Pages

Tuesday, 27 June 2023

SENI


Shiraz Projects Menghitung Hari Mencapai Hasrat Besar

 

NUSA FEST 2023, anjuran Shiraz Projects Sdn Bhd (Shiraz Projects) merupakan sebuah festival muzik dan kebudayaan yang bakal dirancakkan dengan barisan karya wilayah Nusantara, selain dimeriahkan dengan persembahan 24 kumpulan muzik dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

 

Menurut Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, pelbagai aktiviti juga akan diadakan semasa festival itu berlangsung seperti Panggung Nusa, Warong Nusa, Pasar Nusa dan Gaya Nusa.

 

Panggung Nusa, jelas Shirazdeen, terdiri daripada dua pentas bersebelahan dengan pementasan tanpa henti, berhenti pada waktu solat fardu. Warong Nusa pula menampilkan makanan. Pasar Nusa dengan seni dan kraftangan dari Nusantara, sementara Gaya Nusa mempersembah aneka sukan/riadah ekstrem.


Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim.



                    Majlis pengumuman akhir artis yang akan menjayakan Nusa Fest 2023.


Selepas menghadapi pelbagai cabaran dan penundaan, Shiraz Projects kini kembali dan dengan bangganya akan membawakan kepada khalayak sebuah festival yang menggabungkan Malaysia, Indonesia dan Singapura di sebuah lokasi, dan kemeriahan pada 8 dan 9 Julai 2023, bermula seawal jam 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam.

 

Festival yang telah tergendala sejak 2020 gara-gara wabak pandemik COVID-19 dan menghadapi penundaan, kini akan muncul dengan barisan nama besar dalam industri seni muzik tiga negara.

 

“Sudah lama rasanya angin Nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur, dan titian persahabatan ini bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik. Terima dan saksikanlah Nusa Fest 2023!” ujar Shirazdeen.




                                                                    
                                                                Dato' Amy Search.


Black menyampaikan sepatah dua kata mewakili WIngs dan pesanan daripada Dato' Awie yang tidak dapat hadir.




Semasa majlis pengumunan akhir artis Nusa Fest 2023 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 Jun lalu, Nusa Fest 2023 mengumumkan tiga nama besar dalam industri muzik tanah air, iaitu Search, Wings dan Butterfingers sebagai headliner Nusafest nanti.

 

“Sudah sekian lama Search dan Wings mengadakan persembahan di panggung yang sama, dan pasti ini dinanti-nantikan oleh para peminat tegar mereka. Butterfingers juga akan menyertai Nusafest setelah hampir empat tahun tidak menemui peminat mereka,” tambah Shirazdeen.

 

Atas penundaan selama tiga tahun ini, Shiraz Projects memohon maaf (meskipun sebenarnya tidak perlu memohon maaf kerana semua orang maklum akibat COVID-19) atas penundaan yang terdahulu, dan yakin Nusa Fest kali ini akan berjalan lancar dengan barisan artis yang mempunyai pengikut tegar, dan setia.




Search, Wings dan Butterfingers bersama-sama Shirazdeen Karim selepas majlis pengumuman akhir artis Nusa Fest 2023 pada 27 Jun lalu.


 

“Para peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini dalam sebuah festival. Untuk dua hari, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak, dan berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat,” kata Shirazdeen.

 

Beliau percaya dengan sokongan semua, Nusa Fest 2023 di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur akan dapat dijayakan dengan meriah dan menepati konsep festival yang diinginkan.

 

Dalam sidang media tersebut, diumumkan senarai akhir 24 headliner yang akan menjayakan Nusa Fest 2023.

                 


Selain Search, Wings dan Butterfingers, sembilan lagi kumpulan muzik dari Malaysia termasuklah Kugiran Masdo, Salammusik, Forceparkbois, Iqbal M, White Percussion Unit, Jemson, Budak Nakal Hujung Simpang, Gerhana Ska Cinta, dan Monoloque.

 

Sebelas dari Indonesia ialah Fourtwnty, Barasuara, Pusakata, Efek Rumah Kaca, Kelompok Penerbang Roket, The Changcuters, Burgerkill, Seringai, Diskoria, Dipha Barus, dan Ras Muhamad. Singapura pula hanya diwakili The Pinholes.

 

Selain Shirazdeen, sidang media menjelang Aidladha itu turut dihadiri Search bersama-sama Man Kidal, Wings (tanpa Dato’ Awie), dan Butterfingers (dengan Loque).

