Pages

Sunday, 25 May 2025



YBrs Tuan Haji Kamarudin Ahmad, YBhg Datuk Abu Bakar Isa Ramat, YBhg Dato’ Seri Rajan Navaratnam, dan YBrs Cik Wong Siew Mun bersama-sama beberapa peserta Sesi 5 Townhall Rakyat pada 24 Mei lalu.

                                                                            ======

UNDANG-UNDANG

 

Sesi 5 Townhall Rakyat ‘Panas’ dengan Isu Titah Adendum, 3R

 

AP Media Communications dan NMH Media Network menganjurkan Sesi 5 Townhall Rakyat: Mencari Kebenaran dengan isu ‘Perundangan dan Hak Asasi Manusia’, di Worq Space, Gateway Mall, KL Gateway Malll pada 24 Mei lalu.

Dimudahcarakan oleh YBrs Tuan Haji Kamarudin Ahmad, peguam kanan/aktivis sosial, sesi tersebut menampilkan YBhg Dato’ Seri Rajan Navaratnam, peguam kanan/penulis; YBhg Dato’ Hasnal Rezua Merican Habib Merican, peguam kanan/Pesuruhjaya SUHAKAM; YBhg Datuk Abu Bakar Isa Ramat, peguam kanan/strategi litigasi; dan YBrs Cik Wong Siew Mun, Ketua Pemuda MCA Pahang/aktivis kebenaran sebagai ahli panel.


YBhg Dato’ Hasnal Rezua Merican Habib Merican (dua dari kanan).

Antara isu yang ‘panas’ dibincangkan adalah titah adendum untuk YBhg Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, mantan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong (YdPA) ke-16, dan 3R (kaum, agama dan Raja-raja).

Datuk Hasnal Rezua mengatakan Kerajaan tersalah kendali isu berkaitan titah adendum, sedangkan ia telah disahkan wujud bagi membolehkan Dato’ Sri Najib menjalani baki tempoh pemenjaraan sebagai tahanan rumah.

“Kerajaan tiada pilihan, sebaliknya perlu memutuskan yang mana silap dan yang mana betul. Bukan bermain dengan bayang-bayang. Kerajaan memang tersalah kendali isu titah adendum,” ujarnya.

Beliau bersetuju kegagalan itu menimbulkan ‘huru-hara’ walaupun dikri tersebut telah disahkan oleh Majlis Kesultanan Pahang, dan sepatutnya dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk dilaksanakan.

 

Walau bagaimanapun, menurut Hasnal, perkara itu didiamkan oleh Peguam Negara sehinggalah kerajaan ‘dimalukan’ oleh Mahkamah Rayuan, apabila mengembalikan semakan kehakiman mantan Perdana Menteri untuk didengar, dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.


YBhg Datuk Abu Bakar Isa Ramat (dua dari kiri).



YBrs Cik Wong Siew Mun (kanan sekali).

                                          

                                             YBhg Dato’ Seri Rajan Navaratnam (tengah).

Beliau menyatakan sedemikian ketika menjawab soalan seorang peserta, adakah Kerajaan berada dalam ‘huru-hara’ kerana bermain dengan ‘bayang-bayang’ berkaitan titah adendum.

 Ahli-ahli panel turut ditanya oleh seorang peserta mengenai perkara berkaitan hak asasi manusia yang menyentuh isu tahanan rumah melibatkan Najib.

Jika Najib dibenarkan menghabiskan baki hukuman penjara di rumah, katanya, itu akan menyebabkan lebih ramai yang memohon pengampunan untuk diberi peluang serupa.

Namun begitu, Dato’ Seri Rajan menjelaskan, pengampunan diraja adalah kuasa mutlak YDPA yang sesiapa pun tidak berhak untuk menafikannya.

“Pihak yang tidak mendapat pengampunan, tidak berhak untuk mempertikaikannya. Ini kerana YDPA mendapat nasihat Lembaga Pengampunan yang bersidang,” ujarnya.

