===

TEKNOLOGI

 

AUKEY Perkenalkan Era Ekosistem Pengecasan Tanpa Wayar Qi2.2

 

AUKEY merupakan peneraju global dalam elektronik pengguna inovatif, dengan produk yang menyeimbangkan fungsi praktikal dan estetika.

 

Siri MagFusion telah memenangi pelbagai pengiktirafan antarabangsa, termasuk iF Design Award, dan Red Dot Design Award, yang mengukuhkan reputasi AUKEY di pasaran dunia.

 

Pada 28 Ogos lalu, AUKEY mengumumkan peluasan ekosistem MagFusion Qi2.2 dengan pelancaran 15 produk baharu bersempena dengan Persidangan Rakan Kongsi Asia Tenggara di Bangkok.

 

Koleksi terbaharu ini merangkumi 12 pengecas tanpa wayar dan tiga bank kuasa tanpa wayar. Digabungkan dengan pelancaran MagFusion 2X bulan lalu, kini portfolio Qi2.2 AUKEY terdiri daripada 16 model yang meliputi pelbagai senario pengecasan, sekali gus mengukuhkan kedudukan AUKEY sebagai peneraju pasaran pengecasan tanpa wayar berprestasi tinggi.

 

AUKEY terkenal sebagai perintis dalam inovasi pengecasan tanpa wayar, yang sentiasa memperkenalkan produk yang menggabungkan teknologi terkini dengan reka bentuk elegan.

                                     

                                                                            ****

Dengan kehadiran piawaian baharu Qi2.2, AUKEY sekali lagi mendahului dengan menawarkan barisan lengkap produk untuk pelbagai gaya hidup, iaitu dari pengecasan satu peranti sehingga empat peranti serentak, dalam pelbagai bentuk seperti pengecas meja, pengecas lipat perjalanan, hinggalah bank kuasa tanpa wayar.

 

Menurut YBrs. Encik David Wu, Naib Presiden AUKEY, pihaknya sentiasa meletakkan keperluan pengguna sebagai keutamaan dalam pembangunan penyelesaian pengecasan tanpa wayar.

 

“Dengan sokongan padu daripada rakan kongsi kami, AUKEY komited untuk terus memperkenalkan produk inovatif, dan berkualiti tinggi ke pasaran global,” kata David.

 

Sorotan Produk Utama

 

- MagFusion 1X: Pengecas meja dengan sudut laras 35°, hadir dalam tiga warna moden - putih fros, kelabu gelap dan emas gurun.

 

- MagFusion 2X: Pengecas dwi-telefon Qi2.2 pertama di dunia dengan reka bentuk "tapak + pendirian", sesuai untuk profesional menyeimbangkan kerja dan kehidupan.

                                              

                                                                            @@@@

- MagFusion 3X Pro: Menyokong pengecasan tiga telefon serentak dengan teknologi penyejukan aktif Omnia- Frez, mengurangkan haba sehingga 20°C.

 

- MagFusion Titan: Stesen pengecasan 4-dalam-1 berprestasi tinggi untuk kegunaan keluarga, mampu mengecas sehingga empat peranti serentak.

 

- MagFusion 2X: Pengecas dwi-telefon Qi2.2 pertama di dunia dengan reka bentuk ‘tapak + pendirian’, sesuai untuk profesional menyeimbangkan kerja dan kehidupan.

 

- MagFusion 3X Pro: Menyokong pengecasan tiga telefon serentak dengan teknologi penyejukan aktif Omnia- Frez, mengurangkan haba sehingga 20°C.

 

- MagFusion Titan: Stesen pengecasan 4-dalam-1 berprestasi tinggi untuk kegunaan keluarga, mampu mengecas sehingga empat peranti serentak.

 

Selain itu, rangkaian pengecas lipat MagFusion L Series dan MagFusion C Series direka untuk pengembara, sementara MagFusion Z yang memenangi anugerah Red Dot dan iF Design kini ditingkat taraf ke piawaian Qi2.2.

 

                

                              

   

   

   

 

         

     

                                                

                                                                             ++++    

 AUKEY juga memperkenalkan bank kuasa tanpa wayar berprestasi tinggi seperti MagFusion Reel 5000, dan MagFusion Reel 10000, masing-masing menampilkan reka bentuk nipis, kabel boleh tarik dan kapasiti besar dengan pengecasan pantas 25W.

 

Mengenai promosi jualan 9.9 AUKEY, bersempena sambutan jualannya, AUKEY menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk produk Qi2.

                                          

                                                                                   ****   

                                         

                                                                                 ####

                                                                                                                              

                                                                            !!!!

                                       

Selain itu, kempen peraduan hadiah eksklusif di Shopee menawarkan hadiah bernilai sehingga RM10,000, termasuk Nintendo Switch 2 sebagai hadiah utama. 

Promosi boleh didapati di platform rasmi seperti Shopee AUKEY Official, Store: shopee.com.my/aukey.official, AUKEY Malaysia Official Website: www.aukey.my, Lazada Official Store: lazada.com.my/shop/aukey, Instagram AUKEY, Malaysia: instagram.com/aukey.malavsia, dan Facebook AUKEY Malaysia Official: facebook.com/AUKEY.LIFE.Malaysia. 

-         - disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

No comments:

Powered by Blogger.