 

Tiket dengan harga RM200 (untuk dua hari/seorang) atau RM700 untuk empat orang boleh dibeli menerusi www.myticket.asia. Tiket Hotline pula 03 8605 0196, maklumat Hotline 012 2560082, Instagram @nusafest, @shirazprojects, Tiktok @shirazprojects, Facebook @nusafest @shirazprojects, dan laman sesawang www.nusafest.com/www.shirazprojects.com.

  

                                     

Wednesday, 21 June 2023


IBADAH

 

Pakej Umrah Luar Biasa Beri Peluang Menetap Lebih Lama di Arab Saudi

 

BIASANYA umat Islam negara kita berada di Madinah dan Mekah selama kira-kira dua minggu untuk menunaikan umrah. Walau bagaimanapun, kini ada pihak yang menyediakan peluang menetap lebih lama di sana untuk tujuan yang sama.

 

Pihak yang dimaksudkan ialah Persada Global Holidays Sdn Bhd (PGH) dengan slogan ‘Pengembaraan Eksklusif Pilihan Anda’.

 

Pada 21 Jun lalu di sebuah hotel di Kelana Jaya, PGH melancarkan pakej umrah tersebut yang juga kali pertama di Malaysia, iaitu Pakej Umrah Mukim 80 Hari (UM80).


PePengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Persada Global Holidays Sdn Bhd, Muhammad Shahir Ibrahim.

2.      


Pelancaran Pakej Umrah Mukim 80 Hari (UM80) bersama-sama Duta Persada Global Holidays, Dato’ Aaron Aziz (tiga dari kiri) pada 21 Jun lalu.



Menurut Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PGH, Haji Muhammad Shahir Ibrahim, pakej umrah yang berkonsepkan program pengajian bermodul selama 80 hari ini dijangka bakal membuka ruang kepada rakyat Malaysia, bukan sahaja dapat menetap lebih lama di Arab Saudi, malah berpeluang mendalami ilmu agama, dibarisi tenaga pengajar berpengalaman yang dibawakan khas.

 

Pakej istimewa ini merupakan kesinambungan dan penambahbaikan dari Pakej Umrah Iktikaf Ramadan yang merupakan program umrah tahunan, dan sentiasa mendapat sambutan yang memberangsangkan anjuran PGH,” jelas Muhammad Shahir.

 

UM80 juga, tambah Shahir, menyelitkan program-program menarik seperti daurah (kelas) tafsir, hadis, sirah, program iktikaf Ramadan, dan pelbagai lagi untuk memberi nilai tambah dari aspek kerohanian kepada setiap peserta.



Persada Global Holidays  turut menjalinkan hubungan dengan Klinik As Salam selaku penasihat perubatan rasmi dengan menandatangani memorandum kerjasama bagi musim umrah 1445 Hijrah (2023/2024).





Dari kiri, Imam Muda Hassan, Dr Abdul Razak Mutalib, Haji Muhammad Shahir Ibrahim, dan Dato' Aaron Aziz.


Dengan harga serendah RM19,980, para jemaah akan berada selama hampir tiga bulan di Haramain. Mereka turut berpeluang merai serta mengimarahkan Ramadan, seterusnya menyambut Syawal di sana.










Individu yang berpengalaman luas dalam bidang pelancongan, dan pengembaraan, khususnya 
umrah selama lebih 10 tahun.

                                      

Dengan harga serendah RM19,980, para jemaah akan berada selama hampir tiga bulan di Haramain. Mereka turut berpeluang merai serta mengimarahkan Ramadan, seterusnya menyambut Syawal di sana.

 

Pakej ini disasarkan untuk mereka yang sentiasa mencari peluang mendalami ilmu agama, golongan pesara, atau yang ada kelapangan masa, selain ingin menelusuri budaya, dan sejarah orang Arab di sana,” tambah Shahir.

 

Lebih menarik, UM80 menampilkan tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. PGH menyediakan perkhidmatan tambahan seperti pasukan medik dan bantuan perubatan khas bagi memastikan soal kesihatan, dan keselesaan para jemaah terjaga.




Sesi menandatangani perjanjian kerjasama antara Persada Global Holidays Sdn Bhd yang diwakili Muhammad Shahir Ibrahim (dua dari kiri), dengan Klinik As Salam yang diwakili Dr Azfar Husin (dua dari kanan).

4. 





Pelancaran Pakej Umrah Mukim 80 Hari (UM80) bersama-sama Duta Persada Global Holidays, Dato’ Aaron Aziz (tiga dari kiri) pada 21 Jun lalu.



