Pages

Wednesday, 22 May 2024

                                       

                           Uptown 1 Shamelin Mall sudah beroperasi sejak lebih sebulan lalu.

=========================================================================

EKONOMI

 

Uptown Pertama dalam Pasar Raya di Malaysia

AMC ANGKAT TARAF USAHAWAN SELEBRITI

 

PADA Ramadan dan menjelang Syawal 1444 Hijrah atau 2023 tahun lalu, penduduk sekitar Ampang dan kawasan berdekatan sering berkunjung ke Bazar Aidilfitri Ampang, yang terletak berhampiran dengan Ampang Point.

 

Sebelumnya, tapak Bazar Aidilfitri Ampang itu merupakan tapak Uptown ULAM, atau nama penuhnya, Uptown Lorong Ampang Mampan selama beberapa bulan.

 

Selepas pertubuhan bukan kerajaan (NGO),  iaitu Angkatan Malaysia Cemerlang (AMC) mengambil alih, tapak perniagaan itu terus dijadikan Bazar Aidilfitri Ampang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pe                            Pengerusi Angkatan Malaysia Cemerlang, Dato’ Al Amin Azwar.

===========================================================================


MMenurut Pengerusi AMC, Dato’ Al Amin Azwar, syarikat yang menganjurkan Bazar Ramadan Aidilfitri itu adalah Sedetik Impian yang memperoleh kontrak dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

 

“Di sini, AMC membuka  peluang kepada usahawan Ampang berkolaborasi dengan usahawan selebriti. Kami membuka peluang kepada usahawan selebriti bekerjasama dari segi mempromosi tempat ini, dengan bantuan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), GTAS dan lain-lain,” kata beliau yang lebih dikenali sebagai Dato’ Amin Novo.

 

AMC, tambah Amin Novo, adalah NGO yang selama ini memberikan sumbangan kepada rumah orang tua, anak yatim, dan gelandangan, sebagai aktiviti tahunan. AMC mencari golongan asnaf, dan membantu mereka yang kurang kemampuan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2


                                                                           

Suasana sekitar Uptown 1 Shamelin Mall yang mencipta rekod!

=========================================================================

“Sambil bergerak sebegini, kami disokong oleh pihak berkuasa tempatan, Kerajaan Negeri Selangor, khususnya Parlimen Ampang di bawah naungan YB Rodziah Ismail yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menghidupkan kawasan Ampang, dan menarik usahawan yang bermasalah seperti ketiadaan tempat dan lesen berniaga untuk dikumpulkan di satu tempat, dan dijadikan uptown,” katanya lagi.

 

Amin menambah bahawa AMC mahu menjadikan Ampang sebagai tapak perniagaan yang menjadi tumpuan ramai seperti Danau Kota, atau Jalan Masjid India.

 

“Atas bantuan kawan-kawan dan persatuan artis yang turut membuat promosi di media sosial masing-masing, Alhamdulillah kawasan tersebut tampak ‘hidup’,” ujar beliau.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                 Dato’ Al Amin Azwar atau lebih dikenali sebagai Dato’ Amin Novo.

=========================================================================

Walau bagaimanapun, keadaan yang baik itu tidak berlarutan lama. Tiada lagi Bazar Aidilfitri  pada tahun ini kerana para usahawan di situ dinasihatkan berpindah oleh YB Rodziah ekoran aduan orang awam.

 

“Keadaan di situ sudah terlalu sesak dan mengganggu lalu-lintasAMC pun mengambil keputusan mendengar nasihat YB Rodziah demi kebaikan semua,” kata Amin yang menjelaskan pihaknya turut mendapat tawaran pihak lain.

 

“Kami tak membantah ahli politik kerana selama ini hubungan amat baik, malah Rodziah ada memberi tawaran tempat baharu,” jelas beliau, dan mengatakan AMC akhirnya menerima tawaran membuka uptown di 1 Shamelin Mall, Taman Shamelin Perkasa.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Suasana sekitar Uptown 1 Shamelin Mall yang lebih selesa dan menyenangkan.

=========================================================================

 Menurut Amin lagi, sudah lebih sebulan Uptown 1 Shamelin Mall dibuka. Menariknya, uptown tersebut mencatat rekod sebagai uptown pertama di dalam pasar raya di Malaysia.

 

“Sebelum ini kita hanya menemui atau mengetahui tapak uptown di luar bangunan, di bawah khemah. Kini sudah ada yang pertama di dalam pasar raya,” ujar beliau dengan gembira.

 

Jelas Amin, menolak tawaran Rodziah bukan bererti ada perbalahan, tetapi tawaran 1 Shamelin Mall lebih menarik kerana selari dengan hasrat beliau sendiri.

 

“Saya mahu mengangkat taraf usahawan selebriti dengan membawa mereka dari berniaga di bawah khemah ke dalam pasar raya yang lebih selesa,” tegas beliau yang bukan sahaja mengadakan peluang berniaga, tetapi juga menganjurkan kursus usahawan secara percuma, dan merintis kaedah pinjaman yang lebih mudah.

 

Selain kadar sewa yang munasabah dengan tawaran harga Rahmah dan MADANI, kursus yang dianjurkan juga di tempat yang selesa, dan selamat, iaitu di dalam bangunan, bukan di bawah khemah yang terdedah pada risiko cuaca!

 

“Sebenarnya juga, pihak pengurusan 1 Shamelin Mall mahu wajah premis mereka tampil dengan konsep tertentu. Tingkat-tingkat lebih atasnya sudah dipenuhi pelbagai pusat hiburan, termasuk pawagam dan karaoke keluarga. Mereka mahukan kelainan di tingkat bawahnya,” jelas Amin, sambil memberitahu peluang tersebut sangat baik, dan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

 

Difahamkan 1 Shamelin Mall juga sudah lama mencari pihak yang boleh memenuhi hasrat mereka itu. Mungkin sudah rezeki AMC, kata Amin bahawa beliau adalah orang keempat yang ditawarkan membawa perubahan. Beliau menerimanya dan yakin berjaya, kerana ada pengalaman mengurus usahawan selebriti.

 

Tambahnya, ada pihak yang memberikan tempoh enam bulan untuk berjaya. Namun begitu, Amin yakin dengan sambutan baik setakat ini, dan hubungan baik dengan NGO serta ahli politik, tiada masalah besar akan mengganggu.

 

“Saya yakin, dalam masa tiga bulan sahaja Uptown 1 Shamelin Mall akan mencapai kejayaan,” tegas Al Amin, sambil menambah, di Thailand sudah lama ada uptown di dalam pasar raya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                 

                Suasana Uptown 1 Shamelin Mall yang lebih selesa dan menyenangkan.

===========================================================================

Buat permulaan dan untuk memudahkan pengurusan, AMC akan mengurus usahawan selebriti Malaysia sahaja. Setakat ini, antara yang berniaga termasuklah Azan Scan, Beego, Lan Newboys, Radhi OAG, Ieda dan Eddy Moin, serta kartunis Kulat.

 

Waktu berniaga dari jam 10 pagi dan berakhir pada jam 4 pagi. Ertinya, waktu lebih panjang berbanding sebelum ini. Cuma, terpulang pada kemampuan masing-masing.

 

“Ada juga selebriti yang berniaga waktu malam sahaja. Buat permulaan ini, memang mereka tak menggaji pembantu atas faktor kemampuan kewangan,” ujar Amin.

 

-       --  RAJA YUSOFF ARIFFIN

 

0.           

3.    

Tuesday, 21 May 2024


                                         

==================================================================================================================================================

PENDIDIKAN

 

Dana 20,000 Bank Muamalat untuk Sekolah Wilayah Persekutuan Menerusi YWP

 

NIAT memberikan bantuan kepada pihak yang kurang kemampuan dan amat memerlukan, diikuti dengan melaksanakannya adalah amalan terpuji yang sangat digalakkan oleh Islam.

