ARTIS JUGA SIMPATI SYRIA



KHAI Bahar menolak dakwaan mana-mana pihak bahawa dia hanya mencari nama, pujian dan glamor apabila menyertai program ‘Kembara Jiwa dan Kemanusiaan’ dalam menyantuni rakyat Syria yang menderita akibat krisis berpanjangan di sana.


Penyanyi muda tanah air yang terkenal dengan lagu ‘Bayang’, ‘Luluh’, dan ‘1, 2, 3’ itu telah tiga kali menyertai projek anjuran Syria Care tersebut atas kesedaran/kerelaan sendiri, selain diundang. Jelas Khai, dia memang mahu berbakti dan memberi teladan kepada para peminatnya yang ramai.
Pada tahun ini lebih menarik dan bererti, tambah Khai, kerana dia akan terus ke Syria, tidak sebagaimana dua tahun sebelumnya hanya di luar/berhampiran negara krisis tersebut sahaja.
Khai memberitahu sedemikian semasa sidang media Majlis Pelancaran ‘Kembara Jiwa dan Kemanusiaan 3.0’ di Mutiara Damansara pada 29 Februari 2020 lalu. Penyanyi kelahiran Perlis itu menyertai misi tersebut bersama-sama seorang lagi penyanyi popular tanah air, Wany Hasrita, selebriti agama Dr Taha Omar@ OU Taha, dan Dr Mohd Azrul Azlen Abd Hamid. Mereka disertai Datin Seri Masdiana Muhamad, isteri Menteri Besar Selangor; Ustazah Siti Sakinah Meor Omar Baki, Pengerusi Syria Care, dan Nurdieana Mohd Mardzi, Pengarah Projek berkenaan.
Krisis di Syria berterusan sejak 2011 dan seperti tidak akan berhujung. Pihak yang berbalah dan mencetuskan persengketaan masih terus sedemikian. Mereka enggan ‘membuang yang keruh, ambil yang jernih’ kerana kemanusiaan, kalau pun bukan kerana Islam. Memang ngeri dan sedih menjangka apa yang akan berlaku nanti.
Walau bagaimanapun, sebagai manusia Islam, kita tetap wajar/cuba melakukan apa sahaja yang terdaya untuk membantu. Memang sukar untuk menolong menyelesaikan pertikaian, tetapi sangat baik meskipun hanya dapat membantu mengurangkan penderitaan mangsa.
Antaranya seperti usaha yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh pihak Syria Care dalam memastikan usaha-usaha kemanusiaan berterusan tanpa halangan besar.
‘Kembara Jiwa dan Kemanusiaan 3.0’ akan dilaksanakan pada 5 hingga 11 April 2020. Rombongan misi bakal ke Istanbul, Turki terlebih, sebelum menjejakkan kaki di Syria. Program murni ini telah dijalankan pada 2017 dan 2018 dengan menyantuni pelarian Syria, serta kanak-kanak di Istanbul, Turki.
Menurut Ustazah Siti Sakinah, ‘Kembara Jiwa dan Kemanusiaan 3.0’ bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta program mengenai gerak kerja, serta aktviti kemanusiaan yang dijalankan oleh Syria Care selama ini.
Cuma kelainannya, tambah Siti Sakinah, penganjuran ‘Kembara Jiwa dan Kemanusiaan 3.0’ lebih eksklusif kerana Syria Care membawa bersama-sama para ikon yang sentiasa berada di belakangnya (seperti yang disebutkan tadi) dalam pelbagai usaha untuk membantu pelarian Syria yang berdepan dengan malapetaka kemanusiaan terburuk abad ke-21.
Siti berkata sedemikian dalam ucapannya semasa majlis pelancaran ‘Kembara Jiwa & Kemanusiaan Syria Care 3.0’. Beliau sendiri merupakan ketua program tersebut bersama-sama Nurdieana.
Jelas Siti lagi, pelbagai aktiviti kemanusiaan telah diatur sama ada di Turki mahupun di Syria, bersama-sama pelarian di kem, anak-anak yatim dan juga ibu tunggal. Kemuncak program, kata Siti, ialah melihat sendiri sekolah yang menjadi fokus pengumpulan dana oleh para ikon yang terlbat, iaitu bagi Sekolah Ulfah (perempuan) di Atma, Syria.
