EKONOMI

PRAPELANCARAN AiFIA 2020

SEBUAH anugerah berprestij akan diadakan pada September depan dengam matlamat mengukuhkan lagi para usahawan yang sedia ada, serta mencari dan memberi peluang untuk dana kepada pengasas produk, atau usahawan agar lebih berdaya saing.
Anugerah tersebut diberi nama Anugerah Kewangan Islam Asia dan Industri Pelaburan (AiFIA) 2020. Ia dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Pelaburan Islam Malaysia (MIICC), Institut Perbankan & Kewangan Islam (IIiBF), dan Markamarie Malaysia Sdn Bhd.
Walaupun diperkasakan oleh wanita untuk semua pihak, tetapi AiFIA 2020 bukan feminin. Untuk manfaat semua pihak sudah menunjukkan ia tidak berat sebelah, atau bias.
Menurut Pengerusi MIICC, Datin Raskidah Ali, pihaknya berharap dapat menjadi platform, dan pemberi anugerah yang paling berwibawa dalam industri pelaburan, dan kewangan Islamik global.
MIICC, tegas Raskidah, mahu/cenderung memilih produk pelaburan Islamik terbaik di seluruh Asia. Sistem permarkahan yang menilai kedua-dua faktor kualitatif dan kuantitafif, tambah beliau, diambil kira untuk menentukan pemenang dalam AiFIA 2020.
Anugerah AiFIA 2020 akan diadakan ketika malam gala penuh berprestij di Kuala Lumpur. Prapelancaran AiFIA 2020 telah diadakan di Kuala Lumpur pada 21 Februari lalu yang turut dihadiri Pengasas Bersama Markamarie Malaysia Sdn Bhd, Datin Sharon M Zillah; Dekan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, IIIBF, Prof Madya Dr Salina Kassim; Ismael H Semin (pakar pemasaran dan pembangunan perniagaan) dan Franka Soeria (pakar fesyen sopan dunia) dari Markamarie Global; Ketua Pengurus Operasi Markamarie Malaysia Sdn Bhd, Remy Eldhani, , dan Raskidah sendiri.
Jelas Remy, selain malam anugerah, acara yang akan diadakan untuk mengisi AiFIA 2020 termasuklah Meet Your Investor (MYI) - Bertemu dengan pelabur/penaja berpotensi untuk produk Islamik yang baru bermula, pendaftaran untuk jenama/pereka fesyen bagi mendapatkan bantuan dalam anugerah berkenaan, dan Meet the Buyer – pereka/jenama fesyen boleh bertemu dengan pembeli, dan sesi tertutup bersama-sama mereka dalam anugerah tersebut.      


#MARKAMARIE

#Markamarie memulakan kembara serantaunya di Indonesia pada 2017, dan diasaskan oleh tiga individu yang pakar dalam bidang mereka, iaitu Franka Soeria (pakar fesyen sopan dunia), Ismael Semin (pakar pemasaran dan pembangunan perniagaan), dan Gokhan Semin (pakar komunikasi dan digital).
Matlamat #Markamarie ialah menjadi pintu gerbang bagi fesyen sopan di Asia, serta sebagai hab fesyen, dan industri kreatif. Berbekalkan pusat operasi, serta pejabat di Indonesia, dan Turki, #Markamarie telah memulakan momentum yang jitu dalam menyediakan perkhidmatan lengkap segala perkara untuk jenama fesyen, dari segi penjenamaan digital dalam, dan luar talian (online dan offline), jemputan serta pembikinan acara-acara fesyen yang berprestij, dan membantu sesuatu jenama fesyen itu menakluki pasaran global.
Selepas membuka pejabatnya di Malaysia dan India pada 2020, #Markamarie akan beroperasi di Amerika Syarikat (AS) pula mulai 2021.
Sebagai track record, #Markamarie pernah berkolaborasi dengan institusi terkenal, dan berwibawa dunia seperti UNCHR, dan Minggu Fesyen Sopan Rasmi (Official Modest Fashion Weeks/Istanbul-London-Dubai-Jakarta-Amsterdam).
Antara projek besar yang bakal dianjurkan oleh @Markmarie termasuklah penerbitan buku dan filem dengan kerjasama dari AS, dan Itali untuk pasaran global.
Antara projek bersama-sama #MarkamarieMalaysia pula termasuklah:
- menganjurkan AiFIA & Membiayai Pengasas (Funding the Founders) bersama-sama MIICC dan IIiBF.
- Akademi Blogger Asia (Asian Blogger Academy) bersama-sama MIICC, dan universiti awam terkemuka Malaysia.
- memasarkan pereka dan jenama fesyen Malaysia menerusi platform #Markamarie.
- melibatkan pereka dan jenama fesyen di Malaysia untuk projek secara global.

PERSPEKTIF KOLABORASI MIICC, IIiBF DENGAN #MARKAMARIE

Tidak dinafikan bahawa penghubung antara fesyen sopan, sektor kewangan, pelaburan, dengan fesyen sopan merupakan antara faktor ekonomi penting. Justeru, ia menjadi faktor #Markamarie memerlukan pelabur berwibawa untuk fesyen sopan/Islamik di Malaysia.
#Markamarie boleh membantu para pengasas fesyen sopan meningkatkan lagi jenama mereka. Ia boleh menghubungkan ekonomi dari bidang kreatif ke sektor kewangan untuk melahirkan lebih ramai usahawan berjaya dalam lapangan seni kreatif.
Antara visi #Markamarie termasuklah:
a)      melabur untuk para pengasas perniagaan (funding the funders). Ia akan memupuk para pereka dan jenama fesyen menerusi beberapa siri kursus yang bakal diterajuinya.
b)      AiFIA 2020 pada September nanti sebagai malam anugerah khas buat para pelabur, syarikat serta individu yang memberi sumbangan kewangan Islam, serta pelaburan yang ada nilai-nilai sosial murni. Selain AiFIA 2020, #Markamarie akan menganjurkan pameran, serta sesi bertemu pelabur dan pembeli, bersama-sama para usahawan terpilih.

No comments:

Powered by Blogger.