SOSIAL

 

MENTERI DAN MAIWP RAIKAN 150 ASNAF DALAM MAJLIS IFTAR

 

MAJLIS ‘Iftar Bersama Asnaf’ telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Dewan Merak Kayangan, Felda D’Saji, Kuala Lumpur pada 28 April 2022 lalu.

 

Majlis tersebut merupakan usaha untuk mengenengah kepada orang ramai dan masyarakat di luar sana betapa Kerajaan melalui agensi-agensi bertanggungjawab, khususnya MAIWP, begitu prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik, dan memerlukan.

 

Perasmian ‘Iftar Bersama Asnaf’ telah disempurnakan oleh Senator Datuk Haji ldris Ahamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang turut menyampaikan mock cek Bantuan Aidilfitri kepada wakil asnaf dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM24.4 juta.

 

Dalam program tersebut turut disampaikan wang tunai RM200 kepada 150 asnaf yang disumbangkan oleh pemegang wakalah individu, dan syarikat Naza Group Of Companies melalui Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin.

 

Selain bantuan tunai, MAIWP turut menyampaikan sumbangan berbentuk biskut Raya, dan makanan sunnah, dengan Yayasan EZY Prihatin sebagai rakan strategik dalam program ini.

 

Pada tahun ini jumlah agihan MAIWP sepanjang bulan Ramadan berjumlah

RM35.7 juta yang disalurkan kepada:

 

i) Bantuan Ihya Ramadan RM9.46 juta.

i) Bantuan Awal Ramadan RM9.09 juta.

ii) Sumbangan Tabung Kebajikan Perubatan Hospital RM1.03 juta; dan

iv) Bantuan Aidilfitri RM15.3 juta.

v) Ramadan MAIWP bersama Komuniti Siri 1 sehingga Siri 8 RM82,800.

vi) Program Agihan Ayam Segar dari MAIWP kepada Asnaf RM758,000.

 

PPZ-MAIWP dan pemegang wakalah syarikat dan individu turut menyumbangkan dana tambahan sebanyak RM177,070 bagi program Ramadan MAIWP bersama-sama Komuniti Siri 1 sehingga Siri 8.

 

Dalam majlis tersebut juga turut diadakan penyerahan simbolik sumbangan wakalah

dan sijil penghargaan kepada pemegang wakalah dari Malakof Corporation Berhad, dan Naza Group Of Companies melalui Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin, dan Yayasan EZY Prihatin yang memberi sumbangan wang tunai serta makanan sepanjang pelaksanaan Program Ramadan MAIWP Bersama Komuniti.

 

Sementara itu juga, penyerahan zakat perniagaan syarikat tahun 2022 kepada PPZ-MAIWP dengan jumlah keseluruhan pembayaran zakat perniagaan sebanyak RM18.7 juta dari:

i) Bank Islam Malaysia Berhad sebanyak RM5,963,000.00.

i) Koperasi Permodalan Felda Malaysia 2 Bhd sebanyak RM740,000.00.

ii) Kumpulan Sapura Secured Technologies sebanyak RM821,770.40.

iv) Lembaga Tabung Haji sebanyak RM9,092,024.36.

V) Perbadanan Harta Intelek Malaysia sebanyak RM2,072,679.91.

 

Syarikat-syarikat ini turut menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat bagi kategori Platinum dan Emas sebagai tanda penghargaan dan akuan menunaikan zakat perniagaan di Wilayah Persekutuan.

 

Turut hadir ialah Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar; Pemangku Ketua Pegawai Esekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya; Ketua Pegawai Esekutif PPZ-MAIWP, Haji Abdul Hakim Amir Osman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, dan rakan-rakan strategik MAIWP.




Datuk Haji Idris Ahmad (tiga dari kiri) semasa sidang media ringkas selepas majlis berlangsung.











                         Datuk Haji Idris Ahmad menyantuni salah seorang asnaf yang hadir.











 Wakil-wakil syarikat perniagaan bergambar bersama-sama Datuk Haji Idris Ahmad dan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar. 


NAMA PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAN SYARIKAT BAGI TAHUN 2022

 

1. Lembaga Tabung Haji

Dato’ Sri Amrin Awaluddin

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH

 

2. Kumpulan Sapura Secured Technologies

Md Yusoff Mohamad Noor

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sapura Secured Technologies

 

3. Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MylP0)

Abdul Haris Haji Lakar

Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MylPO)

 

4. Bank Islam Malaysia Berhad

Haji Mohd Muazzam Mohamed

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

 

5. Koperasi Permodalan Felda Malaysia 2 Berhad

Norfazilah Dahari

Pengurus Besar

 

PENERIMA SIJIL PENGHARGAAN YANG MENYUMBANG SEPANJANG PROGRAM RAMADAN MAIWP BERSAMA KOMUNITI

 

1. Zakaria Ismail

Advisor Naza Group of Companies

2. Mohd Nazersham Mansor

Ketua Pegawai Kewangan, Malakoff Corporation Berhad

3. Muhammad Syariffuddin Supeni

Pengerusi Yayasan EZ Prihatin

 

Dalam ucapannya, Senator Datuk Haji Idris Ahmad mengatakan program yang diadakan ini menjadi bukti keprihatinan MAIWP dalam membantu segenap lapisan komuniti, khususnya di Wilayah Persekutuan.

 

“Ia sebagai penyambung dan pelengkap kepada ikatan silaturahim dalam kalangan agensi kerajaan, khususnya MAIWP bersama-sama asnaf penerima bantuan zakat MAIWP yang  turut dihadiri ‘Hero Asnaf’, iaitu pembayar zakat wilayah Persekutuan,” kata Datuk Idris.

 

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang menunaikan zakat kepada MAIWP, dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP.

 

“Dari Januari sehingga Mac 2022, jumlah kutipan zakat sebanyak RM162 juta berbanding RM145 juta dalam tempoh yang sama pada 2021, iaitu kenaikan 12 peratus. Tanpa komitmen para pembayar zakat, pastilah program bantuan kepada masyarakat tidak dapat dibuat secara optimum, maksimum, dan menyeluruh,” tambah Idris.

 

Seterusnya beliau mengucapkan syabas kepada MAIWP, dan meneruskan ‘Memacu Kegemilangan Ummah’. Kesungguhan dan ketekunan mengurus amanah zakat kepada golongan asnaf, katanya lagi, harus diteladani.

No comments:

Powered by Blogger.