Tuan Haji Kamarudin turut mencelah dengan mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memohon maaf selepas titah adendum disahkan wujud, dan selanjutnya meminta Peguam Negara menarik balik rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Rajan juga bersetuju semua pihak tidak perlu membawa perkara tersebut ke mahkamah, sebaliknya hanya menunggu masa untuk melaksanakan titah berkenaan.

“Tidak perlu lagi berhujah sama ada ia wujud atau tidak kerana ia telah disahkan oleh pihak-pihak yang berkenaan,” ujarnya.

Menjawab soalan Kamarudin sama ada wajar atau tidak ia dirayu di Mahkamah Persekutuan, Datuk Abu Bakar pula menyatakan, Peguam Negara ada hak berbuat sedemikian, tetapi beliau berpendapat rayuan untuk hal itu tidak perlu.

Kamarudin juga berpendapat suasana ‘gelap’ akan terjadi kalau Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Peguam Negara.

Walau bagaimanapun, Rajan berpandangan, isu yang dibangkitkan di Mahkamah Persekutuan tiada kena mengena dengan semakan kehakiman yang Najib failkan di Mahkamah Tinggi.

Kalau Peguam Negara berjaya dalam rayuannya kelak pun, ujar beliau, keputusan itu bergantung pada Mahkamah Persekutuan, dan Najib masih ada satu peluang untuk menyemaknya.

Siew Mun turut meluahkan kekecewaannya apabila titah adendum disembunyikan. Sebagai anak kelahiran Pahang, beliau mempersoalkan mengapa titah itu ‘disorokkan’ pada peringkat awal.

“Siapa yang membuat keputusan menyorokkan titah tersebut? Kalau hari ini ‘suara’ raja pun berani dipinggirkan, apatah lagi suara rakyat,” katanya lagi.

 “Kalau kes berprofil tinggi begini ‘disenyapkan’, apatah lagi kes-kes yang lain? Jika insan itu bukan Najib, adakah dia terus berdepan dengan kekangan?” soal Siew Mun.

 Mengenai isu 3R, Kamarudin berpendapat ia boleh dibincangkan oleh umum, asalkan tiada kecenderungan menghasut.

                                        

Dari kiri; YBrs Tuan Haji Kamarudin Ahmad, YBhg Datuk Abu Bakar Isa Ramat, YBhg Dato’ Seri Rajan Navaratnam, dan YBrs Cik Wong Siew Mun selepas usai Sesi 5 Townhall Rakyat pada 24 Mei lalu.

 

“Tiada masalah menyentuh isu berkenaan, tetapi perlu mengelakkan cetusan bibit-bibit ke arah menghasut. Rakyat negara ini berhak memberikan pandangan, dan berpersatuan yang merupakan hak asasi yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan,” tegas beliau.

Hasnal pula berpendapat, Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang kebebasan bersuara dan tiada peruntukan undang-undang yang mengecualikan isu 3R daripada perbincangan umum.

“Jangan guna isu 3R untuk menghalang rakyat berdiskusi kerana ia tidak semestinya menimbulkan kebencian terhadap pihak-pihak tertentu,” ujarnya.

Siew Mun turut berpandangan isu 3R sewajarnya dibuka untuk perbincangan lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pergaulan sihat.

“Tiada masalah bila bergaul dengan kawan-kawan berlainan agama dan kaum. Saya sendiri pun pergi masjid, dan belajar berpuasa. Kawan saya juga pergi ke tokong,” ujarnya. 

-         disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

 

                                                


Saturday, 24 May 2025

PENDIDIKAN

                                          


Kerjasama GKK Malaysia-IIT Madras Pravartak Bina Kemahiran Digital Belia Malaysia   

 

DALAM usaha menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang bersedia menghadapi gelombang Industri 5.0, GKK Malaysia Sdn Bhd telah memeterai satu kerjasama bersejarah bersama-sama IIT Madras Pravartak Technologies Foundation (IITMPTF), pusat inovasi teknologi terkemuka dari India.

