SASTERA BUDAYA
Wanita
Cantik yang Sentiasa Tersenyum
DEMI
mendukung dasar kerajaan menerusi Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, iaitu menggalakkan hubungan dua hala,
serantau dan antarabangsa dalam bidang kerjasama pelancongan, Balai Seni Negara
(BSN), Kedutaan Itali di Kuala Lumpur, Kementerian Luar Negara Itali, dan
Syarikat Rangkaian Televisyen Awam Itali (RAICOM) menganjurkan pameran pelukis tersohor
dunia Leonardo da Vinci, ‘Leonardo Opera Omnia’ di Galeri 3A, BSN dari 15 Julai
sehingga 15 Ogos 2019 lalu.
Pameran tersebut merupakan pameran jelajah beberapa
buah negara yang diadakan bersempena dengan sambutan kelahiran Leonardo yang
ke-500 (beliau dilahirkan pada 1452 di Vinci, Republik Florence [kini Itali], meninggal
dunia pada 1519 di Amboise [kini Perancis]). Beliau dikenali sebagai antara pelopor
bidang kesenian, arkitek, kejuruteraan, penyelidikan, penciptaan, sains,
matematik, muzik, literasi, anatomi, geografi, astronomi, botani, penulisan
sejarah, dan kartografi. Leonardo juga berjaya mencipta pelbagai alatan, serta
merekodkan hasil kajian, dan ciptaan beliau dalam Codex (teks manuskrip).
‘Leonardo Opera Omnia’ merupakan pameran reproduksi
berteknologi tinggi yang mampu menaikkan semula perincian karya-karya 500 tahun
Leonardo yang semakin pudar. Para pengunjung boleh merasai pengalaman melihat
karya-karya tersebut dengan terperinci yang sukar diperoleh meskipun melihat karya
sebenar kerana dikawal ketat, dan terdapat halangan untuk menghayatinya seperti
jarak, kotak kaca, serta berada di pelbagai lokasi.
Tujuh belas lukisan salinan karya Leonardo yang
mengikut saiz asal dipamerkan. Ia memaparkan kehidupan dan kepintaran luar
biasa tokoh seniman agung ini menerusi karya-karyanya, serta menggambarkan
perjalanan seni beliau. Dibuat dengan menggunakan kaedah-kaedah digital yang
canggih, dan pencahayaan yang dilaraskan dengan begitu bijak hampir-hampir
membuatkan penonton seperti berasa berada di hadapan karya-karya aslinya.
Karya asalnya dipamerkan berasingan di muzium sekitar Eropah.
Antaranya termasuklah La Gioconda o Mona
Lisa, The Last Supper, Madona Benois, Cecilia Gallerani, dan Bacco.,
lukisan-lukisan salinan ini berjaya menimbulkan pelbagai macam perasaan yang
selalunya muncul ketika berdiri di hadapan karya-karya sebenar.
Kedutaan Itali di Malaysia turut membawakan Codex
secara khusus, iaitu kajian Leonardo tentang cara penerbangan burung yang tidak
terdapat dalam pameran jelajah negara lain.
Loeonardo anak seorang nortari di kota Florence, pada
asasnya seniman yang belajar sendiri. Berdasarkan kemampuan hebatnya meneliti
alam sekeliling, keingintahuannya yang sentiasa membuak-buak, dan dipupuk serta
dipupuk oleh imaginasi yang meluap-luap, kecemerlangan kajian saintifiknya, dan
kehandalan daya ciptaan seninya, beliau merupakan tokoh yang mewakili manusia Renaissance, atau zaman Pembaharuan.
Bakat kreatif Leonardo yang pelbagai ragam mengejutkan
masyarakat pada zamannya sendiri, dan juga zaman-zaman berikutnya apabila
kemasyhuran beliau tersebar luas ke seluruh dunia.
Keseluruhan pengalaman menghayati karya-karya tersebut
menyajikan satu perspektif luar biasa untuk memahami pelbagai kepintaran seni,
dan kreativiti Leonardo.
Perasmian pameran ‘Leonardo Opera Omnia’ disempurnakan
oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Mohamaddin Ketapi di
BSN pada 23 Julai 2019 yang lalu. Turut hadir ialah Ketua Pengarah BSN, Prof
Dato’ Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa; Pengerusi Lembaga Pengarah Pembangunan BSN,
Datuk Rashidi Hasbullah; Chargee
f’affairs Kedutaan Itali di Kuala Lumpur, Counselor Silvia Marrara, dan
Ketua Pengarah Istana Budaya, Dato’ Mohamed Juhari Shaarani.
No comments: