NISABAKRI GOURMET SERTAI ACARA KULINARI BERTARAF DUNIA
ANTARA cara sesebuah syarikat atau pengeluar memperkenal dan mempromosikan produk mereka agar lebih meluas ialah menyertai pameran atau pertandingan yang sesuai dengan produk yang dihasilkan.
NisaBakri Gourmet, yang turut menghasilkan produk makanan, mengambil inisiatif sedemikian dengan menyertai Kulinari Piala Dunia 2023 Malaysia (MCWC23) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 21 hingga 23 Februari lalu.
Puan Sri Nisa bersama-sama Cef Arthur Lim dan dua juri pertandingan memasak bersempena dengan Kulinari Piala Dunia 2023 Malaysia (MCWC23).
Antara produknya termasuklah perencah Kari Kepala Ikan DK, Gulai Ayam Berinai, dan Asam Pedas Tuanku, bersama-sama dengan rakan niaga, Entrusol yang mempromosikan minuman bijirin Oat, Go Nuts, Granola, serta beberapa jenis kudapan.
Antara produk NisaBakri Gourmet bersama-sama Entrusol yang menyertai Kulinari Piala Dunia 2023 Malaysia (MCWC23).
Presiden Persatuan Kulinari Malaysia Bersatu, Cef Arthur Lim.
Puan Sri Nisa Bakri (kiri) sentiasa mendapat sokongan dalam perniagaannya.
Disertai lebih 650 tukang masak tempatan, dan antarabangsa, MCWC23 berjaya mencatat Rekod Dunia Guinness.
YB Khairul Firdaus bersama-sama Cef Arthur Lim (kanan) dan Cef Selebriti Liza Zainol terarik dengan salah satu juadah pertandingan memasak MCWC23.
MCWC23 berlangsung di WTCKL dari 21 hingga 23 Februari 2023.
Pengasas Nisa Bakri Gourmet, iaitu Puan Sri Nisa Bakri sendiri turut menjadi salah seorang juri pertandingan memasak yang diadakan bersempena dengan MCWW23 - kali pertama di negara kita itu. Beliau juga merupakan Penasihat Kulinari Persatuan Gourmet Dunia.
Ketua Pegawai Pembangunan Bisnes Entrusol, yang juga pengasas bersama Nisa Bakri Gourmet, Puan Ejueliza turut hadir.
Kunjungan YB Khairul Firdaus Akbar Khan ke reruai NisaBakri Gourmet.
MCWC23, iaitu pertandingan memasak terbesar dunia, dianjurkan oleh
Persatuan Kulinari Malaysia Bersatu (MBCA). Disertai lebih 650 tukang masak
tempatan, dan antarabangsa, MCWC23 berjaya mencatat Rekod Dunia Guinness.
MCWC23 dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
Malaysia, YB Khairul Firdaus Akbar Khan pada 21 Februari lalu.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Hj Zainuddin
Abdul Wahab; dan Presiden MBCA, Cef Arthur Lim.
Wakil para penaja seperti Encik See dari Xu Ya Sendirian Berhad; Encik James Yeo (Sunrider Malaysia), Encik Imran (Ramly Marketing Sdn Bhd), Dato’ Ringo Khaw, serta penasihat persatuan, Guruji V Subramaniam, Cef Selebriti Liza Zainol turut berada di pentas perasmian.
Dalam ucapannya, Cef Arthur menegaskan MCWC23 tidak hanya
mengalu-alukan cef antarabangsa, tetapi juga cef tempatan untuk bertanding
menunjukkan bakat mereka dalam masak-memasak.
YB Khairul Firdaus dalam ucapan beliau, turut menyatakan rasa teruja
dengan program besar tersebut, dan gembira dapat terlibat dengan menyempurnakan
perasmiannya.
Sementara itu, pertandingan memasak selama tiga hari dijalankan dalam
sembilan kategori utama, dengan 62 kategori tambahan. Empat puluh daripadanya ialah
40 masakan tempatan.
.
No comments: