BUDAYA
++++
Randai, Dikir
Barat dan Mek Mulung oleh ASWARA Gegarkan Taman Tasik Titiwangsa!
YBRS Prof Dr Tan
Awang Besar menegaskan penganjuran Festival Budaya Malaysia 2025 (FBM2025) di
Taman Tasik Titiwangsa (3T), Kuala Lumpur dari 12 hingga 16 September adalah
medan, dan masa terbaik untuk generasi muda menghargai seni budaya sendiri.
Ini
kerana program berskala besar tersebut turut mengadakan Festival Cita Rasa
Warisan @Kuala Lumpur (FCRW@KL), di bawah selenggaraan Jabatan Warisan Negara
(JWN).
Justeru,
suasana 3T menjadi lebih meriah hujung minggu ini apabila FBM2025/FCRW@KL tidak
hanya menghidangkan makanan tradisi, tetapi juga persembahan seni budaya yang memukau
para pengunjung.
Antara yang terlibat mengisi slot persembahan dalam FCRW@KL adalah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
====
Institusi
pengajian tinggi seni budaya dan warisan itu tampil dengan persembahan pelajar
mereka, merangkumi randai dari Negeri Sembilan, dikir barat (Kelantan), dan mek
mulung (Kedah).
“Memang
amat jarang kerana tidak selalu orang kota dapat melihat semua warisan
negeri-negeri di negara kita ini dengan mata kepala sendiri,” ujar Prof Dr Tan
Awang yang juga Rektor ASWARA.
Apabila
menyebut budaya, tambah beliau, mesti ada alumni ASWARA yang terlibat, dan mereka
merupakan duta seni negara.
“Kalau
masyarakat diberikan pendedahan, barulah mereka sedar seni kita sebenarnya
lebih hebat daripada budaya luar,” jelas Dr Tan Awang.
YBrs Prof Dr Tan Awang Besar, Rektor ASWARA
Selain
persembahan, FCRW@KL turut menjadi platform untuk orang ramai mencuba makanan
tradisi yang semakin jarang ditemui. Dari kuih-kuih lama hingga lauk warisan
turun-temurun, semua ada untuk membuka selera.
****
Dalam
perkembangan lain, Dr Tan turut mengumumkan satu berita gembira, iaitu pada tahun
hadapan ASWARA akan menganjurkan Festival Titik Pusaka, dengan fokus lebih
besar pada wayang kulit, randai dan mek mulung.
“Kita
mahu anak muda merasai sendiri pengalaman melihat, mempelajari dan menghayati
seni tradisi. Kalau persembahan berjalan lancar, warisan ini tidak akan hilang,
malah menjadi kebanggaan,” tambahnya.
Sehubungan
itu, beliau turut memuji usaha JWN di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan
Budaya Malaysia (MOTAC), yang berjaya menyatupadukan seni persembahan, dan
makanan tradisi dalam sebuah festival penuh warna warni.
FCRW@KL
di 3T ini jelas membuktikan bahawa warisan bukan sekadar sejarah, tetapi ia
masih hidup, relevan dan sangat seronok dinikmati.
-
disesuaikan
untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments: