POLITIK
Peningkatan
Sokongan kepada PKR Diharap Berterusan
KENYATAAN YAB Datuk
Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia (PMX) bahawa beliau tidak
membeza-bezakan kaum dalam perhatiannya sebagai ketua pemimpin negara ini,
jelas memberikan kesan positif.
Satu daripadanya ialah peningkatan pesat kaum India sebagai ahli Parti
Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak (BTR).
Hal tersebut dinyatakan oleh YBrs Encik V Jonathan, Ketua Biro Masyarakat
India, merangkap Naib Ketua PKR Cabang BTR dalam Majlis Sambutan Deepavali
Kondattam 2024, di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) pada 9
November lalu.
Encik V Jonathan, Ketua Biro Masyarakat India, merangkap Naib Ketua PKR Cabang BTR.
Perasmian program anjuran Pejabat Parlimen BTR itu disempurnakan oleh
YBhg Datuk Azman Bidin, Setiausaha Politik PMX.
Hampir 2,000 tetamu hadir memeriahkan majlis tersebut yang turut dihadiri
pemimpin masyarakat setempat, termasuk wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Ahli
Dewan Negeri yang berhampiran, dan pegawai di Pejabat Perdana Menteri.
YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen BTR walau
bagaimanapun tidak dapat hadir kerana perlu mewakili PMX menyempurnakan sebuah
program berskala besar di tempat lain.
“Bukan masyarakat India sahaja, tetapi penyertaan kaum lain juga
meningkat dengan pesat,” tambah Jonathan yang berharap perkembangan tersebut
berterusan dari tahun ke tahun.
Justeru, selain cabutan bertuah dan penyampaian cenderamata, majlis yang
berlangsung dari 8.30 pagi hingga 2.00 petang itu turut membuka kaunter
pendaftaran keahlian baharu PKR.
Menurut Jonathan lagi, bersempena dengan majlis tersebut, sumbangan Deepavali
disampaikan kepada 550 penerima, iaitu 400 di BTR, dan selebihnya di Wilayah
Persekutuan.
“Ia merupakan fasa terakhir pemberian selepas 1,000 penerima disempurnakan
sebelum Deepavali pada 31 Oktober lalu,” tambah beliau.
Encik V Jonathan bersama-sama pegawai di Pejabat Perdana Menteri (kiri) semasa Majlis Sambutan Deepavali Kondattam 2024, di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 9 November lalu.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum itu, dalam ucapannya, Datuk Azman merangkap Pengerusi Keadilan,
Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan berkata, pihaknya akan sentiasa
berusaha menyantuni segenap lapisan masyarakat menerusi penganjuran program
berkenaan.
“Ia juga menunjukkan keprihatinan pemimpin, khususnya Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan sebagai Ahli Parlimen BTR Ismail yang sentiasa peka serta mengambil
tahu rakyat di kawasan Parlimen ini,” katanya yang juga Ketua PKR Cabang BTR.
- - disesuaikan
untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
1.
2.
No comments: