Pages

Tuesday, 12 November 2024

POLITIK

 

Peningkatan Sokongan kepada PKR Diharap Berterusan

 

KENYATAAN YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia (PMX) bahawa beliau tidak membeza-bezakan kaum dalam perhatiannya sebagai ketua pemimpin negara ini, jelas memberikan kesan positif.

 

Satu daripadanya ialah peningkatan pesat kaum India sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak (BTR).

 

Hal tersebut dinyatakan oleh YBrs Encik V Jonathan, Ketua Biro Masyarakat India, merangkap Naib Ketua PKR Cabang BTR dalam Majlis Sambutan Deepavali Kondattam 2024, di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) pada 9 November lalu.


                                                                    

Encik V Jonathan, Ketua Biro Masyarakat India, merangkap Naib Ketua PKR Cabang BTR.

 =========================================================================

Perasmian program anjuran Pejabat Parlimen BTR itu disempurnakan oleh YBhg Datuk Azman Bidin, Setiausaha Politik PMX.

 

Hampir 2,000 tetamu hadir memeriahkan majlis tersebut yang turut dihadiri pemimpin masyarakat setempat, termasuk wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Ahli Dewan Negeri yang berhampiran, dan pegawai di Pejabat Perdana Menteri.

 

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen BTR walau bagaimanapun tidak dapat hadir kerana perlu mewakili PMX menyempurnakan sebuah program berskala besar di tempat lain.

 

“Bukan masyarakat India sahaja, tetapi penyertaan kaum lain juga meningkat dengan pesat,” tambah Jonathan yang berharap perkembangan tersebut berterusan dari tahun ke tahun.

 

Justeru, selain cabutan bertuah dan penyampaian cenderamata, majlis yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 2.00 petang itu turut membuka kaunter pendaftaran keahlian baharu PKR.

 

Menurut Jonathan lagi, bersempena dengan majlis tersebut, sumbangan Deepavali disampaikan kepada 550 penerima, iaitu 400 di BTR, dan selebihnya di Wilayah Persekutuan.

 

“Ia merupakan fasa terakhir pemberian selepas 1,000 penerima disempurnakan sebelum Deepavali pada 31 Oktober lalu,” tambah beliau. 

                                                       

Encik V Jonathan bersama-sama pegawai di Pejabat Perdana Menteri (kiri)  semasa Majlis Sambutan Deepavali Kondattam 2024, di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 9 November lalu. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum itu, dalam ucapannya, Datuk Azman merangkap Pengerusi Keadilan, Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan berkata, pihaknya akan sentiasa berusaha menyantuni segenap lapisan masyarakat menerusi penganjuran program berkenaan.

 

“Ia juga menunjukkan keprihatinan pemimpin, khususnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan sebagai Ahli Parlimen BTR Ismail yang sentiasa peka serta mengambil tahu rakyat di kawasan Parlimen ini,” katanya yang juga Ketua PKR Cabang BTR.

 

-        -  disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

 

 

1.      

2.        





No comments:

Post a Comment