 

Bank Muamalat, Jalan Melaka, Kuala Lumpur antara pihak yang terpanggil melakukan perkara sedemikian, dan itu telah sedia termasuk dalam amalan tanggungjawab perkhidmatan masyarakat (community service responsibility) atau ringkas-popularnya, CSR.

 

Hal tersebut dipermudah lagi oleh sahutan/sambutan pihak yang berniat serupa, iaitu Yayasan Wilayah Persekutuan sebagai penyalurnya untuk diberikan kepada golongan sasaran.

 

Bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 2, Wisma Yayasan Wilayah Persekutuan, Kampong Bharu, Kuala Lumpur pada 21 Mei lalu, Bank Muamalat menyerahkan cek sumbangan untuk program Bantuan Pemakanan Sekolah Menengah kepada Yayasan Wilayah Persekutuan.

 

Sumbangan bernilai RM20,000 itu telah diserahkan oleh Ketua Jabatan Kewangan Sosial, Bank Muamalat, YBhg Tuan Hj Zaharuddin Alias kepada Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), YBhg Tuan Haji Abdul Rahman Siraj.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                             

                            Ketua Jabatan Kewangan Sosial, Bank Muamalat, Hj Zaharuddin Alias.

=========================================================================

Menurut Tuan Haji Zaharuddin, program ini merupakan pemberian makanan harian secara percuma kepada pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan.

 

Dilaksanakan sejak 2018, sebanyak 2,000 pelajar telah menerimanya setiap tahun. Sehingga 2023, YWP telah membantu 12,000 pelajar yang kurang kemampuan. Bagi 2024, 3,000 pelajar akan diberikan bantuan.

 

Penerima manfaat ini merupakan pelajar-pelajar dalam kalangan golongan B40, dan keluarga yang berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan, berdasarkan senarai dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                     

                                          

Dari kiri; Mohd Azim Mohd Saufi, Hj Zaharuddin Alias, Hj Mohd Fadzil Abd Hamid, M Faslee Meon, dan Datin Dr Ida Harlina Ikhwan Nasir.

========================================================================

“Sumbangan ini adalah sebagai tanda keprihatinan pihak kami terhadap kesusahan yang dihadapi golongan tiada atau kurang kemampuan di Wilayah Persekutuan. Terima kasih juga kepada pihak Yayasan Wilayah Persekutuan kerana sudi bekerjasama,” ujar Haji Zaharuddin.  

 

Beliau seterusnya berharap kerjasama amal-strategik ini akan menghasilkan impak positif dan manfaat kepada kumpulan sasaran dalam pembangunan pendidikan, khususnya pelajar-pelajar yang kurang kemampuan dari segi kewangan, untuk mendapatkan makanan berkhasiat sewaktu belajar.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                            

Hj Zaharuddin Alias (dua dari kiri) menyerahkan cek sumbangan berjumlah RM20,000 kepada Haji Abdul Rahman Siraj (lima dari kanan).

=========================================================================

Turut hadir Pengurus Jabatan Kewangan Sosial, Bank Muamalat, YBrs Encik Mohd Azim Mohd Saufi; Pengurus Besar Jabatan Kewangan Kumpulan YWP, YBrs Encik M Faslee Meon; Pengurus Kanan, YBrs Puan Norazlina Abd Rashid; Ketua Pegawai Undang-undang, YBrs Tuan Hj Mohd Fadzil Abd Hamid; dan Timbalan Pengurus Besar, Jabatan Pembangunan Komuniti, Komunikasi Strategik & IT Kumpulan YWP, YBhg Datin Dr Ida Harlina Ikhwan Nasir.