 

Usahasama ini menjadikan GKK Malaysia syarikat pertama dari Malaysia yang bekerjasama secara langsung dengan hab inovasi, dari institusi teknikal nombor satu India.

 

Matlamat utama gabungan dua entiti ini adalah melonjakkan kemahiran digital rakyat Malaysia, dan membina tenaga kerja masa depan yang berdaya saing global.

 

Pemeteraian kerjasama strategik pemimpin kedua-dua organisasi tersebut menandakan permulaan bab baharu.

                                                                          @@@@@ 

GKK Malaysia: Satu Dekad Fokus Pendidikan & Pembangunan Kerjaya

 

Ditubuhkan pada 2011, GKK Malaysia merupakan sebuah organisasi tempatan yang memfokuskan kepada pendidikan, latihan profesional dan pembangunan tenaga kerja.

 

Berbekalkan lebih sedekad pengalaman, syarikat ini terkenal dengan penyelesaian pembelajaran yang dinamik, dan berimpak tinggi.

 

Pada 2023, GKK mengembangkan sayapnya ke India menerusi penubuhan GKK India, untuk menyokong kerjasama strategik, pertukaran pelajar dan program latihan yang disesuaikan bagi pasaran Malaysia, serta memudahkan penempatan kerja dan pendedahan global.

 

“Kami melihat peluang besar untuk membina jambatan ilmu antara Malaysia dengan India, khususnya dalam bidang digital yang berkembang pesat,” kata Dr Gajendra Balasingham, Pengarah Urusan GKK Malaysia dalam majlis pemeteraian tersebut baru-baruini.

                                                                             #####

Siapakah IITMPTF dan Apakah Peranannya?

 

IITMPTF merupakan sebuah syarikat Seksyen 8 yang berpusat di Chennai, India. Ia berfungsi sebagai Hab Inovasi Teknologi (TIH) yang memberi fokus kepada sistem siber-fizikal seperti penderia, rangkaian, aktuator dan kawalan - teknologi asas dalam pembangunan AI dan Industri 5.0.

 

Dibiayai Kementerian Sains & Teknologi India di bawah Misi Nasional Sistem Siber-Fizikal, IITMPTF berperanan sebagai platform penghubung antara akademia, industri, kerajaan dengan organisasi antarabangsa. Ia bukan sahaja menyediakan fasiliti berkelas dunia, malah turut menjadi pusat inkubasi kepada bakat muda, usahawan teknologi, dan profesional inovatif.

                                       

Encik Anoop Raj, Pengarah Urusan GKK India (dua dari kiri), dan Ts Dr Gajendra Balasingha (dua dari kanan) di Chennai, India baru-baru ini.

                                                                                ^^^^^

Program Pertama: 550 Pelajar UUM Diberi Latihan Bersijil Antarabangsa

 

Sebagai permulaan, 550 pelajar tahun akhir dari Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menyertai program yang direka khusus untuk membekalkan kemahiran industri sebenar.

 

Antara modul yang ditawarkan termasuklah Data Analytics, Java Full Stack Programming, Cybersecurity, dan AWS Cloud Practitioner.

 

Latihan ini akan dijalankan oleh tenaga pengajar profesional dari industri serta pensyarah akademik. Ia akan dimasukkan dalam jam kredit pelajar dan diiktiraf oleh IITMPTF, memberikan pelajar kelebihan yang ketara di pasaran kerja, tempatan dan antarabangsa.

 

“Program ini akan melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang di atas kertas, tetapi juga bersedia untuk bekerja dalam dunia sebenar,” ujar Balamurali Shankar, Ketua Pegawai Pengetahuan IITMPTF.

                                                                        ******* 

Sokongan Diplomatik dan Impak Ekonomi

 

Usahasama ini turut mendapat perhatian Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Encik BN Reddy, yang menyifatkannya sebagai langkah positif ke arah memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang teknologi, dan pendidikan.

 

“Kerjasama ini akan memberi kelebihan daya saing kepada syarikat-syarikat Malaysia melalui pendedahan kepada kursus teknologi termaju,” katanya.