Para jemaah juga berpeluang untuk menjelajah pelbagai tempat bersejarah seperti Taif, Badar dan juga Al Ula, bersama-sama pengiring berpengalaman, di samping menunaikan umrah bersama-sama,” ujar Shahir yang berpengalaman luas dalam bidang pelancongan, dan pengembaraan, khususnya umrah selama lebih 10 tahun.

.

Bersempena dengan pelancaran ini juga, PGH turut menjalinkan hubungan bersama-sama Klinik As Salam selaku penasihat perubatan rasmi dengan menandatangani memorandum kerjasama bagi musim umrah 1445 Hijrah (2023/2024).

 

Turut hadir Juru Latihan Profesional, Dr Abdul Razak Muthalib; pendakwah Imam Muda Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Salam Alliance (Klinik As Salam), Dr Azfar Husin, serta Duta PGH, pelakon terkenal Dato’ Aaron Aziz, dan isteri.



Sebagai sebuah syarikat pengendali umrah yang berpengalaman lebih sedekad, PGH sentiasa berusaha sebaik mungkin, bukan sahaja untuk memberikan perkhidmatan terbaik, malah turut menitikberatkan pengalaman perjalanan umrah yang bermakna dengan pengisian ilmiah yang merangsang pembentukan rohani para jemaah.

 

Semasa sesi soal jawab, Dato’ Aaron memberitahu beliau sudah lima kali terlibat dengan pakej umrah PGH, iaitu ketika anak-anaknya masih kecil.

 

“Oleh kerana anak-anak saya masih kecil, saya fikir menarik jika PGH agar dapat memberikan perjalanan umrah yang menyeronokkan mereka. Kini saya gembira PGH dapat menyediakan pakej istimewa dan luar biasa yang selaras dengan pandangan saya,” tambah pelakon filem KL Gangster (2011) dan KL Gangster 2 (2013) itu.


Dato’ Aaron Aziz (paling kanan) sudah lima kali terlibat dengan pakej umrah Persada Global Holidays Sdn Bhd, iaitu ketika anak-anaknya masih kecil.

3.    

*****************************************************************************

 

Semua maklumat boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi PGH www.persadaglobal.my, atau laman sosial rasmi PGH di Facebook, Instagram, Tiktok, serta Youtube.

 

.      

Saturday, 17 June 2023

MUZIK


"UNTUK MAJU, KITA HARUS GOSTAN"

 

PENERBITAN Pancasona, sebuah syarikat penerbitan 360 darjah yang dimiliki loQue, baru-baru ini mengumumkan penerbitan Gostan.

 

Projek terbaharu ini dianggotai Asmidar, dan sudah tentulah ahli kumpulan monoloQue, iaitu Bakri, Loko, dan Harry.

 

Menurut loQue, walaupun nama yang berunsur negatif, tetapi Gostan yang dimaksudkan adalah untuk kita maju ke hadapan dan bergerak, bukan mundur.

 

“Ertinya, kita semua tidak boleh selesa dengan status quo landskap dunia seni yang rancak berkembang pada era modernisasi/globalisasi. Kita harus perkuatkan jati diri,” jelas loQue.



Menampilkan pelakon legenda Azhar Sulaiman yang melenggokkan tarian.


Sara Mac Lubis yang memegang watak Dang Penawar dalam video muzik Lagu Cinta.



Projek ini, tambah beliau, bertujuan memberikan nafas baharu kepada lagu-lagu lama, dan penghargaan yang sewajarnya kepada pemuzik lama yang pernah berusaha memartabatkan lagu klasik tradisional.

 

Gostan berusaha memperkenal semula lagu-lagu lama kepada pendengar dalam bunyi kontemporari moden, dengan tetap mengekalkan bunyi klasik lama,” jelasnya lagi.

 

Dalam projek ini, tambah loQue, 10 lagu dihasilkan. Beliau dengan kerjasama ahli yang lain turut menghasilkan dua lagu dengan unsur zapin, dan ghazal.


loQue (tengah) menjawab persoalan-persoalan pihak media semasa sesi sidang media.


    

        loQue (empat dari kiri) bersama-sama karyawan video muzik Dia Datang.




Gostan lebih daripada sekadar album muzik. Ia merupakan penghormatan kepada pemuzik yang pernah bekerja keras untuk memartabatkan lagu-lagu tradisional, dan lagu rakyat sebagai warisan budaya kita yang kaya,” katanya lagi.

 

Dengan menerbitkan semula lagu-lagu ini yang diberikan sentuhan moden, loQue dan ahli kumpulan cuba untuk menghidupkan nilai malar segar, dan intipati isi lagu Melayu lama.