 

Kedua pihak berharap bantuan yang disalurkan oleh Bank Muamalat-YWP ini akan menjadi contoh, dan semoga bantuan yang diberikan mampu mengurangkan bebanan penerimanya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                        

Dari kiri; Hj Mohd Fadzil Abd Hamid, Datin Dr Ida Harlina Ikhwan Nasir, M Faslee Meon, dan Norazlina Abd Rashid.

=========================================================================

Sehubungan itu juga, YWP mengalu-alukan sumbangan daripada individu atau syarikat korporat agar dapat bersama-sama menoktahkan kemiskinan bandar, dan meningkatkan taraf hidup warga WP.

 

Justeru, sumbangan orang ramai dialu-alukan ke Tabung Kebajikan & Pelajaran YWP di CIMB Bank, menerusi nombor akaun 8001103675, atas nama YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN, serta catatkan kod ‘SUMBANGAN TABUNG YWP.

 

-         RAJA YUSOFF ARIFFIN

 









Sunday, 12 May 2024


Koir KUSKOP mendendangkan lagu sambil bergaya dengan Baju Batik Korporat KUSKOP yang baru dilancarkan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

DATUK EWON HARAP KUSKOP TERUS GEMILANG

 

MENTERI Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick merakamkan penghargaan atas komitmen semua yang terlibat dalam merealisasikan majlis perhimpunan KUSKOP bersama-sama warga KUSKOP, dan agensi di Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 9 Mei lalu.

 

“Sambutan Hari Raya di KUSKOP amat meriah dengan amalan kunjung mengunjung antara warganya, dan agensi di rumah terbuka anjuran agensi-agensinya. Majlis rumah terbuka seperti ini dapat mengeratkan ukhuwah, dan menguatkan semangat kerja berpasukan antara warga KUSKOP dengan agensi,” ujar Datuk Ewon.

 

Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat itu juga bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445 Hijrah.

 

Turut hadir Timbalan Menteri KUSKOP, YB Dato’ Ramanan Ramakrishnan; Ketua Setiausaha (KSU) KUSKOP, YBhg Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad; Timbalan KSU (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, YBhg Datuk Haji Zamri Salleh; Timbalan KSU (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, YBrs Puan Noor Afifah Abdul Razak; SU Bahagian Kementerian dan Ketua-Ketua Agensi Negeri, warga KUSKOP serta Agensi.

 

Walaupun majlis tersebut diadakan pada hari terakhir Syawal, tetapi Ewon berasa belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga KUSKOP, dan agensi yang merayakannya.

 

“Saya berharap ukhuwah dan keakraban antara warga KUSKOP dan agensi akan diteruskan, dan dapat diterjemahkan kepada semangat kerja berpasukan yang utuh dalam pelaksanaan program-program Kementerian,” ujarnya sambil merakamkan terima kasih kepada Bank Rakyat atas kesudian menyediakan lokasi untuk majlis berkenaan.

 

Masa, tambah Ewon, memang begitu cepat berlalu, dan kita sekarang berada di pertengahan suku kedua 2024. Sehubungan itu, beliau yakin KUSKOP sedang bergerak di landasan yang betul ke arah mencapai KPI yang telah ditetapkan dalam Perancangan Strategik Kementerian Tahun 2024, sejajar dengan visi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).

 

Sejak beberapa bulan lalu, katanya lagi, KUSKOP telah menganjurkan dan menyertai pelbagai program MADANI seperti Karnival Usahawan dan Jualan Mega MADANI (KUJMM) KUSKOP 2024 pada 23-25 Februari 2024 di Simpang Empat, Perlis; Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) pada 30 Mac 2024 di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor, dan Program MADANI Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang  pada 3 hingga 5 Mei 2024.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick menyampaikan ucapan beliau.

=========================================================================

“Semua program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat. Selain mendapat maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian, para pengunjung juga dapat membeli barangan keperluan asas dengan harga yang berpatutan, yang sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kenaikan kos sara hidup mereka,” ujar Ewon.