 

Kajian oleh Randstad Malaysia baru-baru ini menunjukkan 59 peratus syarikat tempatan ingin menambah tenaga kerja pada 2025, tetapi masih berdepan cabaran mendapatkan bakat mahir, terutamanya dalam kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan pembangunan perisian.

 

Di sinilah peranan program ini menjadi sangat penting, iaitu membekalkan pekerja siap pakai (job-ready) kepada industri.

                                                                     ======= 

Ke Arah Malaysia Digital dan IR5.0

 

Kerjasama GKK Malaysia-IITMPTF ini bukan sahaja memenuhi keperluan industri, malah menyokong inisiatif kerajaan menerusi Pejabat Kecerdasan Buatan Negara (NAIO), dan kerangka Malaysia Digital.

 

“Ini bukan sekadar latihan teknikal, tetapi misi membina masa depan. Kami mahu pastikan setiap rakyat Malaysia, terutamanya daripada komuniti terpinggir, diberi peluang untuk bersaing dalam ekonomi digital global,” kata Dr Gajendra lagi.

                                                                      +++++++ 

Kesimpulan

 

Dengan sinergi antara kepakaran teknologi India dan visi pendidikan Malaysia, kerjasama ini dijangka menjadi pemangkin kepada transformasi digital negara. Ia bukan sahaja membuka peluang pekerjaan baharu, malah membuktikan bahawa pelaburan dalam ilmu dan kemahiran masa depan adalah aset paling bernilai bagi Malaysia.

 

-          disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

 


Thursday, 22 May 2025

=============

KESIHATAN

 

Gabungan Tiga Pihak yang Cakna Jayakan Kempen ‘Kami Bawa Senyuman’

 

MYDIN Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), dengan kerjasama Procter & Gamble (P&G) Malaysia, melancarkan sebuah kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama-sama Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia (CWS), yang bertujuan menyemai harapan dan kegembiraan buat kanak-kanak yang menghidap penyakit terminal di seluruh negara.

 

Kempen bertemakan ‘Kami Bawa Senyuman - Jom Tunaikan Impian Kanak-Kanak’ ini menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan pembelian harian sebagai satu bentuk sumbangan bermakna. Ia berlangsung selama 45 hari, bermula 15 Mei lalu sehingga 30 Jun depan.

 

Pelancaran Kempen ‘Kami Bawa Senyuman – Jom Tunaikan Impian Kanak-Kanak’ disempurnakan oleh YB Puan Jamaliah Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor, di MYDIN Mall, Subang Jaya pada 22 Mei lalu.   

                                 

                                                      

YB Puan Jamaliah Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Utama, menyampaikan ucapan pelancaran.

                                                                    ******** 

Turut hadir YBrs Encik Nantha Kumaran Kalimuthu, Pengurus Negara P&G Malaysia dan Singapura; YBrs Encik Teoh Teik Hoong, Presiden CWS; YBhg Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN; dan YBhg Datin Siti Hawa Mohd, Pengarah MYDIN.

  

Dalam ucapannya, Encik Nantha mengatakan sebagai sebuah syarikat yang komited terhadap kesejahteraan komuniti, P&G percaya bahawa adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menyokong golongan yang paling memerlukan, terutamanya kanak-kanak yang sedang menghadapi ujian hidup yang berat.

 

“Kolaborasi bersama-sama MYDIN dan Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia membolehkan kami merealisasikan impian kanak-kanak ini, serta memberikan mereka memori yang penuh makna, dan kegembiraan. Momen seperti inilah yang menjadi inspirasi utama P&G Malaysia untuk terus berbakti kepada masyarakat,” jelas beliau.

 

Dari kiri; YBrs Encik Teoh Teik Hoong, YBhg Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, YB Puan Jamaliah Jamaluddin, YBrs Encik Nantha Kumaran Kalimuthu, dan YBhg Datin Siti Hawa Mohd menyempurnakan gimik pelancaran Kempen 'Kami Bawa Senyuman - Jom Tunaikan Impian Kanak-Kanak’ di MYDIN Mall, 22 Mei lalu.     

