SOSIAL

 

SUMBANGAN KHIDMAT PENGHANTARAN DIHARGAI

 

SEBAGAI antara mercu tanda Malaysia, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar amat mengagumi kesungguhan dan semangat para petugas perkhidmatan penghantaran, atau lebih dikenali sebagai ‘Delivery Man/Rider’.

Memang diakui mereka telah banyak membantu dan menjadi HERO untuk rakyat Malaysia di sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan perkhidmatan penghantaran kurier, serta keperluan harian seperti makanan, dan barangan runcit tanpa mengira waktu, dan cuaca dalam usaha membantu kerajaan memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Delivery Man dan Rider ini, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar amat berbesar hati menawarkan promosi ‘Untukmu, Delivery Heroes’.

Promosi ini yang membolehkan para petugas perkhidmatan penghantaran melawat Sky Deck di Menara Kuala Lumpur atau Star View di Menara Alor Setar dengan harga amat istimewa mulai 1 hingga 31 Oktober 2020. Ia juga diadakan bersempena dengan Ulang Tahun Menara Kuala Lumpur yang ke-24 pada tahun ini.

Promosi ‘Untukmu, Delivery Heroes’ terbahagi kepada dua. Pertama ialah Pakej A – ‘Kru Delivery Heroes’ di mana para pelawat terdiri daripada kategori ‘Delivery Man/Rider’ sahaja. Harga promosi ialah BELI 2 PERCUMA 1 pada harga RM10.00 seorang.

Pakej kedua pula, Pakej B – ‘Delivery Heroes’ & Keluarga/Rakan’ di mana para pelawat terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang ‘Delivery Man/Rider’ datang bersama-sama ahli keluarga, atau rakan. Harga promosi ialah BELI 3 PERCUMA 1 pada harga RM10.00 seorang, yang amat istimewa kerana harga tiket biasa ialah RM71.00 seorang bagi Menara Kuala Lumpur, dan RM48.00 seorang bagi Menara Alor Setar.

Pelancaran promosi ‘Untukmu, Delivery Heroes’ telah diadakan pada 8 Oktober lalu di Menara Kuala Lumpur, yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Ainol Shaharina Sahar.

Dalam ucapan pelancarannya, Ainol merakamkan penghargaan pihaknya terhadap jasa bakti petugas perkhidmatan penghantaran di sepanjang pelaksanaan PKP.

Ainol menjemput semua mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Alor Setar, atau di mana sahaja mengunjungi Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar di sepanjang 1 hingga 31 Oktober 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur menerusi talian 03 2020 5499/layari www.menarakl.com.my/ facebook @officialmenarakl/Instagram @menarakl atau Menara Alor Setar menerusi talian 04 720 2901/layari www.menaraalorsetar.com.my/ facebook @menaraalorsetarofficial/ Instragram @menaraalorsetarofficial.     

No comments:

Powered by Blogger.