SENI TARI


TERM ’23 Usaha Mengangkat Lagu Tempatan Berkonsep Irama Malaysia dengan Tarian 

 

FESTIVAL Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2023 (TERM ‘23) merupakan acara pertama kalendar Syurga Budaya Dunia Melayu (MWCP).

 

Anjuran Persatuan Tatihseni Malaysia ini turut mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), serta Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Tujuan penting penganjuran TERM ‘23 ialah mengangkat lagu-lagu ciptaan tempatan berkonsep Irama Malaysia khasnya agar tidak terus hilang ditelan zaman, dalam kalangan penggiat seni negara masa kini.



Pelancaran TERM '23 disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Encik Izwan Razih Saleha Ped (empat dari kanan) pada 16 September lalu.

 ((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((                                                                (((((((((((((((((((((((((((((((


Masyhur Malaysia, iaitu persembahan tarian kebudayaan berkonsep perpaduan kepelbagaian kaum, dengan lagu Malaysia Truly Asia menutup tirai slot persembahan khas yang berdurasi 45 minit oleh Artis MWCP Creative Toupe, dua kali sehari selama 45 hingga 60 minit - menampilkan Noraniza Idris sebagai penyanyi.   

))))))))))))000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000(((((((((((


        Noraniza Idris menyampaikan ucapan alu-aluan beliau sebelum pelancaran TERM '23.

***********************************************************************************

Program yang berlangsung di Panggung Bandaraya pada 16 dan 17 September lalu ini dirancang untuk komuniti menerusi pendekatan pertandingan, serta persembahan tarian dan nyanyian pelbagai kaum etnik di Malaysia oleh Ratu Etnik Negara, Noraniza Idris menerusi sebuah repertoire berdurasi 45 minit diberi nama Masyhur Malaysia yang turut dilancarkan untuk tontonan umum bersempena dengan Hari Malaysia 2023 (ke-60 tahun).

 

Dengannya, pengunjung berpeluang menghayati keunikan seni budaya pelbagai kaum di Malaysia, selain mengenali adat resam, penyatuan bangsa menerusi bahasa dan peradaban yang mampu menzahirkan rasa cinta kepada bangsa, dan negara.


                                                                                                                          

_______________________________________________________________________

Acara TERM ‘23 yang paling utama adalah pertandingan peringkat kebangsaan yang menghimpunkan lebih 600 peserta dari seluruh Malaysia untuk menyertai pertandingan tarian evolusi etnik, dan rakyat Malaysia yang terbahagi kepada dua kategori, iaitu 10 hingga 14 tahun, dan 15 tahun ke atas/umum. Ia diadakan selama dua hari, iaitu bermula jam 8 malam hari pertama, dan kedua TERM ‘23.

 

Masyhur Malaysia merupakan acara istimewa TERM ‘23 yang kedua, iaitu persembahan tarian kebudayaan berkonsep perpaduan kepelbagaian kaum menerusi. Lagu Malaysia Truly Asia menutup tirai slot persembahan khas yang berdurasi 45 minit oleh Artis MWCP Creative Toupe. Ia dipersembah dua kali sehari selama 45 hingga 60 minit.   

                                                     

                                         

            Siti Sarah Ahmad Jamil @ Mami telah bertindak sebagai pengacara dengan cemerlang.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Pada sebelah malam, Masyhur Malaysia menyerikan acara pembukaan, selingan dan penutupan pertandingan TERM ‘23 peringkat kebangsaaecara terperincinya, TERM ‘23 bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan komuniti pengkarya tempatan, dan masyarakat umum kepada modal insan, dan semangat patriotisme yang tinggi.

 

Ia juga mahu membina dan memajukan lagi industri muzik Irama Malaysia sebagai salah satu pelantar khas secara berterusan, untuk kekal relevan di hati masyarakat.

 

Seterusnya TERM ‘23 menitikberatkan nilai-nilai murni, serta keharmonian dan perpaduan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, seiring dengan objektif Malaysia Madani.

 

Selaras juga dengan objektif pemulihan sektor pelancongan Malaysia, TERM ‘23 menjadi produk kesenian yang menampilkan identiti rakyat Malaysia berbilang kaum, sekali gus mempromosi kempen Tahun Melawat Malaysia akan datang.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^




 

Pelancaran TERM ’23 telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Encik Izwan Razih Saleha Ped pada 16 September lalu.

 

Sebelum itu, dalam ucapan alu-aluannya, Noraniza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani menegaskan penganjuran TERM ‘23 adalah tanda kesungguhan pihak beliau mengangkat, dan mempertahan kesenian bangsa.

                     

Kesungguhan tersebut dizahirkan menerusi pertandingan yang juga dijalankan dengan serius. Ertinya, usaha pemartabatan tidak hanya dengan persembahan untuk hiburan semata-mata.

 

Ketegasan dalam pertandingan yang secara langsung melahirkan disiplin adalah menetapkan tempoh tertentu untuk persembahan setiap kumpulan. Lima minit adalah tempoh yang ditetapkan. Durasi persembahan tidak boleh kurang atau melebihi lima minit,” jelas Kak Ani.

 

Satu lagi syarat ialah lagu-lagu yang digunakan oleh peserta hanyalah nyanyian Kak Ani sendiri seperti Dikir Puteri, Dondang Dendang, Ngajat Tampi, Awallah Dondang, dan Joget Jauh Pandangan.

 

Persembahan setiap kumpulan diadili Zainal Abiddin Bujang, Mohd Hairil Anuar Bari, serta ketua juri, Mohd Seth Hamzah.

 

Turut hadir adalah Protokol & Penyelia TERM ‘23, Tuan Haji Jeffri Iman Haji Hoodi, dan Mohd Seth, merangkap Koreografer TERM ‘23.

 

Hari pertama TERM ‘23 diisi oleh acara sambutan selamat datang oleh Tatihseni Tari dan hidangan minuman selamat datang, persembahan kebudayaan ‘Inspirasi Anak Malaysia’ oleh Tatihseni Kreatif, persembahan kebudayaan Masyhur Malaysia dengan penampilan khas Kak Ani sendiri, dan pertandingan Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2023 kategori 10 hingga 14 tahun, serta majlis penyampaian hadiah.

                                                 

Kategori pertandingan tarian ini disertai 11 kumpulan. Antaranya termasuklah Sri Kirana, Geliga Sahmura Sarawak, Puteri Gemalai Tari, Sanggar Mustika, Sinar Tari, dan Sutera Gemalai Tari.

 

Hari pertama TERM ‘23 itu juga menampilkan acara perarakan ‘Rentas Budaya’ dari Dataran Merdeka ke Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, diiringi paluan kompang, dan hidangan minuman selamat datang.

 

Acara pada hari kedua TERM ’23 tiada berbeza dengan hari pertama, kecuali Bengkel Santai ‘Silang Budaya’ Serampang 12 dan Joget Dondang Sayang di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

 

Istimewanya, acara ini dijayakan oleh Sanggar Budaya Hang Tuah, Medan, Indonesia yang bergabung dengan MWCP Creative.

                                     

Selain itu, pertandingan Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2023 adalah untuk kategori 15 tahun ke atas dan terbuka, yang diakhiri majlis penyampaian hadiah.

 

Antara kumpulan yang mengambil bahagian termasuklah Gemalai Tari Majidi, Asmaraloka Saujana, Tiaramaatra, Lenggang Serayu, dan Kesenian Persadatari. 

 

Majlis penutupan TERM ‘23 disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Encik Mohd Amran Mohd Haris.

 

- RAJA YUSOFF ARIFFIN


No comments:

Powered by Blogger.