                                                                                ======

Menurut Datuk Wira (Dr) Haji Ameer, pihak beliau percaya bahawa setiap perniagaan mempunyai peranan dalam membangunkan sesebuah komuniti.

 

“Melalui kempen ini, MYDIN berpeluang membawa senyuman kepada kanak-kanak penghidap penyakit terminal. Dengan kerjasama P&G dan CWS, kami bangga dapat membantu menjadikan aktiviti membeli-belah harian di MYDIN sebagai aktiviti yang bermakna. Dengan sokongan semua pihak, kita mampu merealisasikan impian kanak-kanak tersebut,” tambah beliau.

 

Inisiatif yang dilaksanakan cukup dekat di hati bagi merealisasikan hasrat kanak-kanak kurang bernasib baik. Selama 18 tahun, kata Ameer, CWS menunaikan impian kanak-kanak, yang kadang-kadang cuma mahu ke zoo, menjadi anggota bomba, atau Batman untuk sehari.

 

"Walaupun impian ini mungkin kecil bagi kita, tetapi besar maknanya buat mereka,” katanya selepas majlis perasmian kempen berkenaan.

YBrs Encik Teoh Teik Hoong, Presiden CWS menyampaikan ucapan alu-aluan beliau dalam dwi bahasa.

                                                                            *****

Tambah Ameer, dengan setiap pembelian barangan P&G bernilai RM10 ke atas, di semua cawangan MYDIN Mall, pelanggan telah menyumbang 10 sen ke arah mencapai sasaran RM100,000 dalam tempoh 45 hari, yang disalurkan kepada CWS.

 

CWS merupakan organisasi badan beramal berdaftar yang berpusat di Subang Jaya. Ia bekerjasama rapat dengan pasukan perubatan di hospital-hospital kerajaan bagi mengenal pasti kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang menghidap penyakit terminal atau kritikal.

 

Mereka akan diberi peluang untuk berkongsi impian mereka, sama ada dalam bentuk hadiah, pengalaman istimewa, mahupun aktiviti bersama keluarga. CWS akan berusaha memenuhi impian tersebut dalam masa yang terdekat.

 

Sementara itu, dalam ucapannya, Encik Teoh memberitahu bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit terminal, satu impian yang tercapai boleh memberikan mereka kekuatan luar biasa. Ia bukan sekadar kegembiraan, malah menjadi sumber motivasi untuk terus melalui ujian hidup.

 

“Kami amat menghargai sokongan MYDIN dan P&G Malaysia yang membolehkan kami membantu lebih ramai kanak-kanak, serta memberi kenangan indah buat mereka dan keluarga,” tambah beliau.


YBrs Encik Nantha Kumaran Kalimuthu.

                                                                              *****
 

Kempen ‘Kami Bawa Senyuman - Jom Tunaikan Impian Kanak-Kanak’ menggalakkan seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menjayakan misi murni ini. Melalui pilihan bijak sewaktu membeli-belah, pengguna bukan sahaja memperoleh produk keperluan, malah turut menyumbang kepada senyuman, harapan dan impian yang menjadi kenyataan.

Kempen dengan inisiatif murni ini merealisasikan impian kanak-kanak terlibat bagi mengukir kegembiraan, dan memberi semangat walaupun menerusi kehidupan yang sukar. Melalui setiap pembelian produk P&G di MYDIN, sejumlah dana akan dikumpulkan, dan disalurkan kepada mereka.

