**********************************************************************************
AMAL
Ruang Nikmati Ramadan
1446 di PJ oleh Rabbani & Rakan-rakan/Ruang Rama
PADA 12 Februari lalu, Ruang Rama PJ Space Event (Ruang Rama) di Wisma Daju 5, Petaling Jaya, berbesar hati mengumumkan kerjasamanya dengan Rabbani & Friends menganjurkan Bufet Ramadan 2025 (Buffet Ramadan/BR2025) yang istimewa.

Menurut penganjur BR2025, iaitu wakil dari Ruang Rama, kerjasama pihaknya dengan Rabbani & Friends bertujuan memberikan pengalaman Ramadan yang penuh bermakna kepada seluruh masyarakat.
“Kami ingin menyediakan suasana yang selesa dan penuh keceriaan bagi keluarga, dan sahabat handai untuk berbuka puasa bersama-sama, sambil menikmati aneka hidangan yang diilhamkan oleh budaya, dan tradisi tempatan,” tambahnya.
Rabbani yang tampil dengan lima ahli, turut mendendangkan lagu popular Intifada, dan lagu bersempena dengan Ramadan, Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
Sementara itu, Ustaz Azadan Rabbani selaku ketua kumpulan memberitahu kerjasama Rabbani dengan Ruang Rama bermula apabila pihaknya dipelawa oleh penganjur.
“Berdasarkan
pengalaman, Rabbani yang kini tampil bertujuh tiada masalah untuk bekerjasama
dengan mana-mana pihak yang wajar. Kami memang teruja untuk turut menyumbang
sesuatu di sepanjang Ramadan,” jelas beliau yang segera mengingatkan penulis
pada persembahan Rabbani untuk Ramadan di Hotel Singgahsana Petaling Jaya
beberapa tahun lalu.
Antara
lain, BR2025 menawarkan pelbagai pilihan juadah berbuka yang memaparkan
citarasa tempatan dan antarabangsa, termasuk hidangan utama, pencuci mulut,
serta minuman khas pada Ramadan yang menyegarkan.
!!################################################################################!!
Dengan
sentuhan unik Rabbani & Rakan-rakan (Rabbani & Friends), pengunjung dijanjikan pengalaman menjamu selera yang
lebih istimewa, dan berbeza daripada yang lain.
BR2025
akan diadakan di sepanjang Ramadan, bermula dari 4 Mac hingga 27 Mac 2025,
dengan pelbagai pilihan waktu untuk berbuka.
Tempat
duduk adalah terhad, dan para tetamu disarankan untuk membuat tempahan lebih
awal bagi memastikan tempat.
Jadi,
jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa di sepanjang Ramadan
bersama-sama orang tersayang. Sertailah Rabbani dan Ruang Rama merasai
kehangatan Ramadan yang penuh keberkatan!
Antara
rakan artis yang turut hadir termasuklah Dato’ Aishah, Ayu Damit, Datuk Amy
Search, Dato’ Ifa Raziah, Intan Najwa, Ashraf Khaled dan isteri Tya Ariffin,
Izarah Aishah dan suami, serta Azura Aziz dan suami.
Ustaz Azadan Rabbani.
###################################################################################
Rabbani
yang tampil dengan lima ahli, turut
mendendangkan lagu popular Intifada,
dan lagu bersempena dengan Ramadan, Ahlan
Wasahlan Ya Ramadhan.
Sementara
Aishah yang ditemani Ayu menyanyikan lagu malar segar Janji Manismu, dan menaikkan semangat berSyawal dengan Pulanglah.
Acara
kira-kira tiga jam tersebut dikendalikan oleh Hardy Abi sebagai pengacara. Turut
memeriahkan acara termasuklah Cabutan Bertuah.
-
disesuaikan untuk
siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
(kredit gambar Hanif Ariffin dan penulis)
No comments:
Post a Comment