PENDIDIKAN
Kerjasama GKK
Malaysia-IIT Madras Pravartak Bina Kemahiran Digital Belia Malaysia
DALAM usaha
menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang bersedia menghadapi gelombang
Industri 5.0, GKK Malaysia Sdn Bhd telah memeterai satu kerjasama bersejarah
bersama-sama IIT Madras Pravartak Technologies Foundation (IITMPTF), pusat
inovasi teknologi terkemuka dari India.
Usahasama ini menjadikan GKK Malaysia syarikat
pertama dari Malaysia yang bekerjasama secara langsung dengan hab inovasi, dari
institusi teknikal nombor satu India.
Matlamat utama gabungan dua entiti ini adalah melonjakkan
kemahiran digital rakyat Malaysia, dan membina tenaga kerja masa depan yang
berdaya saing global.
Pemeteraian kerjasama strategik pemimpin kedua-dua
organisasi tersebut menandakan permulaan bab
GKK Malaysia:
Satu Dekad Fokus Pendidikan & Pembangunan Kerjaya
Ditubuhkan pada
2011, GKK Malaysia merupakan sebuah organisasi tempatan yang memfokuskan kepada
pendidikan, latihan profesional dan pembangunan tenaga kerja.
Berbekalkan lebih sedekad pengalaman, syarikat ini
terkenal dengan penyelesaian pembelajaran yang dinamik, dan berimpak tinggi.
Pada 2023, GKK mengembangkan sayapnya ke India menerusi
penubuhan GKK India, untuk menyokong kerjasama strategik, pertukaran pelajar
dan program latihan yang disesuaikan bagi pasaran Malaysia, serta memudahkan
penempatan kerja dan pendedahan global.
“Kami melihat peluang besar untuk membina jambatan
ilmu antara Malaysia dengan India, khususnya dalam bidang digital yang
berkembang pesat,” kata Dr Gajendra Balasingham, Pengarah Urusan GKK Malaysia dalam majlis pemeteraian tersebut baru-baruini.
Siapakah IITMPTF
dan Apakah Peranannya?
IITMPTF merupakan sebuah syarikat Seksyen 8 yang
berpusat di Chennai, India. Ia berfungsi sebagai Hab Inovasi Teknologi (TIH)
yang memberi fokus kepada sistem siber-fizikal seperti penderia, rangkaian,
aktuator dan kawalan - teknologi asas dalam pembangunan AI dan Industri 5.0.
Dibiayai Kementerian Sains & Teknologi India di
bawah Misi Nasional Sistem Siber-Fizikal, IITMPTF berperanan sebagai platform
penghubung antara akademia, industri, kerajaan dengan organisasi antarabangsa.
Ia bukan sahaja menyediakan fasiliti berkelas dunia, malah turut menjadi pusat
inkubasi kepada bakat muda, usahawan teknologi, dan profesional inovatif.
Encik Anoop Raj, Pengarah Urusan GKK India (dua dari kiri), dan Ts Dr Gajendra Balasingha (dua dari kanan) di Chennai, India baru-baru ini.
^^^^^
Program Pertama:
550 Pelajar UUM Diberi Latihan Bersijil Antarabangsa
Sebagai
permulaan, 550 pelajar tahun akhir dari Universiti Utara Malaysia (UUM) akan
menyertai program yang direka khusus untuk membekalkan kemahiran industri
sebenar.
Antara modul yang ditawarkan termasuklah Data
Analytics, Java Full Stack Programming, Cybersecurity, dan AWS Cloud Practitioner.
Latihan ini akan dijalankan oleh tenaga pengajar
profesional dari industri serta pensyarah akademik. Ia akan dimasukkan dalam
jam kredit pelajar dan diiktiraf oleh IITMPTF, memberikan pelajar kelebihan
yang ketara di pasaran kerja, tempatan dan antarabangsa.
“Program ini akan melahirkan graduan yang bukan
sahaja cemerlang di atas kertas, tetapi juga bersedia untuk bekerja dalam dunia
sebenar,” ujar Balamurali Shankar, Ketua Pegawai Pengetahuan IITMPTF.
Sokongan
Diplomatik dan Impak Ekonomi
Usahasama ini
turut mendapat perhatian Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Encik BN Reddy,
yang menyifatkannya sebagai langkah positif ke arah memperkukuh hubungan dua
hala dalam bidang teknologi, dan pendidikan.
“Kerjasama ini akan memberi kelebihan daya saing
kepada syarikat-syarikat Malaysia melalui pendedahan kepada kursus teknologi
termaju,” katanya.
Kajian oleh Randstad Malaysia baru-baru ini
menunjukkan 59 peratus syarikat tempatan ingin menambah tenaga kerja pada 2025,
tetapi masih berdepan cabaran mendapatkan bakat mahir, terutamanya dalam
kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan pembangunan perisian.
Di sinilah peranan program ini menjadi sangat
penting, iaitu membekalkan pekerja siap pakai (job-ready) kepada industri.
Ke Arah Malaysia
Digital dan IR5.0
Kerjasama GKK
Malaysia-IITMPTF ini bukan sahaja memenuhi keperluan industri, malah menyokong
inisiatif kerajaan menerusi Pejabat Kecerdasan Buatan Negara (NAIO), dan
kerangka Malaysia Digital.
“Ini bukan sekadar latihan teknikal, tetapi misi
membina masa depan. Kami mahu pastikan setiap rakyat Malaysia, terutamanya
daripada komuniti terpinggir, diberi peluang untuk bersaing dalam ekonomi
digital global,” kata Dr Gajendra lagi.
Kesimpulan
Dengan
sinergi antara kepakaran teknologi India dan visi pendidikan Malaysia,
kerjasama ini dijangka menjadi pemangkin kepada transformasi digital negara. Ia
bukan sahaja membuka peluang pekerjaan baharu, malah membuktikan bahawa
pelaburan dalam ilmu dan kemahiran masa depan adalah aset paling bernilai bagi
Malaysia.
-
disesuaikan
untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments:
Post a Comment