 

                                                                    
     

                                                                                ======

-         - disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

Thursday, 8 May 2025


YBhg Datuk Chai Kian Soon, Ketua Pegawai Operasi IJM Land Berhad (lima dari kanan) bersama-sama anggota pasukan IJM Land Berhad dari Seremban, bergambar dengan Encik Chan Ngan Chong dan isterinya, Puan Puniamah (enam dan tujuh dari kanan).  
                                                              
                                                               ======                                                             

SOSIAL

 

IJM Land Serah Rumah Baharu di Seremban, Sandakan

 

PADA 5 Mei lalu di Seremban, IJM Land Berhad (IJM Land) meraikan ulang tahun ke-15 inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) teras syarikat, iaitu Program ‘MyHome’, dengan penyiapan dan penyerahan dua buah rumah yang telah dibaik pulih, masing-masing di Seremban, Negeri Sembilan dan Sandakan, Sabah.

 

Dilancarkan pada tahun 2010, Program MyHome diwujudkan dengan matlamat utama untuk meningkatkan kualiti hidup isi rumah yang terpinggir, dan kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.

 

Dengan memberi penekanan kepada penyediaan tempat tinggal yang kondusif, program ini telah memberi impak positif kepada 23 buah isi rumah di sepanjang tempoh 15 tahun pelaksanaannya.

 

Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan sosial IJM Land, tetapi turut menzahirkan komitmen berterusan syarikat dalam menyumbang kepada komuniti menerusi infrastruktur kediaman berkualiti tinggi.

 


Menyemai Harapan Baharu Melalui Program MyHome di Seremban

 

Pada 31 Mac 2025, IJM Land terus memperluaskan pelaksanaan Program MyHome dengan mengambil langkah proaktif membina semula kediaman milik Encik Chan Ngan Chong, 61 tahun, yang terletak di Kampung Baru, Batu 8, Labu, Seremban.

 

Usaha ini bukan sahaja menzahirkan komitmen syarikat dalam memperkasa komuniti terpinggir, malah menjadi impak positif yang dicapai menerusi pendekatan holistik program ini.

                                       

                Rumah baharu yang telah siap dan boleh didiami, sumbangan IJM Land Berhad.

                                                                           ======

Kediaman asal keluarga empat beranak ini berada dalam keadaan uzur, dan tidak selamat didiami lagi. Kediaman tersebut hanya mempunyai sebuah bilik tidur kecil, serta mengalami

kerosakan struktur yang serius, termasuk dapur yang tidak lagi berfungsi, kerosakan kesan serangan anai-anai, serta risiko ancaman keselamatan kepada penghuni.

 

Pemeriksaan teknikal yang dijalankan mengesahkan bahawa rumah tersebut berisiko tinggi untuk runtuh dalam tempoh setahun jika tidak dibaik pulih.

 

Kesukaran yang dialami Encik Chan semakin dibebani keadaan kesihatannya. Selepas diserang strok pada tahun 2022, beliau tidak lagi mampu bekerja dan kini bergantung sepenuhnya kepada isterinya, Puan Puniamah, 60 tahun, yang dahulunya bekerja mencuci pinggan, dan terpaksa meninggalkan pekerjaan demi menjadi penjaga sepenuh masa suaminya.

 

Dalam situasi kewangan yang serba kekurangan, keluarga ini turut dibebani tunggakan bil elektrik yang mencecah lebih RM4,000 - satu lagi beban yang turut diatasi IJM Land sebagai sebahagian daripada sokongan menyeluruh program ini.

 

Oleh kerana situasi yang mendesak, IJM Land telah melaksanakan pembinaan semula kediaman secara menyeluruh.


Keadaan asal rumah dan ketika dibaik pulih.


                                                                              ======

Rumah baharu yang diserahkan kini merangkumi:

a) Tiga bilik tidur, berbanding dua dalam reka bentuk asal, bagi memenuhi keperluan ruang keluarga yang membesar;

b) Satu unit tandas dan bilik mandi yang lengkap dan selesa;

c) Dapur berfungsi sepenuhnya, serta ruang tamu dan ruang makan yang diperluas bagi menyediakan persekitaran hidup yang lebih harmoni;

d) Landskap persekitaran dan elemen keselamatan ditambah baik, menjadikan kediaman lebih kondusif, selamat dan mesra warga emas.