 

Gostan juga adalah peringatan peribadi kepada loQue tentang keunikan dan kepentingan pemuliharaan lagu-lagu lama, dan bagaimana kita sebagai generasi baharu kini untuk membawa lagu lama agar terus menjadi pilihan pendengar.

 

“Ia adalah projek khas yang istimewa. Ditambah dengan penampilan dan kerjasama penyanyi Asmidar. Suara beliau memang lunak, dan unik untuk membawa lagu klasik. Sukar penyanyi hari ini ada kepelbagaian bakat seperti Asmidar,” tambah loQue.

 

Sebenarnya, loQue dan jentera syarikat beliau telah lama mengusahakan projek ini dengan Asmidar. Ia bermula dengan lagu pertama bertajuk Dia Datang, yang merupakan nyanyian asal versi Dia Datang oleh Fadzil Ahmad.

 

Lagu ini mula bersiaran pada 5 Mei 2023 lalu. Selepas ini, loQue merancang untuk merakamkan Tari Tualang Tiga, dan Ketipang Payung.

 

Asas projek ini bermula apabila monoloQue menerbitkan Tak Seindah Wajah yang turut berganding dengan Asmidar. Walau bagaimanapun,  ketika itu, nama Gostan dan keseluruhan konsep projek masih belum diputuskan.

 

“Idea tersebut muncul setelah keputusan untuk memanifestasi dan memberikan perspektif baharu kepada lebih banyak lagu rakyat, dan klasik tradisional lama

telah berjaya dicapai oleh semua,” kata loQue.

 

Lagu-lagu yang penuh sejarah dan makna, kata beliau lagi, adalah simbol warisan dari nenek moyang kita.

 

Tidak salah untuk kita suntik wajah baharu dan tenaga baharu dalam mengangkat lagu-lagu lama,” tambah loQue yang berharap Gostan akan mendapat sambutan, terutamanya daripada kepada para pecinta muzik Malaysia.

 

“Sireh Pinang di dalam Puan

Buat santapan si anak raja

Hajat nak jadi kenang-kenangan

Buat ingatan muda remaja”

-       Asmidar

 

Sehubungan ini juga, Penerbitan Pancasona turut melancarkan video muzik Dia Datang. Menariknya, video muzik ini juga bukan seperti video muzik yang biasa kita tonton, kerana lagi sekali, loQue menyajikan sebuah cerita pendek menerusinya.

 

Lebih hebat, video muzik ini dihidupkan oleh seorang pelakon legenda sejak awal 90-an dan amat disegani sehingga kini. Tidak lain dan tidak bukan, beliau adalah Azhar Sulaiman!

 

Video muzik ini sarat dengan ‘tarian nusa yang santai lagi bersahaja, di tengah- tengah ibu kota’ dipersembah oleh Azhar sendiri.

 

“Saya terkejut, terkasima dan terasa sangat merendah diri apabila Abang Azhar, seorang pelakon ‘lelaki alfa 90-an’, dan hero bintang layar perak sewaktu zaman persekolahan saya, idola kami semua ‘budak budak 90-an’, kini dengan tanpa syak

wasangka, sudi ‘mencemar duli’ untuk ‘menari’ dalam video muzik Dia Datang ini! Gila! Siapa sangka! Dapat berkarya dengan Azhar Sulaiman!” kata loQue.

 

Gostan juga merupakan pengenalan kepada album penuh Gostan nanti. Ia juga sebagai cabang yang akan menetapkan bagaimana konsep perjalanan artistik Gostan akan dibawa kepada umum.

 

Pemilihan Azhar untuk memegang watak utama dalam plot tarian ‘membebaskan

diri di tengah ibu kota’ boleh dianggap uji kaji yang tepat, kerana beliau mudah bekerjasama.

 

Abang Azhar bukan seorang ‘senior’ atau legenda yang ‘rumit’, dan pastinya beliau seorang method actor kerana watak yang dibawakan seperti benar-benar wujud di dalam dirinya. Mungkin itulah keistimewaan seorang karyawan hebat,” kata loQue.

 

Menurut loQue lagi, Azhar sangat profesional, malah semasa dalam tempoh pra penerbitan, beliau begitu bersemangat, dan bersungguh sungguh untuk memastikan segala sudut, dan semi video muzik ini diteliti, dan digilap sebelum hari kejadian (shooting).

