FILEM
MAT KOLA FILEM DIALEK KEDAH SEPENUHNYA
KETIKA ramai pelakon drama televisyen dan filem tanah air yang tidak berani beralih mencuba menjadi pengarah, Hafiz Nafiah rupa-rupanya hampir dua dekad menanti impian beliau tercapai untuk bergelar pengarah.
Walaupun telah dibikin sejak 2012, tetapi Mat Kola yang bakal menemui penonton di 65 pawagam di Malaysia dan Brunei bermula 21 September 2023, menjadi filem yang memenuhi cita-cita Hafiz itu.
Pemilik nama penuh Mohd Hafiz Mohd Nafiah yang banyak membintangi drama televisyen dan filem tempatan, menganggap filem bercorak komedi terbitan AA Success Pictures Sdn Bhd ini amat bermakna dalam portfolio seninya.
Hafiz Nafiah mengaku sukar juga menghasilkan filem komedi.
___________________________________________________________________________________
Hafiz, 39, bersyukur kerana diberi peluang dan kepercayaan daripada penerbit/pelakon, Azman Ahmad untuk mengarahkan Mat Kola.
“Kami berkenalan sejak 20 tahun lalu. Azman mencadangkan saya jadi pengarah kepada Penerbit Eksekutif AA Success, Mahamad Pozi Mansor, atau lebih mesra, Abang Chot,” jelas Hafiz.
Idea asal filem Mat Kola, tambah beliau, datang daripada Azman. Skrip pula dihasilkan oleh Pijon yang sudah biasa menulis cerita dialek negeri utara, khususnya Kedah.
Sebagai anak kelahiran Kedah, Azman Ahmad gembira filem pertama terbitan beliau berjiwa Kedah seratus peratus.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Filem Mat Kola yang berdurasi 103 minit, mengisahkan persahabatan tiga anak jati Kuala Kedah, iaitu Mat Ki lakonan Usop Mentor, Mat Not (Taiyuddin Bakar), dan Mat Yon. Watak Mat Yon dibawakan oleh Azman sendiri.
Mat Ki, Mat Not dan Mat Yon menghadapi masalah hidup hingga terpaksa mengubah corak hidup mereka. Mat Ki dibuang kerja. Mat Not diusir oleh ayahnya, Pak Hashim (Cikgu Akop) kerana tidak berpelajaran tinggi. Sementara Mat Yon pula kecewa putus tunang.
Mereka keluar dari rumah masing-masing, lalu tinggal bersama-sama menyewa rumah kepunyaan Che Som (Rozita Che Wan) yang mempunyai anak gadis jelita, Maliah (Putri Hanan).
Untuk kelangsungan hidup, tiga sahabat itu berniaga burger di bandar. Masalah timbul apabila Che Som dan Maliah sama-sama meminati Mat Ki, Mat Not, dan Mat Yon.
Keadaan itu disulitkan lagi oleh rasa cemburu Pak Sheikh (Ropie). Pak Sheikh yang marah cintanya ditolak mentah-mentah oleh Maliah akhirnya menculik Che Som dan Maliah dengan bantuan sidekicknya, Joe Klipop (Mohd Hafeezul Yop).
Turut membintangi Mat Kola termasuklah Fendi London sebagai Bang Lah, Abang Gee (Abang Gee), Zainon Ismail (Bang Non), Suhaili Che Rus (Zali), dan Pak Abang (Encik Badrul).
Hafiz, Azman, Usop, Taiyuddin dan Mohd Hafeezul antara yang turut menghadiri majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Filem Mat Kola di GSC Tropicana Gardens, Kota Damansara pada 14 September lalu.
Hafiz mengaku mengambil masa untuk menimba ilmu pengarahan, dan kerja-kerja belakang tabir sebelum membulatkan tekad duduk di kerusi pengarah atau sutradara.
00000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
“Berbekalkan pengalaman luas, barulah saya bersedia menggalas tugas pengarah. Saya percaya tidak semua orang akan dapat peluang keemasan ini. Sebenarnya, saya sudah lama bersedia ditawarkan mengarah drama. Tetapi, tawaran yang datang adalah projek filem,” katanya sambil berharap filem Mat Kola akan menjadi titik permulaan untuk membuktikan kerjaya beliau sebagai pengarah.
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((
Tambah Hafiz yang turut bertindak sebagai penerbit
penyelaras dan lakon layar, filem sulung
garapannya itu membabitkan kos RM1 juta. Penggambaran Mat Kola dilakukan di Kuala Kedah pada Oktober 2021 selama hampir
tiga minggu.
“Filem ini mengambil masa selama dua tahun untuk ditayangkan kerana banyak kekangan seperti
proses suntingan, kerja teknikal dan sebagainya,” katanya yang mengaku amat
berdebar menanti tarikh tayangan umum Mat
Kola.
Mengenai pemilihan corak komedi, Hafiz yang juga
pelakon filem Dunia Baru The Movie
(2008) menjelaskan beliau mahu
menghasilkan filem yang mudah difahami, dan menghiburkan penonton.
“Jalan cerita filem ini santai iaitu berkisar kisah
peniaga burger. Saya harap filem ini
boleh menaikkan semangat peniaga burger untuk terus berniaga. Inilah yang
menjadi plot utama Mat Kola,” katanya
yang walau bagaimanapun mengaku sukar
juga menghasilkan filem komedi.
“Saya membaca
skrip berulang kali, dan membuat
rombakan beberapa kali sebelum memberi penerangan kepada pelakon,” tambah
Hafiz.
Mengenai barisan pelakon, beliau menjelaskan semua pelakon utama, serta pembantu sangat
profesional, dan memberi kerjasama baik di lokasi penggambaran.
Mengenai cabaran ketika kerja penggambaran, Hafiz berkata, kru dan pelakon terpaksa berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu di Kedah, malah hujan dari pagi hingga petang menjejaskan penggambaran.
“Baru hendak mula shooting, hujan lebat hingga kami terpaksa tukar lakon layar.
Contohnya, tukar adegan Che Som berpayung untuk disesuaikan dengan keadaan cuaca.
Namun begitu, Allah permudahkan kerja penggambaran filem ini. Saya juga buat
sehabis baik untuk mengawal bajet sedia ada,” jelasnya.
Mengenai sasaran kutipan, Hafiz yang tidak meletakkan sebarang sasaran, mengaku melakukan kerja seikhlas hati hingga naskhah siap, dan ditayangkan di pawagam.
“Kita sudah usahakan yang terbaik. Ini filem pertama
arahan saya. Selebihnya, saya serahkan kepada Allah,” kata Hafiz.
Sementara itu, Azman
dalam ucapannya mengaku beliau lebih berdebar-debar daripada Hafiz kerana
telah berbelanja. Tiada penerbit filem yang tidak mahu meraih keuntungan.
“Walau
bagaimanapun, saya gembira kerana Mat
Kola merupakan filem yang menggunakan dialek dan pelakon kelahiran Kedah
sepenuhnya. Dari pelakon utama hingga tambahan semuanya anak Kedah!” kata Azman
yang berasal dari Alor Setar.
Sebagai penerbit dan juga pelakon filem ini, pastilah Azman mengharapkan kejayaan.
Justeru, beliau berharap para penonton filem tempatan dapat memberikan sokongan
padu terhadap Mat Kola.
“Saya juga amat mengharapkan peranan pihak media
untuk turut mempromosikan Mat Kola
agar mencapai kejayaan,” tambah Azman yang muncul dalam filem Siku 12: Langkah Derhaka tahun lalu.
No comments: