SOSIAL

 

PRIHATIN-MAIWP Raikan Warga Emas

SEMARAK RAMADAN 1443 HIJRAH

 

EMPAT kategori warga asnaf diraikan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Majlis Agama lslam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam ‘Program Kembara Ramadan Prihatin Bersama MAIWP’ pada 28 April 2022 lalu.

 

Warga asnaf tersebut ialah penunggang e-hailing, iaitu penghantar makanan grab food, dan pemandu teksi, serta Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (GerakWanis), Pertubuhan Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWA), dan penerima dari Rumah Titian Kasih.

 

Dalam acara yang berlangsung di Masjid Azzubair lbnul Awwam, Cheras, Kuala Lumpur ini, penyerahan sumbangan baju Melayu dan baju kurung Raya Prihatin, serta sumbangan tunai prihatin kepada para asnaf telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.

 

‘Kembara Ramadan Prihatin’ merupakan antara program anjuran PRIHATIN dalam menjalankan aktiviti di sekitar bulan Ramadan dengan menyantuni golongan B40, dan asnaf serta golongan yang kurang bernasib baik.

 

Antara golongan yang terlibat ialah anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, anak-anak sindrom down, golongan gelandangan, pelajar institusi pengajan tinggi, dan petugas barisan hadapan melalui pelaksanaan program seperti berbuka puasa (iftar), solat tarawih, qiamulail, dan sahur, pengagihan bubur lambuk, sumbangan baju Raya prihatin (baju Melayu dan baju kurung), dan penyerahan sumbangan zakat prihatin.

 

Dalam ucapan beliau, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, bulan Ramadan sewajarnya menjadi pemangkin semangat kepada setiap agensi kerajaan, badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan, dan badan-badan kebajikan dalam menyahut seruan kerajaan bersama-sama sebagai ‘Keluarga Malaysia’ dengan membantu, dan menyantuni semua golongan yang kurang bemasib baik.

 

“Selain itu, warga asnaf seperti pemandu dan penunggang e-hailing, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) juga perlu diberi perhatian, dan disantuni kerana mereka turut terjejas, dan perlu meraikan Aidilfitri yang bakal tiba,” tambah Dato’ Mohd Aizuddin.

 

Jelas beliau, ‘Kembara Ramadan’ yang dilaksanakan bersama-sama MAIWP hasil kolaborasi strategik ini dapat menzahirkan keprihatinan, dan menjalankan tanggungjawab sosial (CSR) kepada masyarakat setempat, sekali gus mengurangkan beban, serta berbakti kepada warga asnaf di sekitar Wilayah Persekutuan.

 

Sementara itu, Tan Sri Dr Mohd Daud yang turut berucap mengatakan pemberian sumbangan tersebut ialah petanda keprihatinan, amanah dan tanggungjawab MAIWP telah dilaksanakan melalui PRIHATIN dengan pengurusan dan penganjuran program ‘Kembara Ramadan Prihatin’.

 

“Ia memperlihat banyak golongan asnaf di Wilayah Persekutuan dibantu dan disantuni apabila mereka menerima sumbangan baju Raya, ayam segar, dan wang tunai yang boleh meringankan beban mereka, terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti,” tambah Dr Mohd Daud.

 

PRIHATIN melihat hasil hubungan strategik ini mampu diperkasakan melalui program yang akan dilaksanakan melalui kerjasama bersama-sama agensi kerajaan, mahupun NGO. Dengan kolaborasi strategik bersama-sama MAIWP ini, PRIHATIN mensasarkan lebih banyak program yang boleh dilaksanakan dengannya, sambil membantu meringankan beban wargaasnaf di Wilayah Persekutuan.

 

Turut menghadiri ‘Program Kembara Ramadan Prihatin Bersama MAIWP’ termasuklah Pengarah Jabatan Agama lslam Wilayah Persekutuan), Datuk Mohd Ajib Ismail; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Hj Yahya; Penasihat Ekonomi dan Antarabangsa PRIHATIN, Datuk Abdul Malik Abdullah; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mahadi Sukarno, dan Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP, Ahmad Talmizi Yahaya.




                            Sebahagian daripada golongan asnaf dan jemputan yang hadir.






            Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.








PePenunggang e-hailing, iaitu penghantar makanan grab food, dan pemandu teksi antara asnaf yang menerima sumbangan ‘Program Kembara Ramadan Prihatin Bersama MAIWP’.





Turut hadir termasuklah Pengarah Jabatan Agama lslam Wilayah Persekutuan), Datuk Mohd Ajib Ismail; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Hj Yahya; Penasihat Ekonomi dan Antarabangsa PRIHATIN, Datuk Abdul Malik Abdullah; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mahadi Sukarno, dan Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP, Ahmad Talmizi Yahaya.





                        Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali.




                                    

                                    Golongan asnaf turut menerima sumbangan ayam segar.






                               
                            Sebahagian daripada golongan asnaf dan jemputan yang hadir.



Wakil golongan sindrom
down yang gembira turut menerima sumbangan baju Melayu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.






No comments:

Powered by Blogger.