 

Ada beberapa kali, Abang Azhar mungkin ketika ‘datang ilham’nya, akan telefon saya pada jam 12 tengah malam. ‘Okey bro. Abang ada idea. Apa kata kita...’ Macam itulah sesi ‘ribut otak’ (brainstorm) kami sepanjang kembara karya Dia Datang. Di situ saya rasa chemistry atau keserasian kami di muka surat yang sama, demi menghasilkan karya yang sempurna, serta malar segar. Terima kasih, Azhar Sulaiman,” ujar loQue lagi.

 

Dengan lenggang-lenggoknya, seperti lirik lagu ciptaan Allahyarham Fadzil Ahmad ini, tarian Azhar yang bersahaja, mengandungi motif-motif tarian tradisional. Namun dikontemporarikan demi watak dan jalan cerita, menjadi teras utama dalam video muzik ini,” tambah beliau.

 

Berlatarbelakangkan kota raya Kuala Lumpur abad ke-21 sudah agak sinonim dengan lagu-lagu loQue sendiri yang lazimnya menceritakan tentang kehidupan hutan batu abad ke-21 ini.

 

Ia menceritakan seorang pekerja korporat yang kebosanan, kerana hidupnya sangat dikongkong oleh jadual harian. Hari ini dia ingin keluar dari kebiasaan, dari kepompong atau ‘rantaian kejam’ (vicious cycle) hidupnya dengan menari dan menari untuk meluahkan, dan menari untuk bebas.

 

Gerakan tarian ini diamati di bawah didikan dan bimbingan Dayang Norinah Datu Gastan, seorang guru taridari  Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA.

 

Dengan kombinasi inovatif dan visual serta bunyi, video muzik ini diharap dapat menjadi wakil visual bagi meraikan lagu tunggal sulung Gostan, Dia Datang.

 

Menurut loQue lagi, konsep hala tuju Gostan bukan hanya meraikan lagu-lagu klasik lama, serta ‘tarian-tarian tradisional dan rakyat’, tetapi memberi ‘tenaga baharu’ kepada tarian-tarian turun-temurun supaya seni budaya ini kekal relevan pada zaman TikTok ini.

 

Gostan adalah satu pengalaman 360 darjah, merangkumi audio dan visual...,” kata loQue lagi.

 

Pelancaran video muzik ini menandakan satu titik permulaan dalam perjalanan kembara Gostan, kerana ia akan menawarkan penonton ‘rencah dan rasa’ tentang apa yang ada dalam album ini dan projek Gostan sendiri.

 

“Ketika anda menonton video muzik ini, percayalah anda akan tenggelam dalam landskap ‘sonik’ yang merangkumi bunyi warisan budaya Malaysia yang kaya, sambil dihidangkan dengan gubahan muzik kontemporari,” ujar loQue.

 

Penerbitan Pancasona telah menyambut kedatangan peminat muzik dan pengamal media, serta rakan-rakan seni untuk mengalami kuasa transformatif video muzik Dia Datang dalam majlis tayangan perdananya pada 6 Jun lalu di Pawagam Mini P. Ramlee.

 

Lagu tunggal Dia Datang juga tersedia di platform digital, termasuklah di YouTube, satu pengalaman audio visual yang tidak boleh anda lepaskan.

 

Ikuti @gostanrasmi di Instagram, untuk melihat perkembangan dan kisah terkini.

 

Mengenai Gostan

 

Gostan adalah kolaborasi unik antara kumpulan monoloQue, yang dianggotai Bakri ‘Halia’ Ismail, Loko, Harry ‘Misteri’, Herda ‘Geroda’, dan loQue bersama-sama Asmidar dan pemain perkusi Memey.

 

Kerjasama ini membentuk kumpulan baharu, iaitu Gostan. Mereka menghasilkan

album Gostan, untuk memberikan perspektif/tenaga/wajah/jiwa/roh baharu yang lebih segar kepada bukan sahaja lagu-lagu tradisional lama, dan lagu rakyat Malaysia yang pernah popular dahulu, malah lagu-lagu pop klasik yang menjadi inspirasi kepada nenek moyang kita.

 

Projek ini juga sebagai penghormatan kepada seni muzik dan budaya terdahulu, dan usaha untuk menghidupkan semula unsur klasik, dan malar segar bunyi tersebut, kemudian merelevansikan semua ini 360 darjah untuk generasi baharu, dan generasi akan datang.

 

Dengan gabungan unik unsur moden dan tradisional, Gostan akan cuba menjadi ‘batu loncatan’ untuk lebih banyak karya muzikal bernostalgia dan ditambah dengan kontemporari moden.

 

Nantikan Gostan yang bakal menjadi karya untuk semua rakyat Malaysia.

