MUZIK
Pertama Kali yang Memukau
FAZTIVAL FAZURA
FAZURA bukanlah penyanyi, apatah lagi
penyanyi terkenal tanah air walaupun pernah merakamkan suara. Beliau lebih
dikenali sebagai pelakon filem dan drama televisyen biarpun sinarnya kian
pudar.
Walau
bagaimanapun, itu tidak menghalang Fazura daripada meminati penyanyi terkenal
tanah air. Ternyata para penyanyi yang diminatinya bukan calang-calang.
Ole
kerana kini mencuba sesuatu yang baharu, iaitu menjadi penganjur/penerbit
konsert, Fazura menganjurkan sebuah konsert yang memberikan beliau peluang
untuk mengundang para penyanyi yang diminatinya.
Pada
11 September 2022 lalu, Fazura tampil dengan konsert sulung anjurannya yang
dinamakan Faztival Fazura 2022 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Penyanyi
undangan sekali gus yang diminati Fazura datang dari era 80-an sehingga
terkini. Dari Dato’ M Nasir, Dato’ Awie, Ella, dan kumpulan Ruffedge sehingga
Ippo Hafiz, Zizi Kirana, dan Amir Masdi.
Bukan
sahaja dari Malaysia, tetapi juga Indonesia, iaitu Mulan Jameela dan Ahmad Band
@ Ahmad Dhani turut tampil di pentas dengan persembahan lagu mereka.
Begitu
pun, daripada senarai penyanyi berkenaan, saya tertanya-tanya di manakah Dato’
Jamal Abdlilah, Datuk Amy Search, Amir Ukays, Zamani Slam, Rahmat Mega/Ekamatra,
dan Faizal Tahir? Apakah mereka tidak diminati Fazura, ataupun diminati dan
diundang, tetapi tidak dapat memenuhi undangan?
Apa
pun, persembahan sembilan penyanyi tersebut sudah memadai, malah berbaloi
kerana masing-masing tampil dengan kesungguhan, kehebatan dan aura.
M
Nasir membuka tirai konsert dengan lagu-lagu popular/ikon/trademark beliau, iaitu Suatu
Masa, Tanya Sama Itu Hud Hud, dan
Mentera Semerah Padi. Pada usia 65
tahun, Nasir kekal dengan auranya yang menambat penonton.
Menariknya,
pelakon popular yang juga suami Fazura, iaitu Fattah Amin turut tampil dengan
selawat ringkas membuka tirai konsert, dan berpencak silat bersama-sama seorang
rakan ketika mengiringi Mentera Semerah
Padi.
Amir
kemudian menarik perhatian lebih 8,000 penonton yang sebahagian besarnya muda
remaja, mendendangkan lagu Asmara, Esok dan Kau sakiti.
‘Ratu
Rock’ Ella kemudian menambah kehangatan konsert dengan lagu Dua Insan Bercinta, serta rangkaian lagu
Sembilu/Retak, dan Kesal.
Walaupun kian veteran, Ella tetap Ella.
Ippo
yang terkenal dengan lagu-lagu runut bunyi (OST) untuk beberapa drama rantaian
juga tidak kurang hebat, dan peminat. Beliau mendendangkan Seadanya Aku, serta rangkaian Rahsia
Redha/Ku Takkan Mampu, dan Kekal Bahagia.
Zizi
mula dikenali menerusi lagu Eh.
Selain mendendangkan lagu tersebut, beliau turut memperkenal lagu baharu
berjudul Pijak, selepas membuka
persembahan dengan Purnama
bersama-sama Fakhrul Unic.
Ruffedge
menyanyikan lagu popular sedikit masa dahulu, Tipah Tertipu, Bila Rindu,
dan Khayalan (dendangan Black Dog Bone). Mereka masih
berkarisma.
Awie
yang bermula dari kumpulan Wings sebelum sesekali tampil dengan album solo,
memberikan yang terbaik untuk Penjara
Janji, dan Terima Kasih selepas
mendendangkan lagu popular kumpulan Alleycats, Layang-layang Terputus Talinya.
Mulan
yang telah ‘berhijrah’ menghiburkan penonton dengan lagunya ketika masih tampil
seksi, iaitu Makhluk Tuhan Paling Seksi,
Wonderwoman, dan lagu popular ‘Ratu
Jazz Negara, Dato’ Sheila Majid, Sinaran.
