MUZIK

 

Dokongan untuk Caliph Buskers Terus Berjuang dengan Penuh Inspirasi

 

KERJASAMA antara semua pihak yang berkaitan dalam dunia seni tanah air sentiasa ada. Hal itu wajar disahut, dan disokong penuh dengan sebaik mungkin.

 

Tidak hanya menerbitkan drama televisyen dan dokumentari, Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd (Rubbertapper) mengorak satu lagi langkah untuk tambah memeriahkan industri seni negara apabila menerbitkan lagu, dan video muzik dengan kerjasama Caliph Buskers.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++                                    

                                               Caliph Buskers masih cekal berjuang.

                                   

Dari kiri; Nirwan Zainal Abidin, Mohd Zaki Ismail, Khairul Azmi Saat, dan Fendy Adlan.

***********************************************************************************

Siapa yang tidak kenal Caliph Buskers? Ia adalah sebuah kumpulan bertaraf orang kelainan upaya yang tidak asing lagi di negara kita. Mereka terdiri dari empat ahli, iaitu Khairul Azmi Saat, Fendy Adlan, Mohd Zaki lsmail, dan Nirwan Zainal Abidin.

 

Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan masing-masing, selain bermain alat muzik dengan baik. Di samping menjadi artis tetap dalam sebuah program Astro (Meletop), mereka juga aktif memenuhi undangan dengan mengadakan persembahan di beberapa tempat.


Tuan Haji Kamal Kasim begitu teruja ketika menyampaikan ucapan sehingga turut menyanyikan beberapa baris lirik lagu Inspirasi.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&.      

Pada 26 September lalu di Ficus Bistro, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, Rubbertapper sebagai penerbit, bersama-sama Masyur-Universal Music (pengedar) melancarkan Inspirasi, iaitu lagu tunggal baharu Caliph Buskers.

 

Turut menghadiri majlis sidang media pelancaran Inspirasi itu ialah Penerbit Rubbertapper, Cik Qaseh Anita Abd Shukor;  Ketua Masyhur, Tuan Haji Kamal Kasim; Pengerusi Rubbertapper, Dato’ Haji Reduan Yusof, pengarah Puan Amie Maziah Abd Rahman; Pengarah A&R, Pemasaran dan Ketua Rakaman Deff Jamm, Universal Music Malaysia, Encik Hermond Cheng, serta kesemua ahli Caliph Buskers, termasuk Nirwan.


                                   

Cik Qaseh Anita Abd Shukor menyampaikan ucapan alu-aluan, yang antara lain bercita-cita menganjurkan konsert Caliph Buskers.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Istimewanya, Inspirasi merupakan ciptaan penyanyi Caliph Buskers sendiri, Khairul Azmi bersama-sama Dato’ Reduan. Gandingan mereka menghasilkan lagu ini yang mampu membangkitkan semangat dalam diri para pendengar.

 

Menurut Azmi, melodi Inspirasi terhasil kira-kira tiga tahun lalu, tetapi beberapa perkara, termasuk wabak pandemik maut COVID-19 menghalang pelancarannya.

 

Lagu ini menjadi tanda bahawa kami, Caliph Buskers masih ada, dan yang lebih penting ialah kekal dengan kecenderungan mendorong para pendengar agar terus bersemangat meneruskan kehidupan yang makin mencabar,” tegas Azmi.



                                    Caliph Buskers mendendangkan Inspirasi secara langsung.

(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((

Sebelum itu, dalam ucapan masing-masing, Qaseh dan Haji Kamal menyatakan kesyukuran atas kelahiran Inspirasi. Mereka juga mengharapkan kejayaan lagu ini, sebagaimana yang diperoleh sebelum ini, malah lebih lagi.

 

Nama Caliph Buskers sebelum ini melonjak naik dengan lagu Hanya NamaMu, ciptaan Edry KRU.

 

Muzik video dan lagu Inspirasi telah diedarkan oleh Universal Music, dan turut dikeluarkan di platform video atas talian seperti Youtube sejak 4 Ogos lalu.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


                               Bergambar kenang-kenangan selepas majlis pelancaran Inspirasi.

Setakat ini, Inspirasi telah dimainkan di corong-corong radio di seluruh negara, dan mula memasuki carta popular.

 

Video muzik Inspirasi dihasilkan dengan mendapat sentuhan Amie Maziah, pengarah drama televisyen atau telemovie terkenal.

 

Penglibatan Amie berbaloi kerana video tersebut menarik dengan sentuhan mendalam dalam penceritaannya, tentang semangat untuk menempuh kehidupan yang dibebani pelbagai dugaan.

 

Kesukaran menghasilkan Inspirasi ketika kekangan perintah kawalan pergerakan fasa dua, apabila segala perbincangan, malah rakaman juga dibuat secara atas talian, akhirnya membuahkan kemanisan.

 __________________________________________________________________________________

                                    

                                        

        Dato’ Haji Reduan Yusof (kiri), pencipta bersama lagu Inspirasi dengan Azmi Saat. Di sebelah beliau, Tuan Haji Kamal Kasim.

###################################################################################

Untuk lebih merancakkan dan mengangkat Inspirasi, Rubbertapper dan Masyur-Universal Music bercadang membawa lagu tunggal ini memasuki carta Muzik-Muzik TV3.

 

Qaseh, Kamal, Reduan, malah pastinya Caliph Buskers sendiri sekata berharap Inspirasi dapat memeriahkan lagi industri seni dan kreatif tanah air.


- RAJA YUSOFF ARIFFIN


No comments:

Powered by Blogger.