EKONOMI
Lebih 1,000 Syarikat Bakal Sertai ALLPack Indonesia 2024
PERKEMBANGAN pesat industri makanan dan minuman (F&B) di Indonesia turut menggalakkan inovasi dalam percetakan, dan pembungkusan di negara tersebut. Justeru, penganjur pameran berskala antarabangsa, Krista Exhibitions (Krista) terdorong untuk kembali mengadakan acara yang berkaitan.
Buktinya, Krista bakal menganjurkan ALLPack Indonesia 2024 (API2024) bersempena dengan AllPrint Indonesia Expo 2024 (APIE2024) di Ekspo Antarabangsa Jakarta (JIExpo), di Kemayoran, Jakarta pada 9 hingga 12 Oktober depan.
API2024 akan mempamerkan teknologi pemprosesan dan pembungkusan makanan, pelbagai minuman, biskut, kuih-muih, produk/ubat-ubatan farmasiutikal, minuman herba tradisional, kosmetik, penjagaan diri, kecantikan, pertanian, elektronik, alat penyejuk, dan industri-industri lain yang berkaitan.
Selain Indonesia selaku tuan rumah, API2024 turut disertai Vietnam, Thailand, Singapura, China, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, India, United Kingdom, Jerman, Perancis, Itali, Austria, Kanada, Amerika Syarikat, dan Malaysia.
Dalam ucapan alu-aluan beliau, Ketua Pegawai Eksekutif Krista, Encik Daud D Salim memberitahu, API2024 dan APIE2024 menjangkakan penambahan sebanyak 30 peratus dalam jumlah penyertaan, berbanding API/APIE 2023.
“Lebih 1,000 syarikat dengan 200 daripadanya merupakan industri kecil dan sederhana atau MSMEs dijangka mengambil bahagian. API pernah menarik lebih 70,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa, dan kami menjangkakan akan lebih ramai lagi pada tahun ini,” ujar Encik Daud dalam program yang berlangsung di Blackbixon CafĂ© & Restaurant, Jalan Inai itu.
Menerusi API/APIE2024, tambah beliau, Krista akan menghimpunkan ratusan ahli profesional dalam pemprosesan, pembungkusan, percetakan, automasi, serta sektor F&B, farmasi, dan kosmetik.
“Pihak Krista akan menyediakan bilik hotel untuk penginapan selama dua malam untuk para pembeli terpilih bagi F&B, farmasi, kosmetik dan pengilangan,” kata Daud lagi.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Industri Makanan dan Minuman Indonesia (GAPMMI), Encik Adhi Lukman menegaskan, ekoran permintaan bagi pemprosesan makanan meningkat dalam kalangan masyarakat, sektor F&B turut berkembang positif, dan dengan sendirinya pelaburan juga bertambah.
“Justeru, teknologi dan inovasi dalam sektor makanan memang memerlukan sokongan. Sehubungan itu, acara seperti API2024 memang penting bagi industri makanan melihat bagaimana teknologi dapat mengembangkan, dan bekerjasama dengan pakar-pakar demi kemajuan industri,” tambah Encik Adhi.
Memanglah usaha gigih pihak penganjur amat penting dalam penganjuran API dan APIE. Walau bagaimanapun, dokongan pihak yang berkemampuan tinggi turut diperlukan.
=========================================================================
Dalam memastikan kejayaan API2024, Krista beruntung kerana mendapat kerjasama dan sokongan kuat beberapa menteri Kerajaan Indonesia, serta persatuan, dan agensi dalam industri yang berkaitan.
Dari pihak kerajaan adalah Kementerian Industri Indonesia, Kementerian Perdagangan Indonesia, Menteri Penyelarasan Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, serta Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Persekutuan Pembungkusan Indonesia (IPF), Persatuan Syarikat Grafik Indonesia (PPGI), Persatuan Kadbod Beralun Indonesia (AKKGI), Persatuan Kepelbagaian Pembuatan Plastik Indonesia (GIATPI), Persatuan Logistik Indonesia (ALI), Persatuan Rantaian Alat Penyejuk Indonesia (ARPI), Persatuan Farmasi Indonesia (GP Pharmacy), Persatuan Syarikat Pemprosesan dan Pemasaran Produk Perikanan Indonesia (AP5I), Persatuan Kitar Semula Plastik Indonesia (ADUPI), Persatuan Pengeluar Kosmetik Indonesia (PPAK), Persatuan Syarikat Pameran Indonesia (ASPERAPI), dan GAPMMI pula adalah antara persatuan yang memberikan sokongan padu.
Selain
itu, Kelab Pengurusan Material Farma (PMMC) turut memberikan kerjasama sebaik
mungkin.
Justeru,
Krista berharap API2024 dapat mencapai matlamat dengan pengumpulan para pemain
industri yang dialu-alukan dalam industri pembungkusan, dan percetakan.
Seumpama
‘kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan’, Krista turut mengalu-alukan jika persatuan
dan institusi di Malaysia dapat mengundang ahli masing-masing menyertai
API2024, sama ada sebagai pempamer mahupun pengunjung.
API2024
dan APIE2024 akan turut melancarkan Program Pemadanan Perniagaan. Sehubungan
itu, Krista mengalu-alukan pembeli/pengunjung berpotensi agar mengambil bahagian,
dan mengadakan pertemuan prasusun secara eksklusif dalam khidmat pemadanan
secara bersemuka.
Krista
turut menjelaskan bahawa kegiatan pemadanan perniagaannya dibentuk secara
spesifik untuk membantu pemain industri berhubung dengan syarikat yang betul
dan ternama, dalam industri pembungkusan dan percetakan, serta menggalakkan
hubungan bernilai, serta mampu melahirkan rakan perniagaan unggul.
Turut menghadiri program Krista Bertemu dengan Pihak Media itu adalah Pengerusi Persatuan Media Cetak Indonesia (PPGI), Encik Ahmad Mughira Nurhani. Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Krista, Puan Christina Sudjie bertindak sebagai pengendali program.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Para
pelawat pula dijemput mendaftar terus di lokasi pameran, atau secara atas
talian di pautan https://register.kristaonline.com/visitor/allpackindonesia, dan https://register.kristaonline.com/visitor/allprintindonesia.
Selain itu, www.kristamedia.com juga boleh dilawati untuk
maklumat lanjut.
Antara wakil media (berdiri belakang) bergambar kenang-kenangan dengan barisan pendokong ALLPack Indonesia 2024 pada 6 Ogos lalu.
-
Raja Yusoff Ariffin
No comments:
Post a Comment