 

Untuk rekod, Karnival Usahawan dan Jualan Mega MADANI di Perlis mencatatkan jualan sebanyak RM272,213.86, dan 12,332 pengunjung. Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan di Sungai Buloh pula mencatatkan jualan RM435,480.00 dengan 3,629 pengunjung. Sementara  Program MADANI Rakyat di Pulau Pinang merakamkan jualan RM307,995.20, dan mencatatkan 289,228 pengunjung.

 

“Sebagai perkongsian, baru-baru ini saya telah menyertai SME Future Day 2024 anjuran German Association for Small and Medium-Sized Business (BVMW) di Berlin, dan mengiringi YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja beliau ke Berlin dan Hamburg di Jerman, pada 10 hingga 15 Mac lalu,” jelas beliau.

 

Semasa berada di sana, tambah Ewon, beliau bersama-sama delegasi negara yang mengiringi Datuk Seri Anwar telah menyertai mesyuarat-mesyuarat dengan pemain industri di Jerman seperti Siemens Energy, Infeneon Technologies, Airbus Group dan Nexperia.

 

“Antara hasil yang diperoleh dalam sesi bersama-sama pemain industri tersebut adalah potensi pelaburan, dan kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pemindahan teknologi, serta peluang untuk PKS Malaysia turut terlibat dalam rantaian bekalan global mereka yang luas, dan berpengaruh,” ujar Ewon, yang pada 28 hingga 30 April lalu, mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pasifik ke-11.


Dalam persidangan tersebut, beliau telah menyampaikan Kenyataan Menteri dalam Sesi 3 di bawah tema ‘Adapting to Changing Environment and Building Resiliency’.

 

“Antara lain, saya menyentuh soal landskap dan pencapaian gerakan koperasi negara yang telah menjangkau usia melebihi 100 tahun, serta dasar semasa seperti Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM2030) yang memetakan hala tuju gerakan koperasi negara dengan sasaran perolehan RM60 bilion pada 2025, dan RM73 bilion pada 2030,” tambah beliau.

 

Kata Ewon lagi, beliau turut menyentuh berkenaan hala tuju KUSKOP dalam memperkasakan perniagaan berasaskan teknologi menerusi pelancaran Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKOP) 2030, serta menekankan kepentingan perubahan perniagaan daripada kaedah konvensional kepada adaptasi teknologi, dan digitalisasi dalam penawaran produk dan perkhidmatan, terutama sekali rentetan dari pandemik COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia, selain berkongsi kejayaan dan pencapaian gerakan koperasi Malaysia pada peringkat nasional, dan persada antarabangsa.

 

Malaysia juga telah terlibat di dalam Deklarasi Bersama gerakan koperasi negara-negara Asia Pasifik semasa sesi penutup, yang antaranya menekankan peranan koperasi dalam menggalakkan pembangunan inklusif bagi memastikan keperluan kumpulan terpinggir, wanita, belia, dan komuniti orang asli terjaga, berdasarkan pada inisiatif yang digariskan dalam agenda United Nation Sustainable Development Goals (SDGs).

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ewon turut mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga KUSKOP dan agensi. Tema Hari Pekerja 2024, ‘Pekerja Kesuma Bangsa’, kata beliau adalah seiring dengan inisiatif Kerajaan melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama, di samping berkompetensi untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu yang merupakan faktor yang akan menentukan daya saing, dan kemakmuran masa depan negara.

 

“Dalam konteks KUSKOP, seluruh warga KUSKOP dan agensi adalah penyumbang kepada terlaksananya semua dasar dan perancangan Kementerian ke arah mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif, bagi menyokong pembangunan sosioekonomi negara yang inklusif, seimbang dan mampan,” tegas Ewon.

 

Pada 6 Mei lalu, KUSKOP telah membentangkan kertas Pemerkasaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Cadangan yang dikemukakan melibatkan intervensi-intervensi bagi meningkatkan skala dan daya saing PKS.

