Filem Seram Komedi Tempatan Pertama Bagi 2023
SUMPAHAN SYAITAN
DIINGINI atau tidak, disedari atau sebaliknya, setiap filem (dan apa juga karya lihatan dan bukan lihatan) ada kesan pertama (first impact).
Baik atau buruk, digemari/tidak disukai, dan diharap/tidak diharapkan, kesan itu tetap ada.
Relatif atau subjektif juga terbabit dalam hal ini. Bagus dan baik-menarik bagi seseorang atau sekumpulan, mungkin sebaliknya bagi seseorang atau sekumpulan yang lain.
Begitu pun, kita memang sentiasa atau setiap masa mahukan yang baik, jika pun tidak yang tebaik, pada lihatan pertama filem yang ditonton - menyeronokkan, menggembirakan, memuaskan hati, dan menghiburkan.
Jika tidak, pasti kita akan terasa membuang masa, malah menyesal menontonnya.
Dato' AC Mizal agak berjaya membawakan watak serius dalam filem ini.
Menurut Farid Kamil, beliau gembira dapat bergandingan dengan barisan pelakon berpengalaman.
Malik (kiri, lakonan Dato' AC Mizal) suka membantu sahabatnya, Sam (Farid Kamil).
Bukan pertama kali membawakan watak antagonis, tetapi lakonan Dato' Jalaluddin Hassan sebagai peminjam wang yang sadis dalam ini ditampilkan oleh beliau dengan gaya yang berlainan.
Kesan lihatan pertama itu ada kalanya mengganggu selama berhari-hari. Kadang-kadang hanya sementara, kerana selepas beberapa lama (jam, hari, atau bulan), perasaan itu hilang hasil renungan mendalam untuk mencari yang tersirat, di sebalik yang tersirat.
Tidak dinafikan juga, setiap filem ada baik dan buruknya - dalam aspek-aspek yang sedia ada semula jadi. Dalam soal ini, filem terbaik pun masih ada buruknya kerana ia ciptaan manusia yang tidak sempurna seratus peratus. Apatah lagi filem yang buruk.
Seperti filem-filem lain yang ditayangkan pada kira-kira awal/pertengahan 2022 dan awal 2023, Sumpahan Syaitan ini antara yang turut menjadi mangsa wabak pandemik COVID-19 apabila tertangguh sekian lama sebelum dapat ke pawagam.
Bercorak komedi seram, filem arahan Roy yang difahamkan juga adalah cucu kepada legenda perfileman tanah air, Tan Sri L Krishnan ini tetap ada baik dan buruknya.
Sumpahan Syaitan tidak 'salah' ditonton kerana ada beberapa segi atau perkara yang boleh memenuhi selera masing-masing penonton - ada kaitan dengan relatif/subjektif yang disebutkan tadi.
Para peminat Dato' Jalaluddin Hassan, Farid Kamil ataupun kumpulan Senario yang dibarisi Apek, Azlee, Yassin dan Ilya @ Pak Ya, memang dialu-alukan menonton filem ini. Rindu dapat diubati dengan melihat mereka beraksi di layar lebar.
Mereka yang masih atau pernah menceburi perniagaan pemasaran pelbagai peringkat atau lebih dikenali sebagai MLM, juga boleh datang ke pawagam berhampiran. Demikian juga mereka yang pernah menjadi mangsa kejam scammer.
Dendangan lagu runut bunyi filem Sumpahan Syaitan semasa Malam Gala & Sidang Media filem berkenaan pada 23 Februari lalu.
Bagi saya,
Sumpahan Syaitan secara tersirat mahu menyelar amalan segelintir orang Melayu yang suka
menjadi penyelesai masalah orang lain, walaupun sebenarnya tidak mampu - mereka
hanya menipu untuk ‘mencari makan’ dengan menjadi bomoh - dalam cerita filem
ini, ‘penghalau’ hantu syaitan.
Dalam
kaitan ini juga, ia menyindir orang
Melayu yang suka dan percaya pada bomoh. Mereka gemar atau awal-awal lagi (dalam
fikiran) memohon pertolongan bomoh.
Setelah tidak berjaya atau keadaan semakin
tenat, baru memohon bantuan Allah SWT – seperti yang dipaparkan
menerusi adegan isteri watak utama, Sam (lakonan Hynaa Harizal) berdoa kepada
Allah walaupun ringkas, dan cepat.
Menyebut scammer,
bagi saya, golongan tersebut adalah syaitan dalam filem ini, iaitu ‘syaitan
moden’. Scammer adalah syaitan,
dan kerana ada sifat-sifat syaitan,
mereka menjadi scammer!
Sikap anak muda mahu menjadi kaya dengan
jalan mudah turut disindir, iaitu menerusi Sam (Farid). Dia
meminjam daripada peminjam wang yang sadis, dan menghadapi masalah.
Sumpahan Syaitan merupakan filem terbitan D-Bay Film Factory
& Redfiress Film Production. Ia membawa kisah kisah Sam, yang diperdaya untuk membuat pelaburan perniagaan MLM.
Dia terpaksa meminjam wang daripada peminjam wang yang kejam, Branco (Dato’
Jalaluddin).
Selepas
menyedari dia ditipu oleh syarikat MLM itu (orang atasnya atau upline, lakonan Adam Shahz), Sam membawa
keluarganya, iaitu isteri dan anak perempuannya berjumpa Malik (Dato’ AC Mizal)
untuk melarikan diri daripada Branco.
Malik
mengarahkan Sam dan keluarganya pergi ke hotel yang baru dibelinya daripada
pemilik asal (Ilya) untuk bersembunyi. Walau bagaimanapun, sejak hotel itu
beroperasi, pelbagai kejadian aneh berlaku.
Rupa-rupanya,
hotel itu telah disumpah oleh syaitan yang pernah dipuja pada suatu ketika
dulu, seperti yang diceritakan oleh seorang lelaki gelandangan (Amai
Kamaruddin).
Turut
membintangi Sumpahan Syaitan
termasuklah Syaiful Zero, Arin Raja Lawak, Azlan Komeng, Kenji Sawahii, Cracky
Don, Lala, dan Epy Kodiang yang juga penulis lakon layarnya.
Apakah yang akan
terjadi kepada Sam dan keluarganya? Siapakah sebenarnya lelaki gelandangan itu?
Adakah Branco berjaya mendapatkan semula wangnya sebanyak RM3 juta yang
dipinjam oleh Sam?
Tontonlah
Sumpahan Syaitan di pawagam
berhampiran anda untuk mengetahui kesudahan kisahnya bermula 2 Mac ini. Selamat
menonton!
No comments:
Post a Comment