengorak langkah menampilkan pembaharuan mengikut kehendak pelanggan yang kian meningkat, iaitu menawarkan sajian asli masakan Thai.

 

Aktres handalan dan terkenal, Nasha Aziz turut mencuba sajian asli masakan Thai ini.


Beraneka pilihan makanan yang enak disediakan oleh Cef Chariyaphon Phiwasak atau lebih dikenali sebagai Cef Jaa yang dibawa khas dari Thailand.

 

Chef Jaa yang berpengalaman luas dalam bidang masakan dan berasal dari wilayah Buriram, Thailand memilih resipi popular untuk disajikan kepada semua pelanggan yang menggemari masakan Thai.

 

Semua hidangan menyentap rasa, serta dimasak dengan pelbagai gaya dan adunan bahan yang berbeza.









Kegembiraan jelas terukir pada wajah setiap mereka kerana berpeluang menikmati keenakan sajian asli masakan Thai di Westplace Factory Sentul Point







Ia bermula dari pembuka selera, Som Tam atau kerabu betik muda, Thai Chicken Tosties yang dapat dikategorikan sebagai makanan  ringan, di mana cebisan roti disaluti ayam cencang digoreng keemasan, dan dicicah dengan sos cili Thai yang pasti memberi kepuasan kepada si pencuba.

 

Tidak dilupakan juga Aroy Spring Roll, yang ada persamaan dengan popia goring, tetapi berbeza dari segi penyediaan inti dan kuahnya.

 

Di samping itu terdapat juga kerabu mangga dan Seafood Salad Glass Noodles yang pasti menggecurkan air liur.

 

Bagi pencinta tom yam, terdapat tiga pilihan yang ditawarkan, iaitu Tom Yam Merah, Tom Yam Jernih (Clear), atau yang paling unik, Tom Yam Santan Kelapa.



Rasakan kenikmatan hidangan tom yam sup tradisional makanan laut, mahupun ayam yang dimasak bersama-sama cendawan, bawang, serai dan beberapa campuran bahan rumusan lain, yang pasti memberi memuaskan semua orang.

 

Pelbagai pilihan makanan berasaskan ayam, daging, ikan siakap, makanan laut dan sayur-sayuran turut dimasak secara ala-carte di sini.

 

Contoh pilihan ayam seperti Pandan Fried ChickenLemongrass Fried ChickenChicken Masala Ala ThaiChili Chicken, dan Basil Chicken disediakan di sini.

 

Sementara pilihan daging pula seperti Basil BeefGinger BeefOyster Sauce Beef, dan Black Papper Beef.

 

Makanan lautnya termasuklah Basil SeafoodPetai PrawnSeafood Tempura dan Padprik yang pasti menambat hati, dan memenuhi citarasa si pemakan.

 

Khas buat penggemar kari, tiga pilihan yang tersedia pasti menambat hati mereka. Green CurryYellow Curry, dan Red Curry disediakan mengikut pilihan pelanggan, sama ada menggunakan ayam, ikan mahupun makanan laut.

 

Ikan siakap kukus atau lebih dikenali sebagai Steam Fish Chili Lime pasti membuat semua pelanggan terliur dengan hanya melihat cara ia dihidangkan.

 

Deep Fried Siakap Thai Style juga merupakan salah satu menu yang sangat digemari di Westplate Factory Sentul Point ini.

 

Jika anda penggemar hidangan makanan jalanan Thai, terokai keenakan menu tempatan Thai di Westplate seperti Pad Thai NoodleFried Thai BihunPataya Fried Rice, mahupun Pineapple Fried Rice yg disaji menggunakan sampan nanas yang unik.




                                                    Semuanya gembira dan berpuas hati. 



Westplate Factory Sentul Point di AG-01, Ground Level, Puncak Sentul 8, Jalan Sentul Pasar, Sentul 51000 Kuala Lumpur, dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 11 malam.



Pencuci mulut di Westplate Factory juga boleh dikatakan jarang ditemui. Di sini kita boleh mendapatkan pulut mangga yang disajikan bersama-sama aiskrim. Tidak dilupakan juga Luk Chup, iaitu sejenis kuih yang dibuat menggunakan kacang hijau, dan dibentuk menyerupai buah-buahan yang pasti membuatkan anda teruja.

 

Kesimpulannya, tiada kata yang dapat diungkap melainkan anda datang mencuba sendiri, kerana rasanya benar-benar asli seperti makan di Bangkok, Thailand.

 

Harga yang sangat berpatutan dan kualiti makanan yang dijaga rapi, pasti memberi kepuasan lepada semua yang menjamu selera di sini.

 


No comments:

Post a Comment