Pages

Tuesday, 12 November 2024



Dari kiri; Encik Ariffin Marzuki, Encik Mohd Zain Mat Taha, dan Encik Syaffandi Sharom.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PELANCONGAN

 

Layari MYTV Mana-Mana Sambil BerETS Kelas Perniagaan

 

PADA 12 November lalu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bersama-sama MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV), dan syarikat Bubbles 02 menjalinkan kerjasama strategik dengan menawarkan pengalaman baharu dalam perkhidmatan tren elektrik (ETS) di koc Kelas Perniagaan.

 

Kerjasama strategik itu menampilkan Nilai Tambah Baharu di Koc Kelas Perniagaan Saluran TV, Radio, Hiburan Interaktif, dan Air Mineral Beroksigen Semula Jadi Bubbles 02.

 

Pelancaran kesemuanya telah disempurnakan oleh YBrs Encik Mohd Zain Mat Taha, Ketua Pegawai Operasi KTMB; YBrs Encik Mohamad Helmi Harith, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MYTV; dan YBrs Encik Ariffin Marzuki, Pengerusi Bubbles 02 Sdn Bhd, di KL Sentral pada tarikh yang sama.

 

Dengan kerjasama ini, MYTV, iaitu syarikat penyedia infrastruktur penyiaran TV digital percuma negara melalui aplikasi MYTV Mana-Mana, memperkenal saluran TV dan radio, serta hiburan interaktif dan eksklusif dalam sistem Visual On Demand (VOD), sementara Bubbles 02, merupakan syarikat tempatan yang semakin berkembang pada peringkat antarabangsa membekalkan air mineral beroksigen semula jadi.




Menurut Encik Mohd Zain, penumpang perkhidmatan tren ETS Kelas Perniagaan kini boleh melayari saluran TV, atau radio yang terdapat di rangkaian MYTV Mana-Mana secara percuma, sambil menikmati kesegaran air mineral beroksigen tinggi, bersama-sama sajian makanan di sepanjang tempoh kerjasama ini.

 

Pengguna ETS kos kelas perniagaan, jelas beliau, telah merekodkan sejumlah 625,113 penumpang sejak ia diperkenal pada Oktober 2019.

 

“Kerjasama strategik sebegini dapat memberi nilai tambah bagi meningkatkan keselesaan, dan kepuasan para penumpang, seterusnya memberikan pengalaman perjalanan yang lebih berkualiti,” tambah Mohd Zain.

 

Secara tidak langsung, kata beliau lagi dalam ucapannya, ia juga meningkatkan penjenamaan ETS untuk lebih dikenali di persada kebangsaan dan antarabangsa.



Encik Mohd Zain Mat Taha.

“Sejajar dengan hasrat Kerajaan menyediakan akses meluas kepada saluran TV digital tempatan, dan antarabangsa secara percuma, MYTV kini mengorak langkah dengan mengintegrasi perkhidmatan siaran aplikasi MTTV Mana-Mana dalam perkhidmatan KTMB,” ujar beliau.

 

Sejak dilancarkan pada Julai 2023, aplikasi MYTV Mana-Mana telah mencapai lebih 480,000 kali dimuat turun, dan ditonton oleh lebih 180,000 pengguna aktif sebulan.





 

Encik Mohd Zain Mat Taha (empat dari kanan) bersama-sama Encik Ariffin Marzuki, Encik Syaffandi Shahrom serta kakitangan KTMB, dan rakan kerjasama.  

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

“Antara ciri menarik aplikasi MYTV Mana-Mana adalah penonton dapat mengakses semula saluran TV, atau kandungan kegemaran mereka bagi tempoh sehingga seminggu yang lalu,” ujar Zain lagi.

 

Secara keseluruhan, dan kesimpulannya, KTMB yakin inisiatif ini akan mempertingkat keselesaan, serta nilai perkhidmatan kepada para penumpang, sekali gus mencerminkan komitmen KTMB dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat Malaysia.

 

Sementara itu, YBrs Cik Ain Azizah, Pengarah Urusan Bubbles 02 yang turut hadir menegaskan kerjasama dengan KTMB adalah peluang yang berharga untuk syarikatnya memperkenal Bubbles 02 kepada rakyat Malaysia.

 

“Untuk semua rakyat Malaysia, khususnya mereka yang menghargai kesegaran, dan manfaat kesihatan yang ditawarkan oleh air mineral beroksigen tinggi kami. Inisiatif ini selaras dengan komitmen kami untuk menyediakan produk berkualiti yang menyokong gaya hidup aktif, dan sihat,” tambah beliau.

         

 

-       - disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

 

 

 

No comments:

Post a Comment