 

“Dalam hal ini, Perdana Menteri telah menzahirkan peri pentingnya kerjasama, serta sinergi dalam kalangan Kementerian dan Agensi bagi mengelakkan pertindihan pelaksanaan, dan memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada usahawan dan PKS adalah menyeluruh serta saling melengkapi,” jelas beliau.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Zamani dari Slam, mendendangkan empat lagu popular kumpulannya itu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Justeru, Ewon menyeru kepada semua warga KUSKOP dan Agensi untuk memperkukuh semangat kerjasama dan kerja berpasukan, serta tidak work in silo dalam melaksana, serta menyampaikan perkhidmatan agar tiada kumpulan usahawan dan koperasi yang tercicir daripada menerima bantuan yang diperlukan.

 

Mengakhiri ucapan beliau, Ewon merakamkan jutaan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga KUSKOP dan agensi kerana telah bekerja bersama-sama dengannya sejak menjadi Menteri KUSKOP. Banyak yang telah kita capai bersama, katanya, dan berharap kita akan terus bekerja bersama-sama demi menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan unggul.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


                                            Sebahagian daripada tetamu yang turut hadir.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Majlis yang diadakan ini turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Zamani Slam dan Blank Gamma. Zamani mendendangkan Kembali TerjalinMentari Muncul Lagi, dan Gerimis Mengundang, sambil bermesra dengan hadirin.

 

Blank pula memukau hadirin dengan lagu-lagu Kembang TerhalangBahang Asmara, dan Still Loving You.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Antara juadah yang dihidangkan untuk para tetamu.



-         RAJA YUSOFF ARIFFIN

 


Friday, 10 May 2024

                                                                               

==================================================================================================================================================

Filem Oppa Membela Mangsa Penipuan Cinta

KITA LAWAN SCAMMER!  

 

AKTOR Korea, Theo Jang memberitahu beliau menerima tawaran membintangi filem Oppa kerana mahu mencuba watak yang berbeza dengan yang pernah dilakonkannya dalam filem, dan drama televisyen sebelum ini.

 

Saya gembira membintangi filem pertama lakonan saya yang diterbitkan di Malaysia ini, dan berharap ia mendapat sambutan hangat,” katanya yang gemar makan nasi lemak di sepanjang kira-kira 30 hari menjalani penggambaran.

 

Theo yang setakat ini telah membintangi tujuh filem di Korea sejak 2016, berkata sedemikian semasa menghadiri majlis Malam Gala Oppa di Dadi Cinema Pavilion KL, Kuala Lumpur pada 9 Mei lalu.

 

Dalam filem arahan Captain Denil yang diterbitkan oleh Dream Film Sdn Bhd itu, beliau memegang watak Oppa, seorang penipu cinta atas talian dari Korea.

                                                    

                   Theo Jang gembira membintangi filem pertamanya di Malaysia, Oppa.

==================================================================================================================================================

Mangsa Oppa, iaitu seorang guru sekolah rendah, Cikgu Tien, dilakonkan oleh Jacqueline Goh Wan Yi. Tien ada seorang rakan karib, Amanda (Amanda Tan Pei Fern).

 

Menurut Jacqueline, beliau suka memegang watak Tien kerana ada pengalaman sendiri walaupun tidak setenat (‘gila bayang’) yang dihadapi watak cikgu tersebut. Katanya, beberapa rakan yang menjadi mangsa penipuan cinta turut menarik minatnya untuk membintangi Oppa.

 

“Jadi, saya ada bahan rujukan, iaitu bertanya kepada mereka untuk membawakan watak mangsa tersebut dengan mendalam, dan berkesan,” katanya yang bersetuju apabila dikatakan beliau mampu berlakon dengan lebih baik.

