==================================================================================================================================================
Filem Oppa Membela Mangsa Penipuan Cinta
KITA LAWAN SCAMMER!
AKTOR Korea, Theo Jang memberitahu beliau menerima
tawaran membintangi filem Oppa kerana
mahu mencuba watak yang berbeza dengan yang pernah dilakonkannya dalam filem,
dan drama televisyen sebelum ini.
“Saya gembira membintangi filem pertama
lakonan saya yang diterbitkan di Malaysia ini, dan berharap ia mendapat
sambutan hangat,” katanya yang gemar makan nasi lemak di sepanjang
kira-kira 30 hari menjalani penggambaran.
Theo yang setakat
ini telah membintangi tujuh filem di
Korea sejak 2016, berkata sedemikian semasa menghadiri majlis Malam Gala Oppa di Dadi Cinema Pavilion KL, Kuala
Lumpur pada 9 Mei lalu.
Dalam filem
arahan Captain Denil
yang diterbitkan oleh Dream Film Sdn Bhd itu, beliau memegang watak Oppa, seorang penipu cinta atas talian dari Korea.
Theo Jang gembira membintangi filem pertamanya di Malaysia, Oppa.
==================================================================================================================================================
Mangsa Oppa,
iaitu seorang guru sekolah rendah, Cikgu Tien, dilakonkan oleh Jacqueline Goh
Wan Yi.
Tien ada seorang rakan karib, Amanda
(Amanda Tan Pei Fern).
Menurut
Jacqueline, beliau suka memegang watak Tien kerana ada
pengalaman sendiri walaupun tidak setenat (‘gila bayang’) yang dihadapi watak
cikgu tersebut. Katanya, beberapa
rakan yang menjadi mangsa penipuan cinta turut menarik minatnya untuk
membintangi Oppa.
“Jadi,
saya ada bahan rujukan, iaitu bertanya
kepada mereka untuk membawakan watak mangsa tersebut dengan mendalam, dan
berkesan,” katanya yang bersetuju apabila
dikatakan beliau mampu berlakon dengan lebih baik.
Jacqueline Goh Wan Yi (kiri) bersama-sama Theo Jang dari Korea, pelakon utama Oppa.
==================================================================================================================================================
Selain
Theo, Jacqueline, Amanda, dan Denil, turut hadir Sri Ganesh Shanmuganathan
(Ganesh), Ketua Bahagian Siasatan
Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, ASP Rahmat Fitri Abdullah
selaku penasihat produksi/pelakon tambahan, Supt Mohd Faizal Zainal, ACP
Lee Ching, dan penyanyi lagu tema Oppa, Cloe Eu Sze Chuen.
Turut
membintangi Oppa termasuklah Lee Zi
Qi (Lee Qi), Sadiq M Jamil (Sadiq/ketua sindiket scammer), Chen Kuoyang (Boss), Jack Wong Soon Kiat (Jack), Laviniya
Naidu Surianarayanan (Cikgu Lavi), Maria Francisca Martinus (Cikgu Maria), Low
Chia Sing (Encik Chow), Yee Lik Chin (Orange), dan ASP Mohd Yusri Abdullah
(diri mereka sendiri).
Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf turut muncul dalam adegan
awal Oppa.
Kes membabitkan
jenayah scam memang cukup serius
sehingga mangsa ditipu, dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit yang
bukan sedikit.
Sehubungan
itu, ia mencetuskan idea kepada Dream Film Sdn Bhd untuk menghasilkan Oppa. Menurut Denil, Oppa merupakan filem mengenai jenayah penipuan cinta (love scam) yang sering berlaku dalam
segelintir masyarakat sekarang.
Beliau
mengakui kadang-kadang hairan kerana ada
mangsa jenayah ini daripada golongan terpelajar.
“Barangkali
kerana kurang kesedaran. Jadi, ia memberikan idea kepada saya untuk menghasilkan Oppa.
Setidak-tidaknya saya boleh menyampaikan pesanan kepada masyarakat,” tambah
Denil.
Pengarah Captain Denil (belakang lapan dari kanan) bersaama-sama Theo Jang dan Jacqueline Goh Wan Yi, serta beberapa pelakon lain, dan tenaga penting filem Oppa pada Malam Gala Oppa pada 9 Mei lalu.
==================================================================================================================================================
Oppa
membawa kisah Cikgu Tien yang bercinta dengan seorang jejaka Korea yang
dipanggil Oppa, tetapi mengalami kerugian ratusan ribu ringgit apabila
kekasihnya (yang sebenarnya tidak wujud) itu tiba-tiba menghilangkan diri.
Pada
satu malam, Tien terdengar perbualan Oppa menerusi telefon, dan dimaklumkan
bahawa ibu kekasihnya itu sakit tenat, dan dia perlu pulang menziarah dengan
segera.
Tien memberikan
Oppa sejumlah wang yang banyak untuk memudahkan kekasihnya itu pulang
mengurus ibu. Oppa pula berjanji akan mengahwini Tien sebaik sahaja ibunya
sembuh.
