PELANCONGAN/BUDAYA

 

Pusat Kebudayaan Datum Malaysia – Kebudayaan & Sajian Tulen Dilancarkan

 

PERSEMBAHAN kebudayaan di pusat beli-belah yang sering menampilkan tarian tradisional pelbagai kaum di Malaysia bukan perkara asing, walaupun bukan acara bulanan, atau mingguan.

 

Pembukaan Malaysia Datum Cultural Centre, atau Pusat Kebudayaan Datum Malaysia (MDCC) – Truly Dine & Culture yang dijangka menjadi daya tarikan baharu dalam sektor pelancongan negara, bakal memberikan persembahan tersebut dengan lebih kerap, iaitu setiap minggu.

Encik Mohd Roslan Abdullah (dua dari kanan) menyempurnakan persamian majlis Prebiu MDCC Truly Dine & Culture, di Temu Jelatek, Tingkat 2, DJSC pada 6 Mac lalu.

=========================================================================

MDCC dijangka mampu menarik tumpuan pelancong luar dan dalam negara kerana mereka tidak sekadar menyaksikan, malah menyertai pelbagai persembahan kebudayaan kaum di Malaysia, dan merasai keenakan masakan tradisional yang disediakan.

 

MDCC menawarkan dua pakej yang boleh ditempah, iaitu ‘Pakej MDCC Lunch & Pakej MDCC Dinner’. Justeru, pelancong akan mengalami sendiri kebudayaan etnik yang ada di Malaysia, seperti majlis perkahwinan, serta tarian dan makanan tradisional.

 

Secara rasmi, kesemuanya akan dilangsungkan di Temu Jelatek, Pusat Beli-Belah Datum Jelatek (DJSC) selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


                                                                                        

         Dari kiri; Dato’ Azlie Halim, Encik Roul Mustaffa, YM Tengku Khairil Azwan, Encik Mohd Roslan Abdullah, Encik Dino Loh, dan Hajah Suzana Zakaria.

=========================================================================

7.   Dari segi capaian atau pengangkutan, para pelancong luar dan dalam negara tiada masalah kerana lokasinya bersambung terus dengan stesen aliran transit ringan (LRT) Jelatek. Parkir bas-bas pesiaran yang luas juga dapat membantu.

 

MDCC yang merupakan pusat kebudayaan di pusat beli-belah pertama di Malaysia dan dunia, sememangnya bertujuan memberi peluang kepada ramai pihak seperti pemain industri seni, dan kraf, syarikat penyediaan acara yang menawarkan program kebudayaan seperti pertunjukan tarian tradisional dan silat, selain mendidik pelancong luar negara mengenai kebudayaan yang terdapat di Malaysia.

Nasha Aziz turut tampil meraikan pasangan mempelai yang menyerikan Majlis Prebiu MDCC – Truly Dine & Culture.

=========================================================================

Produk baharu pelancongan yang memartabatkan kebudayaan dan tradisi di Malaysia ini merupakan usaha DatumCorp International Sdn Bhd (DCI). DCI adalah anak syarikat penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang membina projek Datum Jelatek, merangkumi pembangunan perumahan mewah, Datum Jelatek Residence, dan DJSC.

 

Pada 6 Mac lalu berlangsung majlis Prebiu MDCC Truly Dine & Culture, di Temu Jelatek, Tingkat 2, DJSC.

 

Turut hadir Pengarah Pembangunan Pakej Tourism Malaysia, Encik Mohd Roslan Abdullah; Pegawai Pemantau Operasi DCI, YM Tengku Khairil Azwan; Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat DCI, Hajah Suzana Zakaria; Timbalan Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA), Dato’ Azlie Halim; Pengurus Acara & Pelancongan Fokus, Encik Roul Mustaffa; dan Pengarah Swing & Pillows, Encik Dino Loh.


                    YM Tengku Khairil Azwan membuka majlis dengan ucapan alu-aluan beliau.

=========================================================================

Selain itu, wakil Tourism Malaysia, Tourism Selangor, MITDA, Santai Travel Magazine, agensi pelancongan, serta persatuan-persatuan perhotelan.

 

Perasmian prebiu MDCC disempurnakan oleh Encik Roslan. Selepas itu diadakan sesi menandatangani persefahaman kerjasama antara rakan strategik MDCC, iaitu Swing & Pillows. Hampir 100 syarikat agensi pelancongan hadir, dan akan menjadi rakan strategik projek MDCC.

                                                 

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat DCI, merangkap Ketua Pengarah Projek MDCC, Hajah Suzana Zakaria (dua dari kanan) menerima tanda persefahaman kerjasama antara rakan strategik MDCC daripada Encik Mohd Roslan Abdullah.

=========================================================================

Menariknya, pelakon popular tanah air, Nasha Aziz dan Adrea Abdullah turut hadir. Nasha yang ditemani pengarah teater terkemuka Malaysia, Rosminah Tahir dijemput oleh pengacara melakukan adat merenjis pasangan pengantin dalam persembahan MDCC.

 

Sementara itu, menurut Hajah Suzana yang juga Ketua Pengarah Projek MDCC, MDCC ibarat ‘bayi yang baru lahir’ yang memerlukan sokongan semua pihak dalam sektor pelancongan negara, seperti agensi pelancongan, perhotelan, persatuan, dan semua industri yang terlibat secara langsung, dan tidak langsung dalam merancakkan ekonomi pelancongan.

                                                                                                                     Antara sajian yang meyelerakan untuk para                                                                                            pengunjung MDCC.

=========================================================================


Demonstrasi silat, antara yang menyerikan majlis Prebiu MDCC Truly Dine & Culture, di Temu Jelatek, Tingkat 2, DJSC pada 6 Mac lalu.

========================================================================



                                                                             

Resepsi perkahwinan yang menyerikan majlis Prebiu MDCC Truly Dine & Culture, di Temu Jelatek, Tingkat 2, DJSC pada 6 Mac lalu.

=======================================================================


Sebahagian daripada hadirin.

==================================================================================

“Justeru, agensi pelancongan yang berminat untuk bekerjasama, dan mengetahui lebih lanjut mengenai MDCC, boleh menghubungi MDCC Hotline – 011 61359662,” tambah Suzana.

 

-          Raja Yusoff Ariffin

 

  


No comments:

Powered by Blogger.