Pages

Tuesday, 21 February 2023

NISABAKRI GOURMET SERTAI ACARA KULINARI BERTARAF DUNIA

 

ANTARA cara sesebuah syarikat atau pengeluar memperkenal dan mempromosikan produk mereka agar lebih meluas ialah menyertai pameran atau pertandingan yang sesuai dengan produk yang dihasilkan. 



NisaBakri Gourmet, yang turut menghasilkan produk makanan, mengambil inisiatif sedemikian dengan menyertai Kulinari Piala Dunia 2023 Malaysia (MCWC23) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 21 hingga 23 Februari lalu.


Puan Sri Nisa bersama-sama Cef Arthur Lim dan dua juri pertandingan memasak bersempena dengan  Kulinari Piala Dunia 2023 Malaysia (MCWC23). 


Antara produknya termasuklah perencah Kari Kepala Ikan DK, Gulai Ayam Berinai, dan Asam Pedas Tuanku, bersama-sama dengan rakan niaga, Entrusol yang mempromosikan minuman bijirin Oat, Go Nuts, Granola, serta beberapa jenis kudapan. 



  Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Khairul Firdaus Akbar Khan.



Puan Sri Nisa Bakri (tengah) bersama-sama Puan Ejueliza (kanan).


Antara produk NisaBakri Gourmet bersama-sama Entrusol yang menyertai Kulinari Piala Dunia 2023 Malaysia (MCWC23). 


                            Presiden Persatuan Kulinari Malaysia Bersatu, Cef Arthur Lim.



Salah seorang cef yang menyertai pertandingan memasak MCWC23 dalam gayanya yang tersendiri.


YB Khairul Firdaus Akbar Khan (empat dari kiri) memotong pulut kuning menyempurnakan perasmian Kulinari Piala Dunia 2023 Malaysia pada 21 Februari lalu.


            Puan Sri Nisa Bakri (kiri) sentiasa mendapat sokongan dalam perniagaannya.


Disertai lebih 650 tukang masak tempatan, dan antarabangsa, MCWC23 berjaya mencatat Rekod Dunia Guinness.

YB Khairul Firdaus bersama-sama Cef Arthur Lim (kanan) dan Cef Selebriti Liza Zainol terarik dengan salah satu juadah pertandingan memasak MCWC23.


                     MCWC23 berlangsung di WTCKL dari 21 hingga 23 Februari 2023.

  

Pengasas Nisa Bakri Gourmet, iaitu Puan Sri Nisa Bakri sendiri turut menjadi salah seorang juri pertandingan memasak yang diadakan bersempena dengan MCWW23 - kali pertama di negara kita itu. Beliau juga merupakan Penasihat Kulinari Persatuan Gourmet Dunia.

 

Ketua Pegawai Pembangunan Bisnes Entrusol, yang juga pengasas bersama Nisa Bakri Gourmet, Puan Ejueliza turut hadir.

 

                 Kunjungan YB Khairul Firdaus Akbar Khan ke reruai NisaBakri Gourmet.


MCWC23, iaitu pertandingan memasak terbesar dunia, dianjurkan oleh Persatuan Kulinari Malaysia Bersatu (MBCA). Disertai lebih 650 tukang masak tempatan, dan antarabangsa, MCWC23 berjaya mencatat Rekod Dunia Guinness.

 

MCWC23 dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Khairul Firdaus Akbar Khan pada 21 Februari lalu.

 

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Hj Zainuddin Abdul Wahab; dan Presiden MBCA, Cef Arthur Lim.

 


Puan Sri Nisa bersama-sama Cef Fikree sedang membuat penjurian menu yang disediakan oleh peserta pertandingan memasak. 


Wakil para penaja seperti Encik See dari Xu Ya Sendirian Berhad; Encik James Yeo (Sunrider Malaysia), Encik Imran (Ramly Marketing Sdn Bhd), Dato’ Ringo Khaw, serta penasihat persatuan, Guruji V Subramaniam, Cef Selebriti Liza Zainol turut berada di pentas perasmian.        

 

Dalam ucapannya, Cef Arthur menegaskan MCWC23 tidak hanya mengalu-alukan cef antarabangsa, tetapi juga cef tempatan untuk bertanding menunjukkan bakat mereka dalam masak-memasak.

 


Puan Sri Nisa Bakri bersama-sama cef terkenal, Cef Nik Michael (kiri) dan Cef Fikree (kanan).


YB Khairul Firdaus dalam ucapan beliau, turut menyatakan rasa teruja dengan program besar tersebut, dan gembira dapat terlibat dengan menyempurnakan perasmiannya.

 

Sementara itu, pertandingan memasak selama tiga hari dijalankan dalam sembilan kategori utama, dengan 62 kategori tambahan. Empat puluh daripadanya ialah 40 masakan tempatan.

 


                            Puan Sri Niza Bakri sedang menyediakan menu dari resepi beliau.

.   






No comments:

Post a Comment