SOSIAL

 

DERMAWAN MUDA LIOW SOON HEE SUMBANG 10 JUTA PENUTUP HIDUNG DAN MULUT (MASK) UNTUK SEMUA PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA

 

PADA awal wabak pandemik Covid-19 melanda Malaysia, usahawan/dermawan muda Dato’ Sri Liow Soon Hee telah membantu petugas barisan hadapan menerusi penajaan lebih dua juta penutup hidung dan mulut untuk mereka. Oleh kerana banyak manfaatnya, beliau berjanji untuk meneruskan sumbangan murni tersebut.

Selepas tujuh bulan berlalu dan ekoran Covid-19 kembali mengancam dalam gelombang ketiga, Dato’ Sri Liow melalui Yayasan Winner Emperor Sedunia, Dato’ tampil memenuhi janjinya apabila mengagihkan 10 juta penutup hidung, dan mulut kepada semua pelajar sekolah di seluruh Malaysia.

Daya usaha tanggungjawab sosial CSR ini, kata Liow, akan dimulakan serta-merta, ekoran beliau merasakan ia keperluan mendadak yang wajar segera digerakkan. Ia digerakkan bersama-sama akhbar Sin Chew Daily’s dalam sebuah kempen kesedaran masyarakat bertemakan ‘Love Yourself by Wearing Masks’.

Pelancaran dan sidang media sumbangan penutup hidung dan mulut itu berlangsung di DTS Sport Group, Petaling Jaya, Selangor pada 13 Oktober lalu, iaitu sehari sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, dan Labuan.

Turut hadir serta memberikan ucapan ialah pembantu peribadi Liow, Excella Choong  dan penggiat masyarakat, Ayahanda Onn.

Dalam ucapan mereka, Liow, Excella dan Onn senada mengatakan kita tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan anak-anak demi masa hadapan mereka. Sehubungan itu, Liow komited membantu kerajaan, khasnya Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi pengedaran penutup hidung, dan mulut kepada pelajar pelbagai kaum di sekolah-sekolah.

Liow bersama-sama Excella dan Onn turut menyeru rakan-rakan korporat untuk bersama-sama membantu kerajaan meringankan beban rayat dalam menyediakan keperluan harian sewaktu menghadapi Covid-19.

Dalam masa yang sama, Liow juga menyeru semua rakyat pelbagai kaum dan agama agar mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia, demi menjaga keselamatan bersama-sama.

Berdasarkan rekod, Malaysia mempunyai lebih tujuh juta pelajar sekolah rendah dan menengah (hampir sejuta kakitangan pengurusan, dan guru). Justeru, sumbangan 10 juta penutup hidung dan mulut itu (diharapkan) lebih daripada mencukupi.   

No comments:

Powered by Blogger.