Jelas Siti, sebanyak RM231,840 diperlukan untuk pengurusan sekolah tersebut. Mereka, kata beliau, telah memulakan projek pengumpulan dana ini sejak Oktober 2019, dan akan diteruskan hingga ke penghujung 2020.
Pelancaran ‘Kembara Jiwa & Kemanusiaan Syria Care 3.0’ disempurnakan oleh Datuk Freddie Fernandez, Presiden Karyawan Malaysia.
Turut hadir temasuklah Nurdieana, Datin Seri Masdiana, PU Taha, dan Ustaz Rizal Ali, Timbalan Pengerusi Syria Care. Wany dan Dr Mojd Azrul tidak dapat hadir kerana ada tanggungjawab lain.
Tegas Siti, komitmen dan penglibatan ikon-ikon terpilih, tegas Siti, sangat penting sebagai perantara kepada rakyat Malaysia, terutamanya terhadap ketelusan kerja-kerja kemanusiaan Syria Care.
Dalam ucapannya pelancarannya, Freddie menegaskan Karyawan Malaysia menyokong usaha Syria Care sebagai tanda solidariti golongan seni tanah air terhadap penderitaan rakyat Syria akibat krisis yang telah berlarutan sembilan tahun.
Oleh yang demikian, tambah Freddie, Karyawan Malaysia bersetuju tanpa soal apabila dipelawa menyertai usaha Syria Care. Beliau sendiri terus menerima undangan untuk melancarkan ‘Kembara Jiwa & Kemanusiaan Syria Care 3.0’.
Karyawan Malaysia turut mengharapkan kejayaan misi kali ini, malah lebih baik. Rombongan misi didoakan agar selamat pergi dan pulang. Tegas Freddie, usaha Syria Care boleh diteladani masyarakat Malaysia.
Di samping mengharapkan krisis selesai, Freddie turut berharap Syria Care dapat terus menabur jasa tanpa sebarang masalah besar.
Dalam sidang media selepas pelancaran, Masdiana turut menceritakan pengalaman beliau menyertai misi sebelum ini. Tanpa berbangga diri, beliau bersyukur dapat memberikan sumbangan mengikut kemampuannya.
Jelas Masdiana, walaupun menganggapnya kecil, yang penting dapat menyumbang sebagaimana burung yang turut berusaha memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim as.
Taha menegaskan kita tidak berkira-kira dalam memberikan sumbangan. Mempertikai mengapa perlu membantu yang jauh/di luar negara, sedangkan dalam negara masih ramai, tidak wajar diamalkan. Membuat jasa dan kebaikan, tambah Taha, sepatutnya tidak mengira siapa, apatah lagi rakyat Syria ialah saudara seagama.
Mengenai siapa yang membiayai program selama ini, Siti menjelaskan orang ramai sendiri yang menjadi pendana. Rakyat Malaysia banyak menyumbang, katanya, selain rakyat negara luar seperti Indonesia, dan Singapura.
Lebih membangga dan mengharukan, tambah Siti, sumbangan turut diterima daripada yang bukan Islam. Atas sumbangan yang bukan sedikit itu, pihak Syria Care amat bersyukur.
Selain memberi penghargaan kepada pihak media yang membuat liputan dan penguar-uaran, Syria Care terus mengalu-alukan sumbangan daripada siapa sahaja yang ikhlas.
Dalam hal berkaitan, sumbangan untuk projek Sekolah Ulfah boleh dimasukkan terus ke akaun Bank Islam Syria Care, 1203 8010 1377 55.


Sumbangan boleh dibuat melalui akaun berikut:
📷 Maybank Islamic: 562106653575
📷 CIMB Islamic: 8601894560
📷 Bank Islam: 12038010137755
📷 RHB Islamic: 26225000021775
📷 Affin Islamic: 105990040004
📷 Bank Mualamat: 12020003634715

Sumbangan atas talian:
📷 http://www.syriacare.org.my/donate/

Bagi tujuan rekod, hantarkan salinan transaksi kepada Pegawai Kewangan Syria Care di talian 01128809820.

#syriacareforhumanity #syriacareprojects #inibukankerjamainmain #upliftingsoulandhumanity

No comments:

Powered by Blogger.