 

 

Mengenai Dia Datang

 

Lagu ini adalah sebuah lagu klasik malar segar, karya Seniman Legenda Tokoh

Ghazal/Zapin, yang juga digelar Raja Gambus Malaysia, Allahyarham Fadzil Ahmad. Tajuk asalnya adalah Si-Dia Datang, nyanyian Allahyarham bersama-sama seniwati S Fauziah.

 

Terdapat jentera penerbitan lain yang terlibat dalam projek ini. Untuk Dia Datang, Lut terlibat sebagai jurutera dan pengadun bunyi (mixing engineer), manakala adunan terakhir (mastering) oleh Felix Voon. Karya kulit album pula ‘direstui’ Harun Mokhtar, dan kaligrafi oleh Azmir Karim.

 

Nantikan lebih banyak maklumat terbaharu akan datang mengenai Gostan.

 

Hubungi:

Penerbitan Pancasona

72-1 Jalan Medang Serai,

Bukit Bandaraya, Bangsar

59100 Kuala Lumpur

Telefon: 012-345-6789

Emel: penerbitanpancasona@gmail.com   

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Arakian Sebuah Ceritera, Pada Suatu Masa Depan Tak Jauh Dari Kita, Terbitnya Batu Sumpahan Durjana di Angkasa, Dunia Tenggelam, Gelap Gelita... Sekian Lama Manusia Mencuba, Mengghaibkan Batu Sumpahan Durjana, Menyembuhkan Dunia Kembali Bernyawa... Mengembalikan Cinta Kembali Bertakhta...

 

Bismillahirahmanirahim. Buat julung kalinya, monoloQue tampil dengan karya visual

video muzik berkonsepkan ‘futuristik’ atau ‘sains khayalan’.

 

Lagu Cinta, lagu tunggal terbaharu dari monoloQue, dilancarkan pada Januari lalu,

diterjemahkan olehnya sebagai kembali ke pangkal jalan, kembali meraikan irama dan melodi (merujuk siaran akhbar Lagu Cinta).

 

Namun demikian, itu cerita lagunya. Sekarang cerita visualnya pula!

 

‘Cerpen’ Lagu Cinta dilancarkan berdasarkan konsep cerita pendek (short film) bersama-sama penghasilan naratif visual hibrid berkonsepkan ‘distopia’, diharapkan dapat membawa penonton bersama-sama mengembara ke alam runut bunyi audio visual Lagu Cinta, mengalaminya secara 360 darjah yang lari daripada video-video muzik biasa yang lazimnya lebih berbentuk persembahan.

 

Sinopsis ‘Cerpen’ Lagu Cinta:

 

Pembukaan ‘Cerpen’ Lagu Cinta ini, kita dikejutkan dengan visual sebongkah batu besar yang aneh, melitupi langit biru, seolah-olah menggambarkan dunia sedang tenat dilanda ‘sumpahan’.

 

Kemudian, kita diperkenal dengan watak protagonis, mimik muka penuh teka-teki lakonan loQue sendiri sebagai Mat Lamat, seorang saintis pengkaji masa. Dalam adegan pembukaannya , Mat Lamat kelihatan bangkit terjaga dari dalam ‘peti beku karbon’ yang dipenuhi air seperti bangkitnya dari tidur 1,000 tahun.

 

Watak utama, Dang Penawar, anak kepada Mat Lamat, dibawa oleh seorang pelakon baharu wanita meningkat naik, iaitu Sara Mack Lubis. Dia yang kini dewasa tetapi kelihatan sesat , kosong tanpa cinta, jiwa dan kasih sayang, seperti seorang ‘robot’ hidup pada zaman ‘batu sumpahan’ kini.

 

Pengenalan kepada Dang Penawar adalah ketika sebuah drone yang menjadi penterjemah kod bernama Jendela yang dikemudikan oleh Mat Lamat berjaya mengesan Dang Penawar. Lantas, menerima isyarat dan mesej konstruk dari dunia alternatif masa lampau (atau masa depan) dari bapanya untuk menamatkan sumpahan yang melanda dunia ketika itu.

 

Komunikasi yang terjalin antara dua zaman yang berbeza - Mat Lamat dengan Dang Penawar, serta fungsi utama Jendela sebagai kompas dan penterjemah (decipher) kod, dirungkai sebagai pembawa mantera, jampi serapah, kata-kata hikmat Mat Lamat kepada Dang Penawar adalah teras ‘Cerpen’ Lagu Cinta ini.