Sebelum
Ahmad Dhani muncul dengan Ahmad Band sebagai penyanyi terakhir, beliau
mengiringi ‘tuan rumah’ Fazura menyanyikan rangkaian lagu Sayangi Dirimu, Bisa Apa,
Hancur Aku, dan Jika Cinta Allah dengan petikan gitar.
Sebagai
performer penutup, Ahmad Band mendendangkan
enam lagu, iaitu Od, Distorsi, Sudah, Bidadari Kesunyian,
Aku Cinta Kau & Dia, dan Madu 3.
Sementara
itu, Fazura (Nur Fazura Sharifuddin) yang lebih mesra dipanggil Faz, meluahkan
rasa penuh terharu beliau dengan sambutan luar biasa terhadap konsert sulung
Faztival Fazura, dan berharap dapat menjadikannya sebagai acara tahunan.
“Alhamdullillah
Faz bersyukur kerana konsert ini mendapat sambutan luar biasa, dan tidak
menyangka mampu mencipta dua rekod baharu Malaysia
Book of Records,” katanya.
Konsert
Faztival Fazura 2022 telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records dengan penciptaan dua rekod baharu
peringkat kebangsaan, iaitu The Largest
‘Tudung Fazura’ Gathering in an Event,
dan The Largest Tudung Bawal in Malaysia.
Penyiar
Nasional FM,Sonic bertindak sebagai pengacara konsert selama kira-kira tiga jam
itu.
Serentak dengan penganjuran konsert tersebut, Faz turut melancarkan produk terbaharu syarikatnya, iaitu Fazura BeautyWater, minuman tanpa gula yang diperkaya dengan lycopene, dan mencantikkan kulit secara semula jadi.
Selain menghargai para peminat, tambah Faz, syarikat beliau sebagai penganjur konsert sebegini mahu membantu merancakkan industri hiburan tanah air, dan kegiatan ekonomi industri hiliran yang lain seperti pelancongan dan Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions (MICE) tempatan yang telah banyak menerima kesan akibat COVID-19, selaras dengan aspirasi #MilikSemua.
“Jenama Fazura yang sentiasa menitikberatkan kualiti telah menghasilkan produk minuman kecantikan kulit dalam bentuk minuman tanpa gula, sesuai dengan gaya hidup alaf baharu,” kata Faz.
Beliau bersyukur kerana dapat menghasilkan produk minuman kecantikan yang selamat dan dapat menunjukkan kesan seawal tujuh hari, secara semula jadi.
Justeru, Fazura Beauty Water bukan sahaja terdiri daripada ramuan yang dapat membantu mencantikkan kulit, malah rasa manis tanpa gula dapat membantu pengguna yang lebih gemarkan gaya hidup moden yang sentiasa bergerak.
Minuman Fazura Beauty Water tersebut diperkaya dengan ramuan lycopene, milk thistle, beta carotene dan multivitamin yang diyakini berpotensi menunjukkan kesan positif pada kulit seawal tujuh hari.
“Berbeza dengan kebanyakan produk lain, minuman Fazura Beauty Water dengan kandungan 100% semula jadi mempunyai rasa manis, tetapi tiada gula kerana menggunakan pemanis semula jadi dari Monkfruit,” katanya lagi.
Fazura Beauty Water dibawakan di dalam tiga perisa semula jadi, iaitu laici, mangga dan beri campuran dengan rekaan botol yang menarik perhatian. Selain membantu organ badan menghasilkan kolagen secara semulajadi, Fazura Beauty Water dapat membantu masalah jerawat, dan membantu proses anti-penuaan.
Kandungan ramuan agen inspirasi alam yang terkandung dalam Fazura Beauty Water sesuai untuk wanita dan lelaki metropolitan yang semakin prihatin dalam menjaga kecantikan kulit mereka.
Fazura Beauty Water boleh dibeli secara atas talian di ShopeeMall ‘fazuraofficialstore’, atau dari Besties dan ejen Fazura terdekat yang disenarai di fazurabesties.com bermula pada 19 September 2022. Harga Fazura Beauty Water ialah mampu milik, iaitu RM27 sekotak, di mana sekotak mengandungi empat botol. Pengguna hanya perlu meminum empat botol bagi empat hari pertama, dan selang sehari selepas itu dengan penggunaan kurang daripada RM100 sebulan.
No comments: