TEKNOLOGI
Teknologi Meningkatkan Sambungan Digital, Produktiviti, Ekonomi
RANGKAIAN Persendirian 5G Komersial yang pertama di negara kita telah dilancarkan pada 6 Oktober lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Dengan kelebihannya yang tersendiri, rangkaian tersebut dijangka dapat membantu meningkatkan sambungan digital, terutama kepada para usahawan tempatan.
Ia membantu menambah potensi bagi meningkatkan ekonomi Malaysia dengan ketara, apabila mewujudkan peluang dalam memacu inovasi, meningkatkan produktiviti, dan memupuk usaha niaga baharu.
Pelancaran peristiwa bersejarah bagi Petroliam Nasional Bhd (Petronas) ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dalam ucapannya, Datuk Seri Fadillah mengatakan ketersambungan 5G yang lebih pantas dan dipercayai dapat memperkasa perniagaan untuk menyelaraskan operasi, membangunkan perkhidmatan baharu, dan meluaskan jangkauan, baik pada peringkat tempatan, mahupun global.
“Pelaksanaan Rangkaian Persendirian 5G membuktikan komitmen Petronas untuk kekal di barisan hadapan kemajuan teknologi. Petronas telah menunjukkan teladan sebagai pemain global bagi sektor tenaga yang terkemuka, dengan mengiktiraf potensi transformasi rangkaian 5G. Ia bukan sahaja mengoptimumkan operasi dalaman Petronas, tetapi memangkin perubahan seluruh industri,” tambah beliau.
Dalam usaha kita memanfaatkan teknologi untuk inovasi dan kemajuan masyarakat, kata Fadillah lagi, Malaysia perlu kekal komited terhadap pelaburan yang besar dalam infrastruktur digital.
“Rangkaian persendirian 5G komersial ini turut disokong oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD). Setakat ini, rangkaian 5G di Malaysia telah mencapai liputan 70.2 peratus di kawasan berpenduduk, dengan pengguna sebanyak 2.49 juta pelanggan,” jelas beliau.
Namun demikian, tambah Fadillah, jumlah tersebut akan dapat ditingkatkan selari dengan sasaran 80 peratus menjelang hujung tahun ini.
“Sehingga September 2023, rangkaian 5G
Malaysia liputan di kawasan berpenduduk berjumlah 70.2 peratus, dengan
langganan 5G berjumlah 2.49 juta, diterjemahkan kepada 7.4 peratus kadar
penembusan,” ujar beliau.
Menariknya
dan membanggakan, Malaysia juga telah
menerima pelbagai pengiktirafan, termasuk daripada Opensignal dan Ookla, yang
telah menamakan negara kita sebagai peneraju global dalam sambungan 5G dengan
rangkaian yang pantas, dan boleh dipercayai, memberikan pengalaman 5G yang
hebat untuk pengguna.
“Dengan
demikian, kita berada di landasan yang
betul untuk mencapai sasaran 80 peratus liputan rangkaian 5G di kawasan
berpenduduk pada penghujung 2023 sebelum beralih daripada rangkaian borong tunggal
kepada model rangkaian dwi,” tambah Fadillah.
Peningkatan kecekapan
dan keberkesanan yang 5G tawarkan, katanya, menghasilkan penjimatan kos dan daya saing yang lebih baik, sekali
gus menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi dan kemakmuran untuk Malaysia.
“Kesan penggunaan ini akan dirasai merentasi pelbagai sektor. Ia
akan memberi inspirasi kepada industri
lain untuk mengikutinya, dan memupuk
daya saing persekitaran yang mana inovasi dan kecekapan diutamakan,” tambah
Fadillah.
Beliau
memberikan contoh bagaimana industri
automotif akan memanfaatkan 5G untuk kenderaan autonomi, penjagaan kesihatan dengan
menyampaikan perkhidmatan teleperubatan, dan pertanian menggunakan teknik
pertanian pintar untuk meningkatkan hasil secara mampan.
“Bukan
itu sahaja. Bandar kita akan menjadi
lebih pintar, lebih berhubung dan lebih cekap, seterusnya meningkatkan
kualiti hidup untuk semua rakyat Malaysia,” tegas Fadillah, yang juga Menteri
Perladangan dan Komoditi.
Hadir
sama menyaksikan perasmian itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil;
dan Naib Presiden Kanan, Teknologi dan Penyampaian Projek Petronas, Dato’ Bacho
Pilong.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
No comments:
Post a Comment