Walau
bagaimanapun, Tien langsung tidak menerima
sebarang perkhabaran daripada Oppa sehingga menimbulkan kerisauan, dan tumpuan
untuk mengajar hilang.
Kemudian,
pengawal keselamatan (Jack Ling Sing
Kong) di sekolah Tien terjumpa banyak
poster di kawasan kaki lima sekolah memaparkan nama, dan wajah Tien yang
mendakwa dirinya penipu besar, kerana enggan membayar hutang ah long.
Tien pula semakin berada dalam tekanan apabila Oppa menghilangkan diri. Lebih malang, guru tersebut turut menjadi buruan sindiket ah long apabila dia meminjam wang daripada mereka, semata-mata untuk diberikan kepada kekasihnya itu, Oppa.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penyanyi lagu tema filem Oppa, Cloe Eu Sze Chuen.
Jelas
Denil, judul Oppa dipilih bukan
semata-mata kerana populariti artis K-Pop di negara ini, tetapi pernah
berlaku kejadian individu menggunakan gambar artis kacak Korea untuk mempedayakan
mangsa menerusi dating apps di media
sosial.
“Jalan cerita yang dipaparkan adalah
adaptasi kisah sebenar yang pernah berlaku, berdasarkan laporan kepada pihak
polis,” tambah beliau.
Kata
Denil lagi, pihaknya mendapat kerjasama
PDRM untuk menghasilkan Oppa, dan
yang menariknya terdapat kira-kira 80 anggota polis sebenar turut terlibat
menjadi pelakon.
“ACP Lee Ching yang juga penolong ketua
pengarah bertindak sebagai pengarah projek yang banyak membantu produksi
dari segi penyelarasan jadual anggota polis, agar kerja-kerja penggambaran
berjalan lancar,” tambah beliau.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Filem jenayah penipuan cinta yang pertama di Malaysia.
==================================================================================================================================================
Denil turut
mengakui kesukaran mencari penaja dan pelabur untuk menerbitkan Oppa ternyata memberikan cabaran
tersendiri untuk dirinya. Pada peringkat awal pembikinan, tidak ramai yang
berminat untuk melabur kerana Oppa
bukanlah filem komersial, tetapi lebih kepada memberikan kesedaran, dan berbeza
dengan filem komersial.
“Tapi, masalah ini langsung tidak melemahkan
semangat,” jelas beliau yang lega dan berterima kasih kepada yang sudi
melabur.
Justeru
mengangkat isu yang penting untuk
manfaat semua, Denil memang
mengharapkan Oppa dapat memberikan
kesan kepada kesan baik kepada para penonton.
“Paling
penting, mereka yang menonton Oppa akan sedar tentang kebahayaan
jenayah love scam yang semakin
kerap berlaku. Sekurang-kurangnya, cerita yang dipaparkan boleh menjadi
pengajaran agar tidak terperangkap dengan kes jenayah sebegini,” tambah beliau.
Denil
yang nama penuhnya, Denil Choon Lin Loong memberitahu, skrip Oppa telah diolah
beberapa kali agar tidak berbentuk dokumentari sebaliknya menjadi satu filem
yang menarik.
Menurutnya,
pelakon dalam kalangan pegawai polis
turut memberikan kerjasama sangat baik. Cuma, pihaknya perlu memberi penerangan
lebih kerana mereka tidak biasa dengan dunia lakonan.
“Saya
juga dapat belajar bagaimana cara polis membuat tangkapan yang sebenarnya, dan
kita berbincang bersama-sana untuk mengetahui modus operandi, sertam aklumat
sebenar,” tambah Denil, sambil memberitahu Oppa sepatutnya ditayangkan pada Ogos
atau September 2023, tetapi jadual tayangan di pawagam penuh kerana banyak
filem menunggu untuk ditayangkan selepas pandemik COVID-19.
ASP Rahmat pula menjelaskan
bahawa Oppa tidak akan/bertujuan
mengajar para scammer beroperasi, dan maklumat
mengenai gerakan pihak berkuasa, sebagai menjawab mengapa filem ini tidak
terlalu menekankan siasasat pihak polis.
Oppa
juga unik kerana menghimpunkan pelakon dari pelbagai kaum, dan menggunakan
beberapa bahasa,
iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Cina, India, Korea dan dialek.
Ditekankan
sebagai filem jenayah love scam pertama di Malaysia, Oppa yang berdurasi 90 minit dan menelan
kos RM1 juta ini memulakan tayangan di 60 pawagam pada 9 Mei lalu.
Tema atau isu
yang dibawakan oleh Oppa amat
bermanfaat kepada masyarakat. Justeru, ia wajar mendapat sambutan hangat hingga mampu bertahan lama di pawagam.
Filem
yang menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang ini menjanjikan elemen
kejutan, selain memberi kesedaran kepada penonton mengenai sindiket penipuan love scam.
- RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments:
Post a Comment