TEKNOLOGI

 

Teknologi Meningkatkan Sambungan Digital, Produktiviti, Ekonomi

 

RANGKAIAN Persendirian 5G Komersial yang pertama di negara kita telah dilancarkan pada 6 Oktober lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

 

Dengan kelebihannya yang tersendiri, rangkaian tersebut dijangka dapat membantu meningkatkan sambungan digital, terutama kepada para usahawan tempatan.

 

Ia membantu menambah potensi bagi meningkatkan ekonomi Malaysia dengan ketara, apabila mewujudkan peluang dalam memacu inovasi, meningkatkan produktiviti, dan memupuk usaha niaga baharu.


Pelancaran peristiwa bersejarah bagi Petroliam Nasional Bhd (Petronas) ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.


(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))



Naib Presiden Kanan, Teknologi dan Penyampaian Projek PETRONAS, Dato’ Bacho Pilong.


****************************************************************************


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Pelancaran peristiwa bersejarah bagi Petroliam Nasional Bhd (Petronas) ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

 

Dalam ucapannya, Datuk Seri Fadillah mengatakan ketersambungan 5G yang lebih pantas dan dipercayai dapat memperkasa perniagaan untuk menyelaraskan operasi, membangunkan perkhidmatan baharu, dan meluaskan jangkauan, baik pada peringkat tempatan, mahupun global.

 

“Pelaksanaan Rangkaian Persendirian 5G membuktikan komitmen Petronas untuk kekal di barisan hadapan kemajuan teknologi. Petronas telah menunjukkan teladan sebagai pemain global bagi sektor tenaga yang terkemuka, dengan mengiktiraf potensi transformasi rangkaian 5G. Ia bukan sahaja mengoptimumkan operasi dalaman Petronas, tetapi memangkin perubahan seluruh industri,” tambah beliau.

Dalam usaha kita memanfaatkan teknologi untuk inovasi dan kemajuan masyarakat, kata Fadillah lagi, Malaysia perlu kekal komited terhadap pelaburan yang besar dalam infrastruktur digital.

 

“Rangkaian persendirian 5G komersial ini turut disokong oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD). Setakat ini, rangkaian 5G di Malaysia telah mencapai liputan 70.2 peratus di kawasan berpenduduk, dengan pengguna sebanyak 2.49 juta pelanggan,” jelas beliau.

 

                                        


Namun demikian, tambah Fadillah, jumlah tersebut akan dapat ditingkatkan selari dengan sasaran 80 peratus menjelang hujung tahun ini.

 

Sehingga September 2023, rangkaian 5G Malaysia liputan di kawasan berpenduduk berjumlah 70.2 peratus, dengan langganan 5G berjumlah 2.49 juta, diterjemahkan kepada 7.4 peratus kadar penembusan,” ujar beliau.

 

Menariknya dan membanggakan, Malaysia juga telah menerima pelbagai pengiktirafan, termasuk daripada Opensignal dan Ookla, yang telah menamakan negara kita sebagai peneraju global dalam sambungan 5G dengan rangkaian yang pantas, dan boleh dipercayai, memberikan pengalaman 5G yang hebat untuk pengguna.

 

“Dengan demikian, kita berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran 80 peratus liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk pada penghujung 2023 sebelum beralih daripada rangkaian borong tunggal kepada model rangkaian dwi,” tambah Fadillah.

 

Peningkatan kecekapan dan keberkesanan yang 5G tawarkan, katanya, menghasilkan penjimatan kos dan daya saing yang lebih baik, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran untuk Malaysia.

 

Kesan penggunaan ini akan dirasai merentasi pelbagai sektor. Ia akan memberi inspirasi kepada industri lain untuk mengikutinya, dan memupuk daya saing persekitaran yang mana inovasi dan kecekapan diutamakan,” tambah Fadillah.

 

Beliau memberikan contoh bagaimana industri automotif akan memanfaatkan 5G untuk kenderaan autonomi, penjagaan kesihatan dengan menyampaikan perkhidmatan teleperubatan, dan pertanian menggunakan teknik pertanian pintar untuk meningkatkan hasil secara mampan.

 

“Bukan itu sahaja. Bandar kita akan menjadi lebih pintar, lebih berhubung dan lebih cekap, seterusnya meningkatkan kualiti hidup untuk semua rakyat Malaysia,” tegas Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi.

 

Hadir sama menyaksikan perasmian itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; dan Naib Presiden Kanan, Teknologi dan Penyampaian Projek Petronas, Dato’ Bacho Pilong.


                                

                                   Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

No comments:

Powered by Blogger.