    

Jacqueline Goh Wan Yi (kiri) bersama-sama Theo Jang dari Korea, pelakon utama Oppa.

==================================================================================================================================================

Selain Theo, Jacqueline, Amanda, dan Denil, turut hadir Sri Ganesh Shanmuganathan (Ganesh), Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, ASP Rahmat Fitri Abdullah selaku penasihat produksi/pelakon tambahan, Supt Mohd Faizal Zainal, ACP Lee Ching, dan penyanyi lagu tema Oppa, Cloe Eu Sze Chuen.

 

Turut membintangi Oppa termasuklah Lee Zi Qi (Lee Qi), Sadiq M Jamil (Sadiq/ketua sindiket scammer), Chen Kuoyang (Boss), Jack Wong Soon Kiat (Jack), Laviniya Naidu Surianarayanan (Cikgu Lavi), Maria Francisca Martinus (Cikgu Maria), Low Chia Sing (Encik Chow), Yee Lik Chin (Orange), dan ASP Mohd Yusri Abdullah (diri mereka sendiri).

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf turut muncul dalam adegan awal Oppa.

 

Kes membabitkan jenayah scam memang cukup serius sehingga mangsa ditipu, dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit yang bukan sedikit.

 

Sehubungan itu, ia mencetuskan idea kepada Dream Film Sdn Bhd untuk menghasilkan Oppa. Menurut Denil, Oppa merupakan filem mengenai jenayah penipuan cinta (love scam) yang sering berlaku dalam segelintir masyarakat sekarang.

 

Beliau mengakui kadang-kadang hairan kerana ada mangsa jenayah ini daripada golongan terpelajar.

 

“Barangkali kerana kurang kesedaran. Jadi, ia memberikan idea kepada saya untuk menghasilkan Oppa. Setidak-tidaknya saya boleh menyampaikan pesanan kepada masyarakat,” tambah Denil.

                                          

Pengarah Captain Denil (belakang lapan dari kanan) bersaama-sama Theo Jang dan Jacqueline Goh Wan Yi, serta beberapa pelakon lain, dan tenaga penting filem Oppa pada Malam Gala Oppa pada 9 Mei lalu.

==================================================================================================================================================

Oppa membawa kisah Cikgu Tien yang bercinta dengan seorang jejaka Korea yang dipanggil Oppa, tetapi mengalami kerugian ratusan ribu ringgit apabila kekasihnya (yang sebenarnya tidak wujud) itu tiba-tiba menghilangkan diri.

 

Pada satu malam, Tien terdengar perbualan Oppa menerusi telefon, dan dimaklumkan bahawa ibu kekasihnya itu sakit tenat, dan dia perlu pulang menziarah dengan segera.

 

Tien memberikan Oppa sejumlah wang yang banyak untuk memudahkan kekasihnya itu pulang mengurus ibu. Oppa pula berjanji akan mengahwini Tien sebaik sahaja ibunya sembuh.

 

Walau bagaimanapun, Tien langsung tidak menerima sebarang perkhabaran daripada Oppa sehingga menimbulkan kerisauan, dan tumpuan untuk mengajar hilang.

 

Kemudian, pengawal keselamatan (Jack Ling Sing Kong) di sekolah Tien terjumpa banyak poster di kawasan kaki lima sekolah memaparkan nama, dan wajah Tien yang mendakwa dirinya penipu besar, kerana enggan membayar hutang ah long.

 

Tien pula semakin berada dalam tekanan apabila Oppa menghilangkan diri. Lebih malang, guru tersebut turut menjadi buruan sindiket ah long apabila dia meminjam wang daripada mereka, semata-mata untuk diberikan kepada kekasihnya itu, Oppa.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                                                                                 

                        Penyanyi lagu tema filem Oppa, Cloe Eu Sze Chuen.

==================================================================================================================================================

Jelas Denil, judul Oppa dipilih bukan semata-mata kerana populariti artis K-Pop di negara ini, tetapi pernah berlaku kejadian individu menggunakan gambar artis kacak Korea untuk mempedayakan mangsa menerusi dating apps di media sosial.