 

Menurut Sara, sebaik sahaja mendapat tawaran daripada loQue, beliau teruja memulakan penggambaran, dan mahu mengupas lapisan emosi watak yang diberikan. Walaupun mereka langsung tidak memberitahu saya penggambaran ini untuk lagu apa, tetapi kerana tawaran yang datang daripada kumpulan monoloQue, dan juga sutradara Emir Ezwan, tanpa melengahkan masa, terus menerimanya !

 

“Mereka mahu melihat bagaimana saya boleh bertindak melalui imaginasi dan menerokai sendiri watak Dang Penawar, di samping menjadi diri sendiri melakonkan pelbagai emosi bersama-sama konsep yang mereka mahu terjemahkan ‘dari mata turun ke hati..” ujar Sara.

 

“Jujur saya kata, jalan cerita dan konsepnya berbeza daripada penggambaran video muzik yang pernah saya lalui. Saya tidak pernah membuat projek bertemakan ‘distopia’. Pada mulanya saya tidak mahu ambil tawaran ini kerana tarikh penggambaran jatuh pada hari lahir saya. Tetapi, selepas diceritakan akan perihal serta intipati ‘Cerpen’ Lagu Cinta ini, saya terus mahu mencabar diri saya,” tambahnya.

 

Ahli kumpulan monoloQue yang bersama-sama bertindak balas bunyian dengan loQue sejak 2021, iaitu Harry ‘Misteri’ sebagai ‘Seram-Punk’ Mata Jingga, Bakri ‘Halia’ Ismail sebagai Si Borg, dan Loko pula Pawang Logam, turut membintangi ‘Cerpen’ Lagu Cinta ini, dan masing-masing membawa watak antagonis bagi melengkapkan perisa dan warna-warna karakter villain, atau ‘orang jahat’ itu, justeru mewujudkan suasana ‘suspense’ , serta mencorak dinamik kepada naratif jalan cerita ‘Cerpen’ Lagu Cinta ini.

 

Menurut Harry, video muzik ini berbeza kerana di sepanjang penggambarannya tidak langsung sekali pun bermain peralatan muzik seperti video muzik biasa.

 

“Kali ini saya benar-benar kena berlakon bersungguh sungguh! Kerja kami sebagai pemuzik sudah selesai. Segala not bunyian telah ditempa ke dalam lagu. Sekarang masa untuk kita bergembira pula, meraikan karya ini, dengan berlakon!..” ujar Loko pula dengan berseloroh.

 

Di pertengahan ‘Cerpen’ Lagu Cinta pula kelihatan keringat usaha para villain atau ‘orang- orang jahat’ ini yang tidak putus asa untuk menculik Dang Penawar. Dalam masa yang sama, menghalang Dang Penawar mendapatkan kod- kod hikmat daripada Mat Lamat melalui ‘drone’ Jendela, telah membawa ketegangan

dan membuat penonton tertanya-tanya apakah sebenarnya pesanan yang mahu

disampaikan oleh Mat Lamat kepada Dang Penawar, di mana hubungan antara bapa dengan anak ini dari dua zaman yang berbeza.

 

“Ini merupakan video muzik kedua monoloQue yang saya terlibat yang memerlukan ‘makeup EfX’ yang berat. Sebelum ini Legenda, jadi ‘Tanggang’ disumpah jadi ‘batu’. Kali ini saya kena jadi setengah manusia, setengah robot, jadi seorang Cyborg! Paling meletihkan, kami kena datang awal pagi selepas subuh untuk mula ‘make up’, tetapi scene bermula hanya pada tengah hari...,” kata Bakri pula.

 

Kemudian, selepas surutnya kemuncak klimaks pertama lagu, terjadinya pertukaran

suasana di mana Jendela membawa Dang Penawar ke makmal bapanya, Mat Lamat , Jabatan Kaji Masa, tempat di mana segala-galanya bermula, di mana di situ Jendela memainkan semula hologram, menggamit kenangan silam semasa Dang Penawar kecil, untuk mengembalikan ingatan memori Dang Penawar.

 

Watak Dang Penawar semasa kecil dilakonkan khas oleh Anggerik Dang Jelita, iaitu puteri sulung loQue. Tatkala itu, terungkailah segala tanda tanya dan terjawab segala persoalan seolah-olah Dang Penawar baru bangun dan sedar dari dipukau akan apa yang sedang terjadi. Maka Dang Penawar kembali ‘bernyawa’, kembalinya emosi, jumpa semula ‘cinta’.

 

Kemudian tugas akhir ‘drone’ Jendela adalah memancarkan kod mantera, jampi hikmat kepada Dang Penawar untuk menyembuhkan dunia pada zaman itu, pancaran lirik daripada sebuah Lagu Cinta.

