PENDIDIKAN
Pelajar Pendidikan Keperluan Khas Taraana Turut Berbakat Seni
SEJAK 2011, Yayasan RYTHM (RYTHM) bersama-sama sekolahnya yang berdedikasi, Pendidikan Keperluan Khas Taraana (TSNE) mengadakan Hari Tahunan Taraana (HTT), yang menampilkan bakat nyanyian, tarian, dan pelbagai kemahiran para pelajar di pentas.
Pada tahun ini, sekali lagi RYTHM dengan penuh gembira menjemput kita semua untuk turut serta meraikan HTT yang diluarbiasakan oleh pelajar TSNE berbakat besar.
HTT, acara yang dinanti-nantikan, mempamerkan kebolehan individu pelajar TSNE yang sangat berkebolehan semasa menyanyi, menari, dan menunjukkan kemahiran unik.
Dengan meriah, ia dilangsungkan pada 9 November lalu di Dewan Kalamandapam , Lorong Scott, Brickfields, Jalan Scott, Kuala Lumpur.
Datin Sri Umayal, Pengerusi Yayasan RYTHM.
Acara tahunan untuk 2024 ini turut diserikan dengan kehadiran Datin Sri Umayal, Pengerusi RYTHM, dan Dato’ Sri Vijay Eswaran, Pengasas & Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat QI. Ia dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Cik Santhi Periasmy, Ketua RYTHM.
Kedua mereka menyampaikan ucapan yang secara kesimpulannya bangga, gembira dan bersyukur atas kejayaan TSNE selama ini. Mereka seterusnya berharap agar kejayaan lebih besar dapat dicapai, menjelang perhimpunan serupa pada 2025 nanti.
Salah seorang pelajar Pendidikan Keperluan Khas Taraana yang menerima hadiah penghargaan daripada Dato’ Sri Vijay Eswaran (dua dari kanan), dan tetamu khas.
Salah seorang pelajar Pendidikan Keperluan Khas Taraana yang paling mencuri perhatian pada Hari Tahunan Taraana 2024, 9 November lalu.
Salah seorang pelajar Pendidikan Keperluan Khas Taraana yang menerima hadiah penghargaan daripada tetamu khas.
Penganjuran HTT ternyata menyerlahkan komitmen RYTHM menyokong keperluan khas di Malaysia. Jelas ia selari dengan maksud RHYTHM, iaitu Bangunkan Diri Anda untuk Membantu Kemanusiaan.
No comments:
Post a Comment