EKONOMI

 

Broku Sdn Bhd-Wealth Vantage Advisory Lancar Kempen Pendanaan Awam Ekuiti

 

SEIRING dengan perkembangan ekonomi dan teknologi, Broku Sdn Bhd (BSB) melangkah setapak ke hadapan dalam memperkasa industri makanan dan minuman (F&B) dengan mewujudkan ekosistem yang komprehensif bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam meningkatkan pendapatan, menyelaraskan operasi dan mencapai pertumbuhan perniagaan.

 

Bagi menjayakan inisiatif ini, BSB telah menjalinkan kerjasama dengan salah sebuah firma penasihat kewangan yang berpengaruh, Wealth Vantage Advisory (WVA) Sdn Bhd, dan melancarkan Kempen Pendanaan Awam Ekuiti (ECF) di platform digital PitchIN, sebuah pengendali pasaran berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

=========================================================================

Pelancaran ECF untuk memperkasakan ekosistem PMKS itu telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 7 Mac lalu.

 

BSB merupakan satu-satunya syarikat berstatus Bumiputera di Malaysia yang menawarkan penyelesaian komprehensif bagi meningkatkan tahap pengurusan kewangan dalam perniagaan kepada para pengendali F&B, untuk merapatkan jurang pembiayaan RM90 Bilion di Malaysia seperti yang telah dilaporkan oleh The Edge Malaysia pada Januari lalu.

 

Crowdfunding telah menjadi salah satu platform yang popular sejak kebelakangan ini dalam usaha mengumpul dana menerusi dalam talian bagi tujuan tertentu, termasuklah mengembangkan tapak perniagaan.


=========================================================================

Pembiayaan dalam talian ini akan memudahkan para pelabur mengakses bagi mengenal pasti maklumat pelaburan, dan menghubungi pihak yang menjalankan kempen tersebut.

 

Pada masa yang sama, kaedah ini dapat meningkatkan pembiayaan secara besar dan kecil bagi setiap projek, sekali gus para pelabur dapat memberi manfaat kepada dunia perniagaan. 

                                                                                                                                              

=========================================================================

Kini, BSB dengan kerjasama WVA mencari pelabur yang berminat untuk melabur bagi membantu PMKS mengembangkan perniagaan mereka yang sedia ada.

 

Dibarisi pakar penasihat kewangan dalam industri, WVA merupakan firma penasihat kewangan berlesen yang diperakui Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia bagi membantu pelanggan mencapai matlamat kewangan dengan menyediakan perkhidmatan kewangan holistik, dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan melalui penggunaan teknologi terkini.

 

Pelaksanaan Kempen ECF ini bakal memberi tumpuan untuk merevolusikan industri, dengan menyediakan para peniaga makanan dengan sumber strategik, dan perkhidmatan yang diperlukan di Malaysia.

Pelan pertumbuhan yang dijana oleh kempen ini dijangka akan menjadi titik mula yang penting dalam membantu PMKS memohon pinjaman bagi mengembangkan perniagaan mereka.

 

Hal ini dikatakan sedemikian kerana mereka berhadapan dengan situasi sukar untuk melakukan pinjaman perniagaan lantaran kekurangan cagaran, dan aliran tunai yang konsisten, serta dokumentasi kewangan yang lemah.

 

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BSB, Ku Addy Fazly Ku Radin, ia merupakan platform digital komprehensif, yang direka untuk merevolusikan ekosistem F&B dengan menyediakan hab berpusat, yang akan memudahkan gerak kerja sokongan berkaitan perniagaan, termasuk tempahan, pesanan, pembayaran, pencarian bahan, analisis data dan komunikasi antara pengendali dengan pengguna.

 

“Hal ini selaras dengan visi dan misi BSB untuk menyediakan latihan serta sokongan kepada usahawan industri F&B dengan menggunakan teknologi terkini, yang mampu menjana hasil jualan berlipat kali ganda kepada peniagaan mereka,” tambah Ku Addy Fazly yang turut menghadiri pelancaran kempen tersebut.



=========================================================================

 Sehubungan dengan itu, BSB mempelawa semua bakal pelabur yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada usaha memperkasakan ekosistem PMKS, terutamanya dalam industri F&B di Malaysia.

 

Jadi, bersama-samalah kita melakar sejarah baharu dalam membantu mengurangkan jurang pembiayaan tinggi dalam negara.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen, sila layari https://www.pitchin.my/equity/broku.


- RYA

No comments:

Powered by Blogger.