 

Pada kemuncak terakhir cerita, Dang Penawar akhirnya berjaya merungkai mantera

daripada bapanya. Maka tamatlah sumpahan, hilanglah ‘Batu Sumpahan Durjana’..

Manusia Hilang Pedoman Cinta,

Sesat Sengsara, Angkara Duka Lara,

Hanya Satu Hikmat Dapat Mengubahnya...

Mentera Cinta Dari Dua Masa Yang Berbeza...

 

Kesinambungan konflik antara bapa dengan anak yang mendalam menghasilkan tanggapan lapisan cerita yang pelbagai kepada penonton ‘Cerpen’ Lagu Cinta ini.

 

Setiap adegan juga dihasilkan dengan berlatarbelakangkan ‘distopia’ atau ‘futuristik’ bagi menguatkan impak kandungan emosi ceritanya.

 

Menurut loQue, roh dan jiwa cerpen ini tidak lain dan tidak bukan adalah mengenai cinta, tetapi bukan cinta biasa yang klise, tetapi cinta luar biasa kerana ia adalah tentang kuasa cinta antara bapa dengan anak,dari dua susur galur masa yang berbeza, di mana mereka bersama-sama menghubungkan kembali ‘cinta yang berkuasa’ itu demi menamatkan sumpahan, menyelamatkan dunia, kerana akhirnya, cinta menakluki semua’.

 

Gabungan sinematografi ‘Cerpen’ Lagu Cinta ini juga diwarnai untuk menggabungkan garis antara realiti dengan imaginasi dengan bantuan ‘imej janaan komputer’ atau CGI.

 

Cerita asal oleh loQue, dan diarahkan sepenuhnya dengan hasil ‘air tangan’ Emir Ezwan sebagai sutradara, dan Azril Hamzah sebagai penggubah cerita serta penulis skrip.

 

Menurut Emir, ‘cerpen’ video muzik ini menggambarkan hubungan yang dizahirkan antara dua zaman berbeza. Dalam realiti kehidupan kita, mencapai impian besar

tidak semudah yang disangka, tetapi tidak mustahil bagi kebanyakan orang. Mungkin, pada saat-saat terdesak, seseorang itu boleh menjadi pengantara ‘bantuan’ kepada orang lain dengan tidak membezakan antara mimpi dengan realiti.

 

Emir seorang pengarah yang memenangi Filem Terbaik pada Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) ke-31 menerusi filem Roh.

 

Penggubah cerita, Azril yang telah bekerjasama dengan loQue sejak Kekanda Adinda lagi berkata ‘cinta’, mercu tanda padu menaut impian untuk terbang, dan

kerisauan akan kehilangan. Cinta membelah angkasa, mengalunkan semesta dalam

Bimasakti dan Bumilangit - Superhero Melayu.

 

“Kami segerombolan, baik dari Emir sehingga ke jentera-jentera penerbitan ‘Cerpen’ Lagu Cinta ini, berharap agar nilai-nilai murni yang menjadi teras kepada cerita ini

dapat difahami, dan diterima ramai, walaupun ‘set’ yang dipamerkan ke arah ‘futuristik’, kemudian jalan ceritanya pula dibaluti lapisan-lapisan kiasan intelek yang

bermaksud, diharap dapat mencabar pemikiran masyarakat kita kini,” katanya.

 

“Kami berdoa agar ‘tenunan seni’ kami ini sampai ke mata, lantas ke hati penonton ..., semoga babak kemuncak klimaks terakhir ‘Cerpen’ Lagu Cinta, secara simboliknya mempamerkan ‘hikmat kuasa cinta’ selepas terjalin kembali hubungan antara seorang bapa dengan anaknya dapat ‘menikam hati, menyucuk sampai ke tulang sum sum’ sesiapa sahaja yang menonton naskhah ini nanti,” kata loQue pula.

 

Penerbitan Pancasona mempelawa semua pendengar, penggemar muzik, perajurit,

rakan-rakan media, wartawan, sahabat, teman seperjuangan dan seniwati dan seniman untuk menyelami cerpen video muzik Lagu Cinta yang memukau ini, di samping mengalami tindak balas kimia, serta tenunan evolusi seni bunyi, dan visual Nusantara pada abad ke-21 ini.

 

Tayangan Perdana telah diadakan pada 6 Jun lalu, di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS, Hulu Kelang.  Video ini boleh diakses secara digital di laman YouTube cataloQue untuk memastikan khalayak yang lebih luas boleh mengalami bersama-sama audio, dan visual yang luar biasa ini.

 

Bersedia untuk semua, menginzalkan mata juga telinga!