 

Jalan cerita yang dipaparkan adalah adaptasi kisah sebenar yang pernah berlaku, berdasarkan laporan kepada pihak polis,” tambah beliau.

 

Kata Denil lagi, pihaknya mendapat kerjasama PDRM untuk menghasilkan Oppa, dan yang menariknya terdapat kira-kira 80 anggota polis sebenar turut terlibat menjadi pelakon.

 

ACP Lee Ching yang juga penolong ketua pengarah bertindak sebagai pengarah projek yang banyak membantu produksi dari segi penyelarasan jadual anggota polis, agar kerja-kerja penggambaran berjalan lancar,” tambah beliau.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                 

                        Filem jenayah penipuan cinta yang pertama di Malaysia.

==================================================================================================================================================

Denil turut mengakui kesukaran mencari penaja dan pelabur untuk menerbitkan Oppa ternyata memberikan cabaran tersendiri untuk dirinya. Pada peringkat awal pembikinan, tidak ramai yang berminat untuk melabur kerana Oppa bukanlah filem komersial, tetapi lebih kepada memberikan kesedaran, dan berbeza dengan filem komersial.

 

Tapi, masalah ini langsung tidak melemahkan semangat,” jelas beliau yang lega dan berterima kasih kepada yang sudi melabur.

 

Justeru mengangkat isu yang penting untuk manfaat semua, Denil memang mengharapkan Oppa dapat memberikan kesan kepada kesan baik kepada para penonton.

 

“Paling penting, mereka yang menonton Oppa akan sedar tentang kebahayaan jenayah love scam yang semakin kerap berlaku. Sekurang-kurangnya, cerita yang dipaparkan boleh menjadi pengajaran agar tidak terperangkap dengan kes jenayah sebegini,” tambah beliau.

 

Denil yang nama penuhnya, Denil Choon Lin Loong memberitahu, skrip Oppa telah diolah beberapa kali agar tidak berbentuk dokumentari sebaliknya menjadi satu filem yang menarik.

 

Menurutnya, pelakon dalam kalangan pegawai polis turut memberikan kerjasama sangat baik. Cuma, pihaknya perlu memberi penerangan lebih kerana mereka tidak biasa dengan dunia lakonan.

 

“Saya juga dapat belajar bagaimana cara polis membuat tangkapan yang sebenarnya, dan kita berbincang bersama-sana untuk mengetahui modus operandi, sertam aklumat sebenar,” tambah Denil, sambil memberitahu Oppa sepatutnya ditayangkan pada Ogos atau September 2023, tetapi jadual tayangan di pawagam penuh kerana banyak filem menunggu untuk ditayangkan selepas pandemik COVID-19.

 

ASP Rahmat pula menjelaskan bahawa Oppa tidak akan/bertujuan mengajar para scammer beroperasi, dan maklumat mengenai gerakan pihak berkuasa, sebagai menjawab mengapa filem ini tidak terlalu menekankan siasasat pihak polis.

 

Oppa juga unik kerana menghimpunkan pelakon dari pelbagai kaum, dan menggunakan beberapa bahasa, iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Cina, India, Korea dan dialek.

 

Ditekankan sebagai filem jenayah love scam pertama di Malaysia, Oppa yang berdurasi 90 minit dan menelan kos RM1 juta ini memulakan tayangan di 60 pawagam pada 9 Mei lalu.

 

Tema atau isu yang dibawakan oleh Oppa amat bermanfaat kepada masyarakat. Justeru, ia wajar mendapat sambutan hangat hingga mampu bertahan lama di pawagam.

 

Filem yang menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang ini menjanjikan elemen kejutan, selain memberi kesedaran kepada penonton mengenai sindiket penipuan love scam.


- RAJA YUSOFF ARIFFIN