 

Dalam usaha memastikan kediaman tersebut lengkap untuk dihuni, IJM Land juga menyediakan perabot asas, serta kelengkapan elektrik penting, termasuk kipas, lampu dan perkakas dapur.

 

Kelengkapan asas tersebut turut membantu keluarga ini memulakan fasa kehidupan baharu dalam suasana yang lebih kondusif, dan selesa.

 

Rumah Baharu untuk Warga Emas di Sandakan

 

Di Sandakan, rumah satu tingkat milik Encik Wong See Kong, 82, yang dihuni bersama-sama seorang anak perempuannya, sebelum ini mengalami kerosakan serius termasuk bumbung bocor, dapur yang tidak stabil, siling berkulat, pendawaian elektrik yang terdedah, dan tiada akses kepada air bersih.

 

Dengan pendapatan bulanan sekitar RM1,500 hasil kerja anaknya di sebuah kedai runcit, keluarga Encik Wong tidak mempunyai peruntukan untuk membaiki kediaman mereka.

 

Melalui MyHome, rumah mereka telah diperbaharui secara menyeluruh, termasuk:

a) membaik pulih dan membina semula dapur dengan bahan yang selamat

b) menggantikan siling berkulat dan mengecat semula keseluruhan rumah

c) memasang sistem bekalan air bersih dan dapur gas baharu

d) menaik taraf pendawaian elektrik

e) meletakkan lantai simen dan membersihkan ruang dalaman

f) memasang pagar dan pintu pagar baharu bagi tujuan keselamatan

 

Kini, rumah tersebut menjadi tempat tinggal yang bersih, selesa dan selamat bagi keluarga Wong.

 

Meneruskan Misi di Seluruh Malaysia

MyHome merupakan inisiatif utama di bawah program IJM Cares, yang memperkukuh komitmen IJM Land terhadap tanggungjawab sosial.

 

Menurut YBhg Datuk Chai Kian Soon, Ketua Pegawai Operasi IJM Land, MyHome bukan sekadar program CSR, tetapi juga usaha pihaknya memberi semula kepada masyarakat yang telah menyokong kejayaannya.

 

“Kami percaya bahawa perubahan sebenar bermula dengan memahami keperluan asas keluarga, iaitu dengan menyediakan rumah yang selamat dan terjamin. Sejak 15 tahun lalu, kami telah membantu lebih 20 keluarga membina semula kehidupan mereka, dan dengan kerjasama rakan strategik, kami akan terus memperluaskan jaringan kami dalam komuniti setempat,” ujar Datuk Chai.

 

Bermula di Seremban 2, program ini dijalankan di seluruh kawasan operasi IJM Land termasuk di Pulau Pinang, Lembah Klang, Johor, Sabah dan Sarawak.

 

Dengan penglibatan subkontraktor, pembekal dan rakan tempatan, IJM Land memperkukuhkan jaringan kerjasama demi menyediakan kediaman yang eksklusif, dan kondusif.

 

“Impian kami adalah untuk memastikan rakyat Malaysia dapat memiliki rumah yang bukan sahaja selamat, tetapi juga selesa,” tambah Chai.

 

Dengan pengalaman lebih 30 tahun, IJM Land dikenali melalui pembangunan hartanah yang memenangi pelbagai anugerah di Malaysia, dan antarabangsa.

 

Portfolio IJM Land merangkumi projek kediaman, komersial dan pelaburan yang bersepadu, termasuk pembangunan mercu tanda seperti Royal Mint Gardens di London.

 

Melalui pendekatan yang mementingkan kelestarian, inovasi dan kecemerlangan reka bentuk, IJM Land terus menjadi penanda aras dalam industri hartanah, sambil membawa impak positif kepada masyarakat dan ekonomi setempat.

                                           

Encik Wong See Kong (tengah) bersama-sama kakitangan IJM Land Berhad di hadapan rumah baharunya di Sandakan.

                                                                                 =====

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.ijmland.com atau ikuti IJM Land di LinkedIn

 

-         disediakan untuk siaran oleh RAYUSA