**********************************************************************************

AMAL


Ruang Nikmati Ramadan 1446 di PJ oleh Rabbani & Rakan-rakan/Ruang Rama  

 

PADA 12 Februari lalu, Ruang Rama PJ Space Event (Ruang Rama) di Wisma Daju 5, Petaling Jaya, berbesar hati mengumumkan kerjasamanya dengan Rabbani & Friends menganjurkan Bufet Ramadan 2025 (Buffet Ramadan/BR2025) yang istimewa.



Persembahan artis undangan, Dato' Aishah yang ditemani Ayu Damit, dan seorang rakan turut menarik perhatian hadirin.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tujuan utama BR2025 adalah membawa kemeriahan bulan suci Ramadan kepada semua pengunjung sambil menikmati aneka hidangan lazat, dan penuh tradisi yang pastinya memikat selera.

 

Menurut penganjur BR2025, iaitu wakil dari Ruang Rama, kerjasama pihaknya dengan Rabbani & Friends bertujuan memberikan pengalaman Ramadan yang penuh bermakna kepada seluruh masyarakat.

 

“Kami ingin menyediakan suasana yang selesa dan penuh keceriaan bagi keluarga, dan sahabat handai untuk berbuka puasa bersama-sama, sambil menikmati aneka hidangan yang diilhamkan oleh budaya, dan tradisi tempatan,” tambahnya.



Rabbani yang tampil dengan lima ahli, turut mendendangkan lagu popular Intifada, dan lagu bersempena dengan Ramadan, Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.

###################################################################################

Sementara itu, Ustaz Azadan Rabbani selaku ketua kumpulan memberitahu kerjasama Rabbani dengan Ruang Rama bermula apabila pihaknya dipelawa oleh penganjur.

 

“Berdasarkan pengalaman, Rabbani yang kini tampil bertujuh tiada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang wajar. Kami memang teruja untuk turut menyumbang sesuatu di sepanjang Ramadan,” jelas beliau yang segera mengingatkan penulis pada persembahan Rabbani untuk Ramadan di Hotel Singgahsana Petaling Jaya beberapa tahun lalu.  

 

Antara lain, BR2025 menawarkan pelbagai pilihan juadah berbuka yang memaparkan citarasa tempatan dan antarabangsa, termasuk hidangan utama, pencuci mulut, serta minuman khas pada Ramadan yang menyegarkan.

                                                                              

!!################################################################################!!

Dengan sentuhan unik Rabbani & Rakan-rakan (Rabbani & Friends), pengunjung dijanjikan pengalaman menjamu selera yang lebih istimewa, dan berbeza daripada yang lain.

 

BR2025 akan diadakan di sepanjang Ramadan, bermula dari 4 Mac hingga 27 Mac 2025, dengan pelbagai pilihan waktu untuk berbuka.

 

Tempat duduk adalah terhad, dan para tetamu disarankan untuk membuat tempahan lebih awal bagi memastikan tempat.

 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa di sepanjang Ramadan bersama-sama orang tersayang. Sertailah Rabbani dan Ruang Rama merasai kehangatan Ramadan yang penuh keberkatan!

 

Antara rakan artis yang turut hadir termasuklah Dato’ Aishah, Ayu Damit, Datuk Amy Search, Dato’ Ifa Raziah, Intan Najwa, Ashraf Khaled dan isteri Tya Ariffin, Izarah Aishah dan suami, serta Azura Aziz dan suami.

                                             

                                                                Ustaz Azadan Rabbani.

###################################################################################

Rabbani yang tampil dengan lima ahli, turut mendendangkan lagu popular Intifada, dan lagu bersempena dengan Ramadan, Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.

 

Sementara Aishah yang ditemani Ayu menyanyikan lagu malar segar Janji Manismu, dan menaikkan semangat berSyawal dengan Pulanglah.

 

Acara kira-kira tiga jam tersebut dikendalikan oleh Hardy Abi sebagai pengacara. Turut memeriahkan acara termasuklah Cabutan Bertuah.

 

-          disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

(kredit gambar Hanif Ariffin dan penulis)